43 : THE END

54.8K 859 64
                                    

Liyana keluar dari bilik air. Dia memandang pregnancy test stick di tangannya yang menunjukkan dua garisan. Bibirnya diketap. Dua bulan setelah balik dari Bali untuk hari jadinya tempoh hari, dia langsung tidak datang haid. And here we are.

"Sayang!" Naufal menyapa dengan ceria sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Liyana terus memandang Naufal dengan pandangan tajamnya. Naufal yang menyedari itu terkebil-kebil. "What? Abang ada buat salah ke?" soalnya.

Liyana mengetap bibir. Pregnancy test stick di tangannya dihulurkan kepada Naufal. Naufal menjongketkan keningnya. Dia melangkah ke arah Liyana dan tangannya mengambil pregnancy test stick tersebut. Naufal memandang Liyana sejenak sebelum dia memandang pregnancy test stick yang menunjukkan dua garisan itu. Dia kembali memandang Liyana. "You're pregnant?"

Liyana menghelakan nafasnya. "Abang, this is not your first time," geram Liyana menuturkan itu bila mendengar soalan yang sangat ketara jawapannya.

Bibir Naufal mula membentuk senyuman. "Yes!" sorak Naufal. Badan Liyana dipeluknya erat. "We are going to have another daughter or son!"

Liyana menolak badan Naufal dengan kuat. "Abang!" Dada Naufal dipukulnya geram. "Kita dah cakap kan tak nak ada baby for at least two years lepas Inara lahir! Ini tak sampai satu tahun pun Inara and I'm pregnant again!" bebel Liyana. "And you are excited?! Habis tu saya ni macam mana?! Semua orang confirm fikir yang bukan-bukan! Ni semua sebab awaklah!"

Naufal mengemam bibirnya, menahan daripada tersenyum kerana bebelan comel Liyana itu.

"Time Inara pun sama! Aariz belum satu tahun pun lagi tapi saya dah mengandungkan Inara. Yang ini pun sama!" Liyana sudah duduk mencangkung di lantai. Mukanya disembamkan pada kakinya. Menangis.

Naufal menggaru kepalanya. Lah, kenapa sampai menangis ni? Naufal turut duduk di hadapan Liyana. "Sayang, sayang tak nak baby ni ke?"

Liyana terus mengangkat wajahnya untuk memandang Naufal. "No!! Saya nak baby ni tapi ni terlalu cepat!!"

Naufal senyum san mengusap lembut rambut Liyana. "Then, we are good. Abang pun nak baby ni. So, daripada kita fikir apa orang lain akan fikir, lagi baik kita fokus pada baby ni. Awak pernah cakap kan, anak ialah pemberian yang terindah dalam hidup kita," pujuk Naufal lembut. Tangannya mengusap lembut pipi Liyana yang dibasahi dengan air mata itu. "Baby ni rezeki kita sayang. Kalau awak risau awak tak mampu nak jaga anak-anak, abang nak awak tahu, abang ada. Abang akan sentiasa tolong sayang untuk jaga anak-anak kita. Untuk jaga sayang juga. So, stop crying and be happy. Nanti kalau sayang tak habis-habis menangis, baby ni ingat awak tak suka dia pula."

"No.. bukan macam tu.."

Naufal senyum. "Then, be happy. Kita akan jaga baby ni sama macam kita jaga Aariz dan Inara, okay?"

Liyana memeluk badan Naufal dengan erat. "Awak takkan tinggalkan saya seorang-seorang kan?" soalnya.

Naufal mengusap lembut belakang badan Liyana. "Sayang boleh bunuh abang kalau abang tinggalkan sayang dan anak-anak," tutur Naufal. Ubun-ubun isterinya dikucup lembut.

~

"Wait, Kak Liyana pregnant lagi?"

Naufal mengangguk. Tangannya langsung tidak melepaskan pautan pada tangan Liyana yang duduk di sebelahnya.

"Oh my God," Airis memandang Liyana yang duduk di hadapannya. Tangannya meraih tangan kiri Liyana dan digenggam erat. Matanya tampak bercahaya kerana bahagia. "So, Inara dengan Aariz akan ada adik barulah ni?! Aaaaa, Airis yang excited sekarang!"

"Airis."

Airis memandang Arfan yang duduk di sebelahnya dan tersengih. "Saya excited, okay?" balas Airis. Tangan Arfan dipegangnya. "Kita bila nak ada baby pula?" soal Airis lagi.

My Seducing Wife Where stories live. Discover now