✧𝟗

4.1K 397 63
                                    


“𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐜𝐨𝐥𝐝 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐈 𝐟𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐚𝐢𝐧”

“JOM kahwin.”

“What?!”

Lisa dan Cielo menoleh ke arah pintu mendengar suara asing itu.

Alamak!

Cielo menelan air liur. Mommynya berdiri di pintu dengan tangan mencekak pinggang. Takutlah.

Bersinar mata Lisa memandang perempuan di depannya. Siapa ni? Lawanya.

“Mom..mommy.” Tergagap Cielo memanggil.

“Mommy?” Hairan Lisa. Perempuan cantik dan awet muda ni mommy Cielo? Wow!

Diya menatap Lisa dengan pandangan bosan. Budak ni siapa sedap kau je panggil aku mommy.

“Mommy macam mana mommy boleh ada kat sini?” Cielo mendekati mommynya.

“Kenapa? Tak boleh?”

“Bukan tak boleh cuma..”

“Who is she?”

“Di-dia..” Cielo tak tahu nak jawab apa.

“Ouh I dah faham. You tolak semua girl yang I tunjuk sebab dia? Ouh dalam diam you simpan perempuan lain ya Qiqi?!”

“Pretty..” Lisa terpaku.

Diya menjeling Lisa.

Aku punyalah marah dia boleh ter pretty pretty eh kejap dia puji aku?’

What?”

“Cantiknya.. so beautiful oh my god! I is cannot lah.” Lisa menepuk tangan. Sungguh cantik orang depannya.

Cielo menepuk dahi. Diya berdehem. Tak pernah orang puji dia sampai macam ni. Orang cakap kalau orang lebih muda cakap macam tu maknanya dia jujur jadi...

“Thanks!” Diya menjeling manja. Malulah kita.

“Wow cantiknya Auntie! Pipi ni oh my god lembutnya! Auntie pakai apa? Jealous kita..” Lisa mencuit pipi Diya.

Membahang Diya. Dia flip hair depan Cielo. See.

Cielo menjuling mata. Boleh hancur dunia kalau dibiarkan mereka berdua ni.

“Mommy buat apa datang sini?” Soal Cielo lembut. Dia menarik lengan Diya untuk duduk tapi Diya menepis. Diya merenung tajam.

“Mommy datang sini sebab mommy nak kamu buat macam apa yang mommy cakap haritu. Anak si dia tu dah nak kawin tau.”

“Haihh mommy kan Cielo cakap Cie tak nak kahwin lagi. Lagi pun siapa nak Cielo? Anak kawan mommy tu semua bukan nak sangat kat Cielo pun dorang tu mesti sebab mak dorang paksa juga kan?” Cielo menghela nafas.

“Tapi saya nak.” Lisa mencelah. Terkelip-kelip matanya memandang dua orang di depannya.

“See. Ada je yang nak Qiqi. Hurm you nama apa?” Diya menarik lembut tangan Lisa. Mereka duduk di atas katil Cielo.

Cielo terkebil. Lah dorang tak nampak aku ke?

“Nama saya Lisa, Auntie.”

“No need to call me auntie. Just call me mommy.” Senyum Diya.

“Mommy? Rawr!”

“Yeahh rawrr”

“Rawrr rawrr...”

“What the...” Jay yang sedari tadi berdiri di pintu bilik Cielo tercengang.

“Uhuk!” Cielo tersedak. Nampaknya virus biul Lisa sudah berjangkit ke mommynya pula.

“Okay hurm boleh mommy tahu Lusa ni siapa? Lusa ni girlfriend Qiqi ke?”

“Lisa mommy lusa tu untuk hari.”

“Oh my bad! Hahaha rawrr!”

“Hahahahhh!”

Cielo dan Jay masih tercengang. Tak sangka begitu cepat Lisa dan Diya rapat. Sedangkan dengan mereka pun Diya begitu anti. Tak adil!












“JEMPUT minum Auntie.” Yan mempelawa secawan teh dan kek coklat yang dibuat oleh Jay.

Diya menjeling. Dia mengipas diri dengan kipas kertas bercorak bunga sakura. Cantik.

“Minumlah mommy.” Cielo duduk di sofa bertentangan dengan Diya.

“Korang ada letak racun ke? Tak nak I.” Sebelah mata Diya memandang.

Jay terbatuk. Yan menarik senyum hambar. Ni kalau ada Chris memang dia dah halau Mak Cik ni.

“Mommy... Makan biskut ni.” Lisa datang dan duduk disebelah Diya.

Diya tersenyum lebar. Dia memakan biskut itu.

“Woah sedapnya pandai Lisa buat!”

“Eh tak lah mana ada Lisa buat. Ni kan biskut oreo.” Selamba Lisa.

Cielo menelan air liur. Yang lain menepuk dahi.

“Ouh ya ke? Mommy tak pernah tahu pula biskut ni sedap! Lepas ni Lisa kena teman mommy cari biskut ni tau!”

“Okay mommy. Eh minumlah mommy nanti tersedak.”

Nak tak nak Diya terpaksa minum juga air tangan Yan. Yan tersenyum lebar akhirnya perempuan tua ni nak juga rasa minumannya.

Andai dia tahu semudah ini Mommy Cielo mendengar kata Lisa. Kalau dia ludah pun minum agaknya.

“Mommy makanlah kek ni. Jay yang buat. Sedap tau!”

Jay tersedak. Tiba-tiba saja musuh puji mahu tak tersedak.

“Haha ya ya kita makan by the way hurm Lusa single?”

Cielo pula tersedak. Lisa tersenyum hambar. Lusa pun lusa lah mak cik. Penat aku nak betulkan.

“Single. Kenapa?”

“Baguslah. Apa kata Lusa kahwin dengan Qiqi?”

“Uhuk!” Serentak Jay dan Yan terbatuk-batuk. Selamba betul orang tua ni! Dia tak tahu ke masalah Cielo sekarang ni?

Rasanya dia tahu saja Cielo kerja apa. Apa Cielo buat. Perasaan Cielo. Tapi masih nak kawal hidup Cielo.

“Mommy kan Qiqi dah cakap hentikannya.”

“Eh you jangan nak melawan ya! Ingat sikit syurga you bawah tapak kaki I. So dengar cakap I jangan melawan!

I buat pun untuk kebaikan you! You tu dah tua. Bila nak kahwin? Nak umur 30 baru nak kahwin ke? Ya memanglah lelaki ni umur dah 40 pun tak pernah orang cakap anak teruna tua.

Tapi benda boleh fikirkan? Sampai bila you nak hidup dengan hambakan diri you dalam rumah ni? You kena keluar mulakan hidup baru. Takkan tu pun mommy nak ajar?

Qiqi you tu dah besar boleh fikirkan? Haihh mommy ni geram tau dengan you. Semua mommy buat you melawan tengoklah apa jadi dengan diri you sekarang.

Ke sana sini dengan topeng buruk you. You cacat akibat topeng you! Mommy dah cakap cabut you degil-”

Ayat Diya terhenti apabila Lisa menyumbat sepotong kek besar ke dalam mulutnya.

“Sedapkan mommy? Yeah Lisa tahu sedap. Apa? Mommy nak lagi? Boleh boleh mommy makanlah sorang ya.” Lisa menarik senyum tak bersalah.

Ingatkan Umi saja kaki bebel rupanya tak kiralah darjat dan situasi seseorang itu. Selagi dia bergelar ibu memang itulah hobinya.

𝐌𝐑. 𝐇𝐀𝐂𝐊𝐄𝐑 [𝐂]Where stories live. Discover now