Bab 2

486 44 8
                                    

"Tuan!" Bunga memberikan tabik hormat sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat pegawainya. Dia sedar akan kehadiran seorang gadis muda yang cantik dihadapan pegawainya.

"Haa...Jemput duduk." pelawa Amir dengan senyuman.

"Apa perkara penting yang tuan nak bagitahu?"

"Ini Sarjan Aisyah. Anggota dari Balai Puchong. Salah seorang anggota di unit Narkotik. Dia dipindahkan ke Bukit Aman unit Jenayah Berat dibawah bimbingan kamu."

"Bawah bimbingan saya?"

"Yes...Kamu antara pegawai terbaik disini. Pasti mudah untuk kamu berikan tunjuk ajar kepada Sarjan Aisyah."

Bunga memandang kearah anggota bernama Aisyah itu dengan pandangan kosong.

"Tolong berikan tunjuk ajar kepada saya, puan." ucap Aisyah dengan senyuman manis.

"Kamu berdua bolehlah mulakan sesi perkenalan apa semua."

"Baik tuan. Kami minta diri dulu." Bunga memberikan tabik hormat bersama-sama dengan Aisyah sebelum keluar dari pejabat pegawai mereka.

"Ini office untuk unit kita." beritahu Bunga lalu masuk ke dalam pejabat itu.

"Puan!!!" semua anggota memberikan tabik hormat kepada Bunga ketika masuk ke dalam.

"Dengar semua. Ini Sarjan Aisyah. Dia akan bertugas di unit kita. Tolong bantu saya berikan tunjuk ajar kepada anggota baru kita."

"Baik puan!"

"Puan...Saya nak satu soalan, boleh?" bisik Aisyah.

"Soalan apa tu?" soal Bunga ingin tahu.

"Boleh saya panggil puan 'puan Bunga'? Saya rasa lagi comel kalau panggil puan 'Bunga' hehehehe." Aisyah tersenyum memandang kearah pegawainya itu.

Dia sudah mula rasa meluat dengan perangai anggota baru tersebut.

"Tidak boleh." Bunga cuba masuk ke dalam bilik kerjanya namun Aisyah menghalang.

"Satu lagi soalan puan! Puan dah kahwin ke belum?"

Tiba-tiba semua mata tertumpu kepada Bunga.

"Sambung buat kerja semua. Saya nak report ada atas meja sebelum jam 5 petang." Bunga segera mengelak soalan tersebut dan masuk ke dalam bilik kerjanya.

Dia mengeluh lalu meraup wajahnya berkali-kali.

'Kahwin? Seseorang dari broken home macam aku ni layak ke untuk mendirikan rumahtangga?'




~~~~~
Hai guys! Jgn lupa tinggalkan vote dan komen! Dengan komen koranglah saya bersemangat nak update story hehehehe...

OPERASI: Memikat Hati Si DiaWhere stories live. Discover now