Part Twenty Three

111 8 0
                                        

Sebulan kemudian...

Hari ini ialah hari pertama aku masuk ke kerja selepas cuti sebulan untuk menjaga Aiman. Hari ini juga ialah hari pertama Aiman masuk ke kerja selepas sebulan cuti sakit.

Seusai makan pagi , aku naik ke bilik untuk mengambil dokumen-dokumen penting. Walaupun aku bercuti , aku hanya membuat kerja melalui rumah dan secara dalam talian.

"Sure ke nak pergi kerja ni ?" , tanyaku kepada Aiman semasa turun tangga untuk ke kereta.

"Ya Allah. Abang dah okey. Cinta tu je risau lebih. Abang tak ada apa-apa pun sebenarnya." , jawabnya selamba. Tak ada apa-apalah sangat , siap masuk hospital bagai.

"Okeylah kalau macam tu. Saya pergi dulu eh ? Banyak kerja nak buat harini." , ujarku.

Aiman senyum dan mengangguk. Tangan dihulur untuk bersalam. Dahiku dikucup sekali olehnya. Lembut sungguh kucupan itu.

"Take care sayang."

"Insha'Allah , you too abang."

Aku pun bergerak ke bank untuk bekerja. Sampai sahaja di ofis , kelihatan wajah Dhia yang seperti sedang menunggu seseorang di hadapan bank.

"Err , Syamila." , Dhia menahan aku.

"Nak cakap sikit boleh ?" , suaranya seperti rasa bersalah.

"Kita cakap kat dalam aje." , jawabku. Aku pun berjalan masuk dan duduk di mejaku. Dhia mengikut langkahku tanpa berkata sepatah pun.

Sebaik sahaja aku duduk di mejaku , aku memandang wajah Dhia.

"Apa dia ?" , soalku.

"Err..." , dia mula gagap. Dia menggenggam tangannya.

"Kenapa ni Dhia ?"

"Kita lunch sama-sama nanti , nak tak ?"

"Ajak Aiman sekali." , belum sempat aku menolak , dia terlebih dulu membuat permintaan.

"Are you sure kau nak Aiman ada sekali ?" , soalku meminta kepastian.

Dhia mengangguk. "Haah."

"Okey." , selamba aku menjawab.

Aku pun mula membuat kerja. Sepanjang pagi itu , Dhia hanya memerhati setiap gerak-geriku. Mungkin dia berasa bersalah disebabkan kata-katanya haritu. Aku sudah tidak berdendam cuma aku masih terasa dengan apa yang dikatakan olehnya pada hari tersebut.

Aku mencuri masa untuk ke balkoni bank dan menelefon suamiku untuk memberitahu tentang makan tengah hari nanti.

"Assalamualaikum cinta hati abang !" , teruja betul nada suaranya.

"Waalaikumussalam. Amboi ! Happy sangat kenapa ni ? Ada apa jadi ke ?" , tanyaku teruja.

"Adalah. Ni isteri call , mestilah happy."

"Eee mengada." , ujarku.

Aiman ketawa perlahan.

"Abang."

"Hmm ?"

"Tengah hari ni abang ada kelas ke ?" , soalku terlebih dahulu.

"Jap." , mungkin dia memeriksa jadualnya.

"Tak ada. Kenapa sayang ?" , soalnya pula.

"Kita lunch sama-sama."

"Dhia ajak." , aku menambah ayatku sedikit.

"Cinta ada sekali kan ?" , soalnya.

"Eh mesti. Takkanlah saya nak bagi abang keluar berdua dengan dia. Memang taklah. Langkah mayat saya dulu." , kataku panjang.

Sincerely , yoursDonde viven las historias. Descúbrelo ahora