Prolog

1K 51 18
                                    

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur

"Good job inspektor Soffea! Kamu berjaya menumpaskan sindiket senjata api Dato Jerome." puji Tuan Amir dengan senyuman bangga.

"Terima kasih, tuan. Saya tidak dapat lakukan semua ni tanpa bantuan dari anggota saya yang lain juga."balas Bunga dengan nada formal seperti selalu.

"Come on! Ambush ni berjaya pun disebabkan idea bernas from you. Nobody here have such a intelligent brain like you!"

"Saya hanya menurut perintah dan melakukan apa sahaja demi tugasan yang diberikan, tuan."

Tuan Amir hanya tersenyum memandang anggota wanita itu. Wajahnya amat jarang dihiasi dengan senyuman walaupun sudah 5 tahun wanita itu bertugas dibawahnya.

"Kamu 3 bulan undercover sebagai Secretary Dato Jerome kan? Kamu boleh pulang ke rumah dan berehat. Saya bagi kamu cuti 3 hari."

"Terima kasih banyak-banyak, tuan."

"Saya pergi dulu."

"Baik, tuan!" Bunga memberikan tabik hormat kepada pegawai atasannya sebelum keluar dari balai.

Dia hanya mampu mengeluh sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Badannya benar-benar terasa letih.

Tangannya segera mencapai beg kerja yang berada dikerusi belakang kereta.

"Eh? Mana jaket aku?" tangannya masih menyelongkar beg galas tersebut namun masih tiada.

Bunga hanya mampu mengeluh lagi kerana pakaian yang ada ditubuhnya sekarang sangat sendat dan pendek. Baju undercover sebagai Secretary masih belum ditukar olehnya kerana terlalu sibuk menyiapkan laporan penting.

Tanpa membuang masa dia terus memandu pulang ke rumah memandangkan jam sudah menunjukkan jam 11 malam.

Banyak yang terlintas dalam fikirannya ketika memandu. Mungkin juga kerana dia terlalu sunyi dan penat.

"Assalamualaikum..." ucapnya perlahan lalu masuk ke dalam rumah.

"Engkau memang tak reti nak pulang rumah ke?! Dengan baju pendek macam ni! Engkau ni pegawai polis ataupun pelacur!!!" tengking Nazim sebaik sahaja melihat anak perempuannya itu masuk ke dalam rumah.

"Astagfirullah...Ayah! Kenapa ayah cakap macam ni." balas Bunga dengan nada kecewa.

"Aku ni hidup lagi tau! Rumah ni bukannya hotel ikut suka kau nak pulang lepastu beberapa minggu tak pulang. Di mana maruah kau?!"

"Ayah...Kakak ada kerja yang penting sebab tulah kakak lama tak balik." beritahu Bunga sambil menahan air matanya dari jatuh.

"Kau kerja apa sampai tak pulang?! Sudahlah! Terpulanglah kat engkau nak pulang ke tak. Aku dah tak nak peduli. Ikut suka kau la!" jerit Nazim lagi lalu naik keatas menuju ke biliknya.

"Ayah..."

Bunga hanya menundukkan kepalanya. Air mata yang ditahan tadi akhirnya jatuh ke pipi.

'Kenapa...Kenapa semua benda yang aku buat tidak kena di mata ayah?'

Sudah hampir 14 tahun dia makan hati dengan perangai dingin ayahnya sendiri. Walaupun mereka tinggal serumah namun tidak pernah sekalipun ayahnya peduli tentang kehadirannya. Ayahnya hanya peduli tentang isteri barunya dan anak tiri mereka.

"Bunga?" panggil seorang wanita separuh abad itu dengan lembut.

"Eh...Auntie tak tidur lagi?" soal Bunga lalu mengelap air matanya.

"Auntie terbangun sebab dengar ayah kamu jerit tadi. Bunga dah makan? Kalau belum, auntie boleh panaskan lauk makan malam tadi."

"Takpe auntie. Saya dah makan tadi. Saya naik atas dulu. Sorry sebab ganggu tidur auntie."

"Sokay...Bunga jangan ambil hati dengan apa yang ayah cakap ya. Auntie tahu apa yang dia cakap tu memang melampau tapi dia still ayah Bunga kan."

"Ya...Terima kasih auntie sebab prihatin tentang Bunga. Lagipun Bunga nak minta maaf sebab anggap auntie macam orang asing sedangkan auntie dah lama anggap Bunga macam anak auntie sendiri. Maafkan Bunga ya...Bunga tak ready lagi nak panggil auntie 'Ibu'."

"Takpe sayang...Auntie faham...Bunga pergi la rehat dulu ya...Kalau ada apa-apa Bunga nak makan just tell me---"

"Rozia! Kamu tak payah nak berborak dengan budak tak guna tu!" tegur Nazim dari tangga atas.

"Auntie pergi dulu ya..."

"Okay auntie..."






~~~~~
Hai guys! Macam mana dengan first chapter ni? Okay tak? Hehehehe...Hope korang suka! Jangan lupa vote dan komen juga! Dengan komen korang la saya bersemangat nak update story hehehe...💕

OPERASI: Memikat Hati Si DiaWhere stories live. Discover now