Bab 4

8 2 0
                                    


DAHIN seronok ketawakan mereka berdua. Nasib baik hari ini pakai baju sukan, kalau tidak habis kotor baju sekolah yang putih bersih itu.

Denda di sekolah semakin dinaik taraf disebabkan mereka. Kali ni mereka berdua perlu mengutip sampah di seluruh sekolah termasuk di padang yang basah itu.

"Ceh, gelakkan orang! Tunggulah nanti turn kau pula! Masa tu aku bahan kau cukup-cukup." Kata Afeef dengan penuh dendam.

Riak wajah Dahin berubah.

"Weh..." Panggil Dahin sambil menggoyangkan lengan Afeef. Afeef buat muka angkuh.

"Apa? Kau nak merayu? Hah! Tak makanlah!"

"Weh..." Panggil Dahin lagi.

Afeef palingkan wajah ke arah lain.

"Weh..." Panggil Dahin dengan suara mendayu-dayu.

Kali ni Afeef berpaling. Dagunya diangkat tinggi memandang Dahin.

Dahin tersenyum sinis.

"Weh, kau ingat aku kisah?" soal Dahin mengejek. Dia tersenyum sinis lalu beredar.

Afeef berkelip-kelip.

"Eh, bukan tadi kau nak merayu ke?" laung Afeef kepada Dahin yang semakin jauh.

Luwai tersengih. Dia bangun lalu berjalan mengikuti langkah Dahin.

Afeef ditinggalkan lagi.




===




KHAYLA menunjukkan soalan kepada cikgu Matematik yang ketika itu berada di perpustakaan.

"Macam ni, nombor yang ada dalam kurungan ni awak kena darab dengan nombor 4 ni. Baru boleh dapat jalan kerja yang betul. Bila jalan kerja betul peratusan untuk dapat jawapan betul tu tinggi. Faham?" jelas cikgu Matematik itu sambil memandang wajah Khayla.

Khayla mengangguk faham. Dia berikan senyuman sehingga matanya mengecil kepada cikgu tersebut. Cikgu itu turut tersenyum lalu menepuk perlahan bahu Khayla tanda dia perlu pergi selesaikan kerja.

"Saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa, awak kumpul dulu soalan seperti biasa. Nanti bila-bila boleh datang tanya." Cikgu Matematik itu pun berjalan masuk ke dalam bilik kerjanya yang berada di dalam perpustakaan itu.

Khayla berpusing untuk ke tempat duduknya. Tatkala itu matanya terpandang ke luar tingkap yang berwarna hitam, terlihat  beberapa orang pelajar berjalan di koridor luar perpustakaan. Matanya membulat apabila ternampak kotak rokok yang dipegang oleh salah seorang daripada mereka.

Khayla cemas. Baru saja dia hendak masuk ke dalam bilik kerja gurunya itu dia nampak wanita itu sibuk dengan kerja. Dia tiada pilihan lain selain pergi lihat sendiri kerana tiada orang lain di situ selain dirinya.

Khayla menolak pintu perpustakaan. Dia keluar dengan berhati-hati. Kasut dia capai lalu dipakai.

Luwai yang ketika itu kebetulan hendak berjumpa dengan cikgu Matematik, ternampak Khayla yang sedang berjalan dengan berjengket.

Kening Luwai berkerut.

"Apa yang 'tulang rusuk' aku tu buat?"  soal Luwai sendirian.

Luwai senyap-senyap mengikuti pergerakkan Khayla.

Khayla mengintai di sebalik dinding. Dia terkejut, hampir saja salah seorang daripada mereka melihatnya.  Khayla kembali menyorok.

Berkerut dahinya apabila terhidu bau asap rokok.

Luwai yang perasan menegur gadis itu.

"Weh!" bisiknya perlahan ketika berada di sebelah kiri Khayla.

Khayla tersentak. Hampir saja dia hendak terjatuh. Dia memandang ke arah Luwai lalu berkerut kening.

Tiga Jejaka, L.A.D. (COMPLETE)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu