part 4

64 0 0
                                    

Lamunan perkenalan aku dengan Haris lenyap begitu sahaja setelah azan asar berkumandang.  Terasa berat bebanan di kepala. Banyak yang hendak aku fikirkan. Bagaimana untuk menghadap Haris dan amera besok di office. Kusut.  Aku masih tak bersedia.

Kereta Vios aku pandu perlahan memasuki ruang parkir kereta. Keluar sahaja dari kereta, aku terpandang pasangan merpati dua sejoli sedang beriringan masuk ke pejabat. Senyuman sinis terbit di bibir. Belum terlerai lafaz cerai, Harris sudah berani tunjuk hubungan di pejabat.  Sedarlah aku yang Harris tidak pernah serious dengan aku.

Hati yang kecewa aku tutup dengan senyuman. Apabila mata bertentang dengan Amera dan Haris satu senyuman hambar aku lemparkan. Tanpa menghiraukan panggilan Amera laju saja kaki aku memasuki lif.

'Harris, you betul nak bercerai dengan Hannah?  She's too nice , I tak sanggup nak lukakan hati dia' kata kata yang berunsurkan kepura-puraan dilontarkan. Amera memandang Harris yang masih memandang susuk tubuh Hannah.

'itu yang dia nak,  apa i boleh buat. Lagipun I tak rasa dia akan bahagia dengan I' Harris menghela nafas berat. Jauh disudut hati dia turut rasa bersalah. Namun hatinya tidak dapat menipu sayang dan cinta buat Hannah dan Amera berbeza.

Dari jauh sudah nampak Suraya merangkap rakan karib ku dari zaman belajar berjalan menghampiri meja dengan wajah cemberut. Aku cuba tenangkan hati yang gundah agar tidak terlihat oleh Su.

'babe kau okay? Aku nampak Harris dan Mera bukan main lagi tadi di cafe?  Apa yang jadi ni sebenarnya' muka tidak puas hati dilayangkan. Pening dia melihat Hannah yang beriak biasa.  Bukannya buta orang dalam pejabat ni hendak menilai kegoyahan yang berlaku dalam perkahwinan mereka. 

Simpati dia melihat nasib Hannah. Kenal dengan perangai kawannya yang asyik mengalah dan rela menjadi bodoh dari melawan. Argh,  sungguh dia tak puas hati.  Hannah yang masih berdiam diri dipandang. Tidak ingin memaksa, dia hanya biarkan Hannah melayan perasaan.

" aku okay je lah. Macam yang kau nampak tu lah jawapan dia. Orang tak nak kita dah Su"  senyuman palsu ditayang. Biarlah, tiada siapa yang faham akan perasaannya..

Jam ditangan menunjukkan pukul 5, file yang belum disemak dikemas untuk dibawa pulang. Perlahan kaki dibawa menuju ke bilik Harris. Entah apa yang merasuk. Tapi jauh disudut hati, dia rindu kan Harris.  Rindu akan guraun semasa pulang bekerja bersama. Rindu keprihatinan Harris jika dia mengada tidak mahu memakai seatbelt.  Sakit memikirkan itu semua hanyalah dusta yang dicipta.

Kakiku terpaku memandang tubuh yang menyandar di kereta ku. Berkerut dahiku melihat Harris berseorangan tanpa Amera siap bersandar lagi di kereta miliknya. 

"ada apa ?" tanpa berlengah terus sahaja aku bertanya.

"Hannah,  aku minta maaf.  Amera okay kalau bermadu. Dia harap kau terima dia sebagai madu. Dan aku pun boleh tanggung korang berdua"  bodoh sekali bicara yang dilontarkan Harris. 

Senyuman sinis terukir di bibirku. Oh Amera. Sebab betina tu baru dia nak pujuk aku?. 
Kau memang tak pernah sayang aku Harris. Mata memandang Harris lama bagaikan menghantar isyarat luka di hati yang tidak difahami Harris.

" dah lah. Saya dah muak dengan semua ni. Cepat kita settle cepat awak boleh berasmara balik dengan ex  awak tu. Awak kan sayang gila dekat dia. Dah lah cakap dekat dia terima kasih. Saya tak hadap kasih sayang lelaki, tak perlu dia nak simpati dengan saya.  Jumpa lah di mahkahmah minggu depan. Assalamualaikum."

Habis bicara terus aku masuk ke dalam kereta dan memecut laju membelah jalan raya. Air mata yang ditahan meluncur laju di pipi. Sebak mencengkam di dada.. Cinta pertama aku rupanya gagal. Cinta pertama yang hanya bertepuk sebelah tangan.

Sampai dirumah aku  termenung di ruang tamu merenung television. Iklan susu ibu mengandung di tv menarik perhatian ku, tiba tiba sahaja buat aku berdebar, lekas aku menyemak tarikh akhir period.  Sudah lewat melebihi tempoh. Sudah 2 minggu aku lewat. Masalah yang menimpa tiba tiba, membuat aku lupa. 

Jantung bedetak laju. Tak mungkin. Tanpa berfikir panjang terus aku memandu ke farmasi untuk membeli pregnancy test.

Peluang Where stories live. Discover now