Bab 32

2.4K 99 9
                                    

Suasana majlis perkhawinan Suraya dan suaminya berjalan dengan lancar. Majlis yang diadakan di kawasan rumah Suraya ini sungguh meriah. Hami Sofea menjadi antara orang penting untuk majlis tersebut. Dia banyak membantu. Bermula dari mambungkus goodies, menemani untuk ambil baju khawin sehinggalah sekarang. Dia banyak membantu Suraya.

Sudah banyak kali juga Suraya berpesan untuk dia berehat risau akan keadaan dirinya yang sedang berbadan dua. Tapi Hani Sofea hanya mengabaikan saja. Dia terlalu teruja untuk majlis ini.

"Tak apalah Su. Aku excited tau dengan majlis kau. Dulu aku tak dapat pun merasa majlis meriah macam ni." Ujur Hani Sofea perlahan. Dia sangat teruja apabila dapat mengikut serta dalam menjayakan majlis perkhawinan ini. Dahulu dia hanya menikah dimasjid saja. Hanya dihadiri oleh Imam dan saksi. Tiada apa-apa majlis. Tiada siapa yang tahu kecuali Shahir.

Baru kini dia tahu perasaan ibunya. Baru dia sedar bagaimana rasa kecewanya hati Puan Safiyah apabila impian untuk majlis perkhawinan anak perempuannya musnah begitu saja. Untuk kata menyesal sekarang inipun sudah tiada guna. Dia tidak mahu dihantui rasa bersalah dan kesal lagi. Dia sudah boleh menerima semua ini sebagai takdir yang telah tertulis untuknya.

"Fea, jangan cakap macam tu. Okaylah aku tak larang kau, tapi kau kena ingat yang kau sekarang sedang mengandung. Jadi kena rehat juga. Ni kau balik-balik kerja terus ke sini tolong aku. Aku Cuma risau." Balas Suraya. Dia tidak bermaksud untuk mengecilkan hati Hani Sofea. Dia faham apa yang Hani Sofea rasakan.

"Tak apa. Aku okay je. Jangan risau. Kalau aku penat aku tidur. Hahahha" Balasnya riang. Tangannya masih lagi lincah memasukkan goodies didalam beg kertas.

"Amboi mak buyung, busy betul." Tiba-tiba Hayyan melangkah bersama pingan ditangan. Pinggan itu diletakkan diatas meja kecil dihadapan Hani Sofea.

Kuih koci.

Membulat mata Hani Sofea apabila melihat kuih itu.

Hayyan mengangkat keningnya.

"Ummi buatkan?" Tanya Hani Sofea.

"Ya, ummi buatkan. Tadi kami cari juga tapi tak ada yang jual. Tu yang ummi suruh Hayyan beli bahan, lepas tu ummi buat. Makanlah." Kata Puan Raudah. Dia baru saja datang ke sini untuk membantu apa yang patut. Puan Qistina juga turut duduk menyertai mereka sambil menghidangkan air.

"Ummi.... Hani cakap je... Tak sangka ummi buat pula. Susahkan ummi je." Hani Sofea  sudah mula rasa bersalah. Hayyan ni, kenapalah dia bagitahu ummi.

"Tak ada susah mana pun Hani. Makanlah panas lagi ni."

Hayyan terus saja membuka 1 bungkus kuih koci dan diletakkan didalam piring yang dibawa Puan Raudah. Garfu  juga diambil dan dihulukan kepada Hani Sofea.

"Dah-dah lah tu drama. Makan cepat, kesian baby." Suruh Hayyan.

"Sedap! Terima kasih ummi." Ucap Hani Sofea. Semalam mereka hanya berbual kosong  tentang kuih tradisional Melayu. Terus saja dia rasa teringinkan untuk makan kuih koci.

"Sedap ummi. Pandai ummi masak. Ni siapa jadi menantu ummi mesti beruntungkan. Mengidam nak makan apa saja dapat. Ummi masakkan." Ucap Suraya.

"Ha.. Hayyan bila pula nak bagi menantu perempuan untuk  kami?" Tanya Puan Qistina.

"Hahahaha.. Lama lagi lah mummy." Balas Hayyan.

"Memilih sangat ni." Hani Sofea meyampuk.

Tiba-tiba lamunannya terhanti.

"Aikk termenung apa tu.?" Tegur Hayyan. Yang kini sedang berdiri disebelah Hani Sofea. Dari tadi dia memerhatikan Hani Sofea yang sedang berdiri sambul merenung Suraya yang duduk diatas pelamin.

Imperfect LoveWhere stories live. Discover now