"Kau rasa apa yang patut aku beli?"
"Aku pun tak pasti lah. Mak mertua aku bukannya Datin..."
Raisya melepaskan sebuah keluhan berat. Hari ini dia mengajak Yasmin untuk menemannya datang ke mall pada waktu rehat tengah hari. Misinya ialah untuk mencari hadiah buat Puan Aishah, ibu mertuanya.
Sudah beberapa hari fikirannya tidak tenang memikirkan tentang hubungannya dengan ibu mertuanya itu yang nampak seperti ada yang tidak kena itu. Kerana itulah dia ingin mengambil inisiatif untuk mengambil hati ummi Fariz.
"Kau kena tolong aku, Yasmin," rayu Raisya. Yasmin sahaja harapan yang dia ada. Yasmin lebih berpengalaman dalam hal rumah tangga memandangkan dia sudah lebih lama berkahwin.
"Ya. Aku datang sini sebab nak tolong kau lah ni," kata Yasmin untuk menenangkan Raisya. Dari semalam lagi Raisya sudah memberitahu tentang rencananya untuk ke mall pada hari ini.
"Apa hadiah yang kau selalu bagi dekat mak mertua kau?" Tanya Raisya.
"Benda-benda biasa yang orang lebih berumur minat. Perkakas masak, jubah, alatan jahit. Tapi mak mertua kau kan datin. Aku pun tak pasti kalau macam tu," kata Yasmin. Ibu mertuanya bukannya jenis yang cerewet. Apa sahaja yang diberinya pasti diterimanya sahaja.
"Apa yang aku patut buat ni?" Tanya Raisya buntu. Rumah keluarga Fariz memang besar dan semuanya lengkap. Pasti Puan Aishah sudah memiliki semua yang diinginkannya.
"Tak apa kita jalan je dulu, nanti apa yang aku rasa sesuai, aku tunjuk dekat kau," kata Yasmin menarik tangan Raisya untuk berjalan bersamanya.
Raisya mengangguk lemah. Untuk memikat hati ibu mertua bukanlah suatu perkara yang mudah. Patutlah selalu sahaja dia baca tentang keluhan orang di alam maya tentang masalah menantu perempuan dan ibu mertua. Susah nak ngam.
Sebab itulah sebelum perkara menjadi lebih melarat, dia hendak perbaiki sekarang hubungannya dengan ummi Fariz. Perkara rumah tangga bukannya boleh dibuat main. Lama nak hidup bersama.
"Yang tu macam okay juga,"
Raisya mengalihkan pandangannya ke arah yang ditunjukkan oleh Yasmin. Mereka berdua menghentikan langkah di hadapan kedai tersebut.
"Beg tangan?" Tanya Raisya sambil memandang Yasmin di sebelahnya.
"Haah. Aku rasa beg tangan macam sesuai untuk orang yang berduit. Mak mertua kau mesti bergaya kan kalau keluar?" Terang Yasmin tentang pilihannya.
Raisya menganggukkan kepalanya sambil berfikir. Betul juga apa yang Yasmin cakap tu. Ummi Fariz memang selalu keluar berjumpa dengan rakan-rakan datin yang lain. Memang sesuai sangat dengannya. Dia juga ada perasan reka bentuk beg tangan yang hampir serupa dengan apa yang pernah dipakai oleh Puan Aishah.
"Bijak lah kau ni, Yasmin! Terima kasih!" Kata Raisya sebelum dia memeluk rakan baiknya.
"Ehh benda bukan free tau. Lepas ni kau belanja aku makan," gurau Yasmin. Bukannya dia buat apa pun. Dia hanya mencadangkan sahaja apa yang dia rasa sesuai.
"Mesti! Lepas kita beli ni aku belanja kau makan. Kau pilih je apa kau nak," kata Raisya gembira.
"Dah. Jom beli dulu. Nanti habis waktu lunch kita,"
Raisya dan Yasmin berjalan beriringan ke dalam kedai beg tangan jenama Coach itu.
***
Raisya membelek beg tangannya yang dibelinya tengah hari tadi bersama Yasmin. Beg tangan berwarna coklat muda itu diletakkannya kembali ke dalam kotak dengan kemas. Inilah ikhtiarnya untuk berbaik dengan Puan Aishah. Walaupun dia sendiri tidak tahu kenapa ibu mertuanya itu berubah serta merta selepas mereka berkahwin, dia hanya hendak membetulkannya kembali. Dia yang perlu mengalah sekarang.
BINABASA MO ANG
Cinta Yang Salah
Romance-SLOW UPDATE- Raisya Amanda, gadis yang sudah mencecah umur 27 tahun namun dia masih belum berkahwin. Adam Fariz, 23, yang baru sahaja memulakan alam pekerjaannya di syarikat Ilham Enterprise selepas menamatkan pengajiannya mula tertarik kepada Rai...
