Part Three

199 12 0
                                        

"Idham jaga diri baik baik kat sana eh ? Kalau selesai awal , baliklah awal. Ibu belum lepas rindu lagi , dah nak pergi balik." , Ibu memegang tanganku erat.

"Ala ibu , umrah sekejap ajelah. Bukannya lama. Lagipun , kalau Am tak pergi sekarang , bila lagi Am nak pergi. Ibu dengan Abi pun dah selesai umrah dan haji. An je belum selesai. Nanti dah masuk kerja , susah la nak cuti Ibu." , aku menggosok tangan ibuku tanda memujuk.

"Am." , Abi memanggilku.

Wajah abi dipandang.

"Hati-hati kat sana nanti. Jaga diri. Jaga percakapan. Jaga mata. Pasal ibu kamu ni biar abi yang pujuk. Kalau kamu ikutkan ibu kamu ni , sampai ke Mekah dia nak ikut kamu." , Abi menyelitkan sindiran terhadap ibu.

Aku tergelak dengan kata-kata abi. Aku sangat memahami ibu. Aku ialah satu-satunya anak ibu yang belajar jauh dari keluarga. Satu-satunya lelaki pulak tu. Memang ibu sangat risau. Aku pula baru sahaja balik dari Mesir. Belajar jauh , tinggal jauh daripada keluarga. Sememangnya sentiasa ibu rindui.

"Pergi sana nanti , doakan abi dan ibu." , pesan abi semasa aku menyalami tangannya.

"Betul tu , Am. Alang-alang doa untuk kamu supaya cepat jumpa jodoh." , Ibu menyambung pesanan abi.

"Abi , ibu dah mula dah tu." , aku membisik kepada abi.

"Eh mestilah. Kamu tu dah 27 tahun tau. Dah tak muda dah. Kenalah ce....." , belum sempat ibu menghabiskan ayat , aku memeluk ibu sekali lagi.

"Iya ibu sayang. Am mestilah akan doakan yang tu. Am pun tahu Am dah tak muda lagi." , kataku untuk memujuk ibu yang selalu minta menantu secepat yang mungkin.

Aku memberi salam sebelum bergerak ke lapangan terbang. Aku pun memasuki kereta dan sebaik sahaja aku memulakan perjalanan , telefonku berdering.

"Kau nak apa lagi ni , Iq !" , pasrah betul aku dengan member aku sorang ni. Aku nak pergi Mekah pun nak kacau ke ha.

"Tak , aku nak pesan supaya kau doakan aku dengan Irfan ni ha." , kata Faiq.

"Betul tu , Man. Doakan aku cepat jumpa jodoh." , sambung Irfan. Memang berkomplot eh dua mamat ni ?

"Iya iya. Kalau kau orang tak pesan pun , memang aku akan doalah." , kataku.

"Okaylah. Tu je. Bawak kereta elok-elok. Jaga diri." , Faiq memberi pesanan sebelum meletakkan telefon.

"Jaga perangai. Jaga percakapan waktu dekat sana nanti , Aiman." , Irfan juga turut memberi pesanan.

Aku hanya mengiyakan sahaja pesanan mereka. Merekalah sahabat dunia akhiratku. Sudah semestinya aku akan mendoakan mereka berdua. Merekalah yang ada bersamaku dalam susah dan senang. Mana lagi nak cari sahabat macam tu ? Dah pupus dah.

____________________________________________

Setibanya aku di Qarnul Manazil iaitu tempat jemaah umrah daripada Malaysia berniat umrah atau haji. Walaupun aku datang berseorangan , aku dapat melihat ramai jemaah umrah yang datang secara rombongan. Aku tidak sempat untuk mendaftar sebagai jemaah. Oleh sebab itu , aku terpaksa pergi sendiri tanpa rombongan. Lagipun , ilmu sudah cukup dan sangat kenal dengan tempat-tempat di tanah haram ini.

Aku pergi ke tandas untuk memotong kuku terlebih dahulu kerana apabila aku berniat , banyak pantang larang yang perlu dijaga. Pernah juga aku terfikir kenapa Mekah ini dipanggil tanah haram. Mekah dipanggil tanah haram kerana selepas sahaja kita niat ihram , kita perlu menjaga pantang larang seperti tidak boleh memotong kuku , memakai pakaian berjahit bagi lelaki dan lain-lain. Sama juga seperti takbiratul ihram. Sebaik sahaja kita mengangkat takbiratul ihram , kita tidak boleh lagi melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan solat terbatal.

Selesai sahaja aku memotong kuku , aku terus berniat ihram. Aku berniat untuk menyelesaikan ibadah umrah dan menziarahi tempat-tempat di sini.

____________________________________________

Selesai sudah aku menunaikan ibadah umrah. Kepala juga sudah dicukur. Aku pulang ke hotel dan mandi terlebih dahulu. Baju t-shirt biasa dipakai selepas beberapa jam terikat dengan peraturan selepas niat.

Umrahku selesai dalam masa sehari sahaja. Aku ingin melawat tempat-tempat di sini dengan masa yang berbaki. Aku ingin melawat makam nabi dan juga Jabal Rahmah.

Badan dihempapkan ke atas katil. Kaki dan badanku lenguh selepas berdiri dan berjalan sepanjang hari. Aku tidak yakin untuk melakukan pada hari esok akibat niat yang sudah terlafaz. Aku risau aku melanggar pantang larang di tanah haram. Aku tidak mahu terikat dengan peraturan ihram lama-lama.

Tanpa aku sedar , aku terlelap. Hari yang sungguh panjang dan memenatkan buatku.

Sincerely , yoursWhere stories live. Discover now