BAHAGIAN 1

428 18 0
                                    

Farha merenung kosong telefon bimbit yang sepi daripada sebarang notifikasi. Sudah hampir dua hari dia persis janda gila talak. Manakan tidak, kali terakhir Aiman menghubunginya adalah pada dua hari lepas. Itupun sekadar memaklumkan pemergiannya ke Belgium atas urusan kerja. Setelah itu dia langsung tidak membalas hatta satupun pertanyaan yang Farha tujukan.

Farha menghembus keluhan untuk kali yang entah ke berapa. Aiman Qais Bin Muhammad Waqas. Seorang lelaki yang sukar dijangka tindak-tanduknya. Hari ini, dia mungkin melaburkan sepenuh masa dan perhatian pada Farha seakan-akan gadis itu satu-satunya wanita yang wujud di atas biosfera ini. Semudah kiraan satu, dua dan tiga, dia mampu berubah menjadi kutub utara yang tidak sedikitpun mempedulikan Farha.

Farha sudah masak dengan sifat misteri jejaka Pan-Asian itu. Hendak dibilang penat, sudah setahun lebih Aiman mengikat pertunangan dengannya sekaligus hampir setahun lebih juga Farha bertahan dengan ulah lelaki itu.

"Reha. Sudah-sudahlah tu. Kau macamlah tak kenal Aiman tu. Adalah tu urusan dia sampaikan dia tak sempat roger kau. Cuba husnudzon sikit." Rafiqah yang sedia memerhati Farha Liyana selaku rakan sepejabatnya menegur gadis manis itu. Bukan baru sehari dua dia mengenali Farha. Sejak zaman universiti lagi mereka menjalin persahabatan.

"Takkanlah nak teks bagitau dah sampai ke sihat ke tak ke or at least tanya khabar aku pun tak sempat Fiqa? Aku bukan apa. Nak kata rindu tu, wajiblah, tapi aku tahu Aiman mana nak layan perihal rindu segala ni. Aku risaulah dekat dia." Keluh Farha perlahan. Dia memutar-mutarkan telefon bimbitnya di tangan. Pejabat sedang kosong dek waktu makan tengah hari yang sedang berlangsung. Manakala Farha dan Rafiqah berpuasa qadha hari ini.

"lupa ke prinsip kerja dia tu? Lagipun, dia bukan senior engineer je tau dekat syarikat besar tu, dia pengelola sayap kanan tu. Mana tak sibuk. Kau bukannya tak biasa kena sidai dengan dia. "

Farha menongkat dagu mendengar pujukan Rafiqah. Dia sedar, sejak zaman universiti lagi, Aiman memang sudah sedia terkenal bergari dengan jawatan-jawatan besar di sana sini. Menariknya, hampir 7 tahun Farha berjaya mengikat rasa yang membuak-buak terhadap Aiman iaitu sejak dia berada di tahun akhir sekolah menengah. Waktu itu, dia terserempak dengan Aiman

yang hadir di majlis sekolahnya sebagai salah seorang alumni. Tujuh tahun itu bukan mudah. Apatah lagi menahan perasaan cemburunya dek Aiman yang berada di universiti berbeza dengan Farha; dilihat begitu diminati oleh ramai pelajar perempuan di pusat pengajian lelaki itu. Kalau bukan sebab peristiwa itu, memang sampai ke sudah Farha hanya bergelar peminat Aiman Qais bin Muhammad Waqas.

"Aku kadang penat dengan emosi dia yang kadang iya kadang tidak tu, tapi. Entahlah Fiqa."

"Lantak kaulah Reha, kau tahu apa yang terbaik utk diri kau. Aku sebagai sahabat karib seorang Farha Liyana support je kau sentiasa."

Rafiqah kembali berpusing menghadap meja kerjanya. Tipulah andai dia tidak kasihankan Farha yang sering kali makan hati dengan perangai Aiman itu. Hakikatnya, dia sudah lali dengan Farha yang kerap mengadu sikap acuh tidak acuh Aiman padanya. Secara peribadi, Rafiqah turut berasa tidak patut untuk Aiman melayan Farha sebegini rupa meskipun dia tidak berperasaan kepada gadis itu. Bukan Farha yang paksa keadaan agar memasangkan mereka berdua di bawah satu lembayung pertunangan.

Beberapa bulan lepas, saat Farha mengabarkan bahawa keluarga Aiman, jejaka paling keras hati semenjak sekolah menengah lagi; tiba-tiba sahaja meminang Farha, Rafiqah dihujani pelbagai persoalan. Bukan dia tidak tahu betapa Aiman terkenal dengan sikapnya yang melayan pelajar perempuan persis tunggul di tengah jalan. Dipandang tidak, disepak pun tidak. Sungguh tidak masuk akal! Namun begitu, sebagai sahabat yang baik, Rafiqah hanya mampu menasihati Farha agar tidak terlalu mengikutkan perasaan dan dia akan menyokong apa-apa sekalipun keputusan gadis itu. Dia hanya tersenyum nipis melihat Farha yang sudah jauh dalam mahligai menungnya sendiri.

MAWAR QAIS | SHORT STORYWhere stories live. Discover now