Luwai mengeluh perlahan.





===




AYAH Khayla memeluk bahu anaknya.

"Kenapa ni? Kenapa anak papa ni macam nak larikan diri daripada lelaki tu? Dia ada buat salah ke?" tanya ayah Khayla dengan nada lembut. Dia menunduk sedikit bagi menyamai ketinggian dengan anak gadisnya.

"Tak. Khayla tak selesa sikit dengan lelaki. Papa tahukan yang Khayla tak berapa suka dengan lelaki kecuali papa." Kata Khayla dengan wajah muram.

Ayah Khayla tersenyum. Dia mengusap pipi anaknya tetapi Khayla menjauhkan wajah.

"Nanti jerawat pecah." Bisik Khayla sambil mengerutkan dahi. Ayah Khayla tersenyum lagi.

"Yelah, anak papa. Jom, pergi tengok movie!" laungnya ceria lalu mengusap kepala anaknya.






===





DAHIN menyandar di kerusi kereta di bahagian belakang dengan malas. Sepatutnya hari cuti ni dia nak berehat tetapi plannya hancur apabila mamanya mengajak ke rumah kawan baik mamanya. Dia hanya mampu menurut.

Dahin menutup mata.

"Adik, ada nampak gelang akak tak?" tanya kakak Dahin sambil menggoyangkan lengan si adik. Dahin melepaskan keluhan kecil.

"Tak ada. Kakak tertinggal dekat rumahlah tu." Balasnya acuh tak acuh.

"Ish! Tak! Akak pakai tadi. Bila akak nak betulkan tudung tiba-tiba hilang. Dik, tolong akak cari." Pinta gadis yang berusia empat tahun lebih tua daripadanya.

"Yelah." Dahin membuka mata lalu mula mencari di segenap kereta itu.

Mama dan papanya yang melihat keletah anak-anak mereka hanya tersenyum.

"Tak melawan si adik tu." Kata papa kepada mama.

"Nak lawan macam mana kalau itu satu-satunya kakak kesayangan dia. Dia orang ni macam bukan kakak dengan adik, kadang macam adik dengan abang pun ada. Anak teruna kita tu kadang lebih matang daripada kakak dia." Mama tergelak kecil.

Papa tersenyum, mengeyakan.

Mereka sekeluarga tiba di rumah kawan baik mama.

Mereka dijemput masuk ke dalam rumah.

Dahin mengambil tempat di sebelah mamanya.

"Kakak mana?" tanya mama apabila tidak nampak kelibat anak gadisnya.

"Dalam kereta, masih cari gelang dia. Kakak suruh Dahin masuk dulu. Jadi Dahin masuk je." Jawab Dahin lalu dia bangun untuk bersalam dengan orang lelaki yang ada di dalam rumah itu.

"Dahin?" tegur seorang gadis yang baru lepas bersalam dengan mama Dahin.

"Laila?"

Mereka berdua menatap sesama sendiri.

"Kau buat apa dekat sini?" Serentak soalan itu keluar daripada mulut mereka.

Mama Dahin tergelak.

"Dah besar cantik anak kau." Kata mama kepada kawan baiknya.

Ibu Laila tersenyum. Dia mengangkat kening ke arah mama Dahin. Mama Dahin yang faham melepaskan ketawa kecil. Mereka tergelak bersama-sama.

"Perangai dia orang berdua ni masih sama walaupun dah bergelar mak." Atuk Laila menggelengkan kepala.

Semua orang ketawa apabila mendengar komen atuk Laila kecuali Dahin dan Laila. Mereka masih kebingungan.

"Laila ingat Dahin? Budak lelaki yang Laila selalu melekat waktu kecil dulu." Tanya ibu Laila.

"Dahin sekarang Laila kenallah sebab satu sekolah. Kalau yang dulu tu Laila tak ingat sangat." Balas Laila sambil memandang ke arah Dahin.

"Dahin ingat Laila tak? Budak perempuan yang selamatkan Dahin waktu Dahin hampir terjatuh sungai dulu." Tanya mama Dahin kepada Dahin pula.

Dahin berfikir sejenak. Laila turut memikirkannya.

"Hah!" sebut mereka serentak. Mama Dahin dan ibu Laila terkejut. Mereka mengusap dada.

"Budak yang clumsy tu!"

"Budak yang berlagak tu!"

Mereka berkata serentak lalu memandang ke arah masing-masing.

"Kau ke budak yang tak reti duduk diam masa pergi sungai waktu petang dulu?" soal Laila tatkala memandang Dahin.

"Dan kau ke budak yang berlagak macam penyiasat terhandal tu?" soal Dahin kembali.

Mama Dahin dan ibu Laila tergelak kecil. Mereka nampak interaksi antara anak-anak mereka itu comel.

"Kau orang dah membesar menjadi remaja yang pandai!" sampuk papa Dahin yang berhenti berborak dengan ayah Laila seketika. Ayah Laila tersenyum kecil.

Ibu bapa mereka berdua terkenang waktu mereka masih kecil. Budak lelaki dan budak perempuan yang agak terkenal di taman mereka ketika itu kerana mereka boleh menjadi musuh seperti Tom and Jerry malah boleh menjadi kembar rapat seperti Upin dan Ipin. Mereka dikenali sebagai 'Pasangan tua' sebab pergaduhan mereka seperti pasangan yang sudah lama berkahwin.

Ketika itu kakak Dahin hendak berjalan masuk ke dalam rumah itu dan tanpa perasan akan kehadiran kakak Dahin, seorang lelaki turut ingin masuk ke dalam rumah sehingga mereka terlanggar masing-masing.

"Eh!" Serentak mereka terjerit kecil.

Kakak Dahin memandang lelaki yang berdiri di belakangnya. Terbutang mata mereka apabila memandang satu sama lain.

"Awak!" ucap mereka dengan nada terkejut.

Mama Dahin dan ibu Laila saling berpandangan. Meraka dengan serentak menaikkan kening bersama senyuman lebar.


Tiga Jejaka, L.A.D. (COMPLETE)Where stories live. Discover now