Prolog

132 3 0
                                    

HIDUP ini memang tak mudah untuk kita hadapi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HIDUP ini memang tak mudah untuk kita hadapi. Namun cubalah sebaik mungkin untuk hadapi segala kemungkinan yang akan tempuhi. Susah. Benar memang susah, namun disetiap satu kesusahan diselit seribu kemudahan.

"Nur Zulaikha. Awak boleh galas jawatan penolong kelas?"

Terkedu? Ye.

Dia murid baru yang masuk akhir tahun lepas bersama seorang lagi rakan barunya dari Sarawak. Mereka, mula rapat apabila mereka mula menegur antara satu sama lain.

"Boleh cikgu."kata Zulaikha walaupun dia berasa tidak adil. Sudahnya ramai yang pandang serong kepada dia.

Dia tidak pernah lagi jadi penolong kelas dari dia darjah satu sehingga sekarang. Jadi wakil pemilihan pernahlah. Susah? Dia lihat tidak sebegitu susah tugas penolong kelas. Kita lihat saja bagaimana.

"Weyh. Kenapa kau tukar kelas ni?"

"Weyh. Bila kau tukar sini?"

"Weyh. Kenapa sekolah sini?"

"Sebelum ni sekolah dekat mana?"

Soalan itu sering kali ditanyakan kepada dia. Sering kali juga dia mengalah hendak menjawab. Ada kalanya dia akan diam, dia tidak kisah sekiranya di label sombong. Dia tidak hiraukan kata-kata mereka sekeliling terkadang.

"Woi! Sombong gila!"

"Weyh! Ustazah!"

"Weyh, bajet alim **** menyampah aku!"

"Kenapa dia masuk kelas ni eh?"

"Menyemak ****!"

Dia menelan segala pahit yang diterima. Susah? Cukup susah sehingga dia terlepaskan marahnya didalam kelas. Dihadapan guru. Dihadapan rakan. Apabila teras bumi memanas maka terletuslah lava dari kawahnya.

Iman naik turun semenjak dia bergaul dengan keadaan sekeliling. Cuba untuk mengawal iman supaya naik. Cuba untuk mengawal nafsu yang semakin mengawal diri. Hingga akhirnya, dia berjaya walaupun sedikit dia terasa terlalu bangga akan diri sendiri.

Limit amarah seorang manusia akan terletus seperti lava jika mencapai hadnya. Pernah juga dia berniat untuk membunuh diri. Membunuh rakan. Hanya niat namun dibatalkan saja niat itu apabila memikirkan azab yang bakal ditanggung.

Rupanya menjadi penolong bukan semudah yang dia sangka dari permulaan. Jadi penolong perlu mempunyai kesabaran yang tinggi. Ketabahan mental dan fizikal. Kekuatan luaran dan dalaman.

"Weyh asal kau menangis ni?"

"Menangis? Mana ada."

Cermin milik dia dikeluarkan, dilihat pantulan diri pada cermin. Matanya merah, juga ada kesan air yang mengalir turun.

"Asal aku menangis?"

"Kau kenapa menangis?"

"Takde apalah, mata aku masuk habuk. Kan aku tengah duduk bawah ni."

Zalikha menafikan mengapa dia menangis. Tidak semua perkara dia perlu mencaritakan pada rakan dia. Tambahan rakannya itu juga tidak kisah dan tidak bertanya banyak jadi tidak perlulah dia berkata apa atau memberitahu apa-apa.

"Aku dengar kau ada pakwe? Betul?"

"Siapa bagitahu? Lelaki pun aku tak nak dekat, mana datang pakwe tu?"

"Ramai dah tahu..jadi betul? Pakai tutup litup tapi tetap buat zina, ck betullah pakaian tidak mencerminkan akhlak."

Beginilah hidup Zulaikha..difitnah..dihina..dicaci..dimaki malah dibenci oleh orang sekeliling juga. Sebelum berpindah ke negeri asal hidupnya aman. Ada juga perkara yang sama terjadi namun tidaklah seteruk ini.

Namun nasi sudah menjadi bubur. Jika Allah kata jadi, maka jadilah ia. Kunfaya kun.

464 words0111202207rabiul akhir1444 hijrah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

464 words
01112022
07rabiul akhir1444 hijrah

My Stellina : Be MineWhere stories live. Discover now