🥀BAB - 75

47.7K 1K 205
                                    

"RIYYADH!"

"LEPAS, DADDY! LEPAS! IYAD NAK TENGOK ISTERI IYAD! IYAD NAK TENGOK AISYA!"

Tubuh Rayden yang merengkuh badannya ditolak kasar sehingga terlepas.

Bilik kecemasan yang menempatkan Aisya dituju dengan tergesa-gesa.

Tidak dia hiraukan akan keadaan dirinya yang bermandikan darah ketika itu serta pandangan dari orang ramai yang berada di situ.

Kerana tujuannya di saat ini hanyalah Aisya.

Hanya Aisya!

Rayden berdecit geram. Lantas, lengan Riyyadh ditarik kasar dari arah belakang sehingga tubuh lelaki itu terpaling menghadap ke arahnya dengan mendadak.

Dan tidak semena-mena, satu tumbukan yang sangat kuat dan padu dilayangkan pada rahang Riyyadh sehingga menghasilkan bunyi perlanggaran tulang yang begitu kuat sekali.

BUK!!!

Bersemburan percikan yang terkeluar dari rongga mulut Riyyadh. Dahsyat sekali tumbukan itu.

Nafas Rayden menderu kencang. Bahagian baju pada leher Riyyadh dicekak kasar. Matanya menyirna penuh membara.

"RIYYADH SYAHFIQ ZAYHHDITH!" Nama penuh anaknya itu disebut dengan gigi yang dikancing rapat.

Namun Riyyadh tidak melawan. Matanya sayu menatap ke dalam mata tajam Rayden.

Tanpa melepaskan genggamannya pada kolar baju Riyyadh, tubuh anaknya itu didorong kasar ke arah dinding hospital.

DUM!

Impak perlanggaran di antara bahagian belakang badan Riyyadh serta dinding yang keras itu membuatkan Riyyadh meringis penuh kesakitan. Tubuhnya tersentak dengan dorongan kuat itu.

"KALAU KAU MASUK SEKALIPUN, KAU TAK BOLEH BUAT APA-APA! AISYA SEKARANG TAK PERLUKAN BANTUAN DARI KAU, DIA CUMA PERLUKAN DOA DAN SEMANGAT KAU! KAU MASIH ADA TUHAN, IYAD. KAU MASIH ADA TUHAN! MINTA PERTOLONGAN DARI DIA! TAPI BUKAN DENGAN CARA MACAM INI!"

Jerkahan Rayden mengundang tangisan Riyyadh.

Sekali lagi, tumbukannya dilayangkan pada pipi lelaki itu sehingga tubuh Riyyadh melorot jatuh ke lantai bersama darah yang membasahi mulut dan dagunya. 

Air matanya seakan tidak segan mengalir di hadapan Rayden.

"Daddy tak faham, Iyad...Daddy tak ada dekat tempat Iyad...Daddy tak tahu apa yang Iyad dah buat dekat Aisya...Daddy takkan pernah faham..."

Rayden menggeleng kesal. "Ya! Aku memang tak akan pernah faham! Bukan aku yang ada di tempat kau! Bukan aku! Tapi, kau silap! Aku tahu apa yang kau dah buat dekat Aisya selama ini. Cuma aku sendiri yang pilih untuk berdiam diri sebab aku nak tengok sampai bila kau nak rahsiakan perkahwinan kau dengan Aisya! Aku kecewa dengan kau, Iyad. Sekejam-kejam aku, aku tak pernah rogol dan seksa budak bawah umur! Aku faham masa tu kau di bawah kawalan Tiara, tapi tak semestinya itu jadi alasan untuk kau aniaya anak yatim piatu macam Aisya tu!"

Tubuh Riyyadh menggigil. Dengan perlahan, wajahnya mendongak menatap tatapan bengis Rayden.

"Dd-daddy tahu?"

Soalan Riyyadh mengundang tawa sinis Rayden.

"Kau fikir aku bodoh? Hah? Macam mana cara sekalipun kau cuba rahsiakan perihal Aisya, aku tetap akan dapat tahu. Apa yang kau dah buat, Riyyadh? Dia budak lagi. Tak cukup 18 belas tahun lagipun. Tapi tergamak kau kurung dia, rogol dia, pukul dia, dera dia seolah-olah dia tu binatang. Kau dah kahwin dengan dia, kau dah rogol dia sampai dia mengandung, then kau buat apa? Kau ceraikan dia masa dia tengah mengandungkan anak kau! Eh, kau sedar tak yang anak dalam perut dia tu adalah benih kau sendiri! Kau tak pernah terfikir ke apa kau nak jawab dengan Allah dekat akhirat nanti?! Hah?! Kau tak pernah terfikir ke aku tanya ni?!"

𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]Where stories live. Discover now