✧𝟐𝟖

3.3K 277 38
                                    


“𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐜𝐨𝐥𝐝 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐈 𝐟𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐚𝐢𝐧”

MANA suami saya pergi?”

“Jangan risau Encik Anaqi turun bawah ambil barang kat kereta. Saya jaga awak sementara tu ya.”

“Doktor buat apa?”

“Tengah scroll tiktok cari baju baby. Cuba tengok ni eii comelnya!” Ira duduk disebelah katil Lisa. Dia menunjuk telefonnya.

“Wah so cute! Doktor pun pregnant ke?”

“Tak lah bukan saya tapi awak.”

Tersenget kepala Lisa. Aku yang mengandung kau yang lebih.

“Kenapa saya kena tahan?” Muncung Lisa.

“Ya lah awak kurang air untuk itu kami kena pantau awak dulu.” Masih ralit main telefon.

Tiba-tiba terdengar bunyi bising di luar bilik.

“Ish siapa yang bising tu tak tahu ke ni hospital? Kejap ya Puan saya pergi tengok dulu.”

Lisa memandang siling. Mana Cielo ni sudahlah tinggalkan dia seorang diri.

Tangan mengusap perutnya. Dia tersenyum lebar. Tapi senyumnya mati teringat mimpinya. Bulu roma meremang.

“Takutlah..”

“Takut apa?”

Lisa tergaman mendengar suara lelaki lain. Ni bukan Cielo!

“Takut apa hah?”

Kepala menoleh ke pintu bilik. Mata terbuntang.

“Su-sulaiman.”

“Aik dah tak ada abang ke?”

“Ap-apa awak buat kat sini?” Perlahan-lahan Lisa berdiri. Dia mengundur kebelakang.

“Culik kau.”

“Hah?”

PAP

Hospital gelap. Segelap hati Sulaiman. Eh bukan-










“PAHAL pulak tak ada api ni? Hospital ni miskin sangat ke sampai tak bayar bil?” Bebel Cielo. Dia terpaksa naik ke tingkat 12 menggunakan tangga.

“Habislah aku kurus keding. Mesti Lisa tak suka.”

Cielo menolak pintu. Tapi seperti ada yang menghalang.

“Apa susah sangat ni eh ada oranglah!” Cielo mengeluarkan kakinya sikit dan menolak orang itu ke tepi. Baru lah pintu terbuka.

“Miskin sangat ke hospital ni sampai tak boleh beli katil khas untuk staff?” Dia menyuluh lampu ke orang itu.

“Ehh Ira? Kenapa tidur sini suami kau mana? Kesian kau kena halau eh jap bini aku!” Cielo berlari ke bilik isterinya.

Langkahnya terhenti bila pintu bilik itu terbuka luas. Cielo tergaman melihat katil Lisa kosong.

Tangan menutup mulut.

“Lisa!”











“MACAM mana kalau benda tu betul? Macam mana kalau benda tu terjadi? Macam-”

PANG

“Auch sakitlah gila!” Diya mengusap pipinya yang baru ditampar.

Chris menjeling bukan kuat pun.

“Betul betul macam mana kalau Lisa memang kena culik? Macam mana kalau Lisa dah nak beranak? Macam mana-”

𝐌𝐑. 𝐇𝐀𝐂𝐊𝐄𝐑 [𝐂]Where stories live. Discover now