Seminggu kemudian,

HAIRUL memasukkan barangnya yang terakhir di dalam bagasi. Sebelum keluar dia memandang biliknya. Banyak kenangan mereka sekeluarga di sini. Tapi apakan daya, benda dah nak jadi. Dia tak boleh nak halang.

"Hairul! Dah siap ke? Jom gerak. Nanti lambat pulak kita sampai kat sana!" Ayahnya memanggil.

Hairul tidak menyahut. Ayahnya yang berada di muka pintu tidak dipedulikan. Dia hanya melintas di depan ayahnya. Ahmad hanya mampu mengahela nafas berat melihat keadaan anaknya itu. Dia tahu Hairul menjadi mangsa dalam masalahnya dan bekas isterinya.

Sepanjang perjalanan menuju ke Melaka, Hairul hanya diam membisu. Ahmad sesekali memandang anaknya itu dengan keluhan sekali.

"Hairul tak nak tau ke, kita nak pindah dekat mana?" Ahmad cuba memecah kebisuan anaknya itu.

"Di mana?" Hairul bersuara akhirnya. Dia taklah sampai hati sangat nak biarkan ayahnya syok sendiri.

"Kampung Banda Kaba, Melaka. Ayah terus je beli satu rumah banglo kat sana. Taklah susah bayar sewa." jelas Ahmad lega anaknya tidak membiarkan dia bercakap sendirian.

"Okay." Hairul membalas.

SETELAH sampai ke destinasi, Hairul melihat beberapa orang pekerja yang ayahnya upah untuk menagangkat barang-barang mereka tengah sibuk memasukkan barang-barang tersebut ke dalam rumah.

Masuk sahaja ke dalam rumah. Tersusun. Kemas. Tenang. 'Ayah buat semua ni untuk aku ke?' monolognya. Dia pandang ayahnya yang berada di muka pintu. Langkahnya dipercepatkan menuju ke arah ayahnya. 

Ahmad terperanjat oleh kerana pelukan yang diberikan oleh Hairul. Dia pun membalas pelukan anaknya itu lantas tersenyum lega.

"Maafkan Hairul ayah," ucap Hairul beserta esakan kecilnya.

Ahmad menepuk belakang anaknya dengan lembut. "Ayah yang patut minta maaf dengan kamu. Disebabkan ayah gagal buat emak kamu bahagia kamu yang menjadi mangsanya. Maafkan ayah,".

"Ayah tak salah. Emak yang salah. Kenapa mak sanggup buat ayah macam ni?" Hairul meleraikan pelukan mereka lantas memandang ayahnya tepat pada anak mata Ahmad. Ahmad menggeleng menidakkan kata-kata anaknya itu.

"Hairul, Hairul kena ingat tau emak tu masih syurga Hairul. Walau apapun yang terjadi dia tetap orang yang melahirkan Hairul kat dunia ni," ujar Ahmad seraya mengusap air mata Hairul yang mengalir ke pipi. Hairul mengagguk dan beristighfar di dalam hati. 

"Hairul janji akan jaga ayah dengan baik seperti mana yang emak suruh," Hairul tersenyum kecil, namun ikhlas. Ahmad mengusak rambut anaknya lantas tertawa kecil.

"Macam tulah anak ayah. Dah pergi mandi, nak masuk waktu maghrib ni. Lepastu kita jemaah okay." kata Ahmad. Hairul akur lalu mencari biliknya.

SELESAI sahaja solat isyak berjemaah mereka anak beranak makan malam. 

"Bila ayah mula kerja?" Hairul memulakan perbualan.

"Esok, kamu pun esok akan mula bersekolah kat Sekolah Menangah Tinggi Melaka. Kamu bolehkan daftar sendiri tanpa ayah?"

"Mestilah boleh, Hairul bukannya budak perempuan."

{7}REALITIWhere stories live. Discover now