DUSH!

Terasa seperti belakang aku berdenyut, aku menoleh kebelakang untuk melihat objek yang aku langgar. Hampir ternganga aku di buatnya apabila seorang lelaki yang tinggi lampai dan sado sedang memandang aku dengan sebelah kening yang terangkat

 Hampir ternganga aku di buatnya apabila seorang lelaki yang tinggi lampai dan sado sedang memandang aku dengan sebelah kening yang terangkat

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Mati aku!

Pandangan dilontarkan kepada Tengku Darren yang turut memandang kearah aku, alamak! Boleh tak kalau aku pura-pura pitam dekat sini, pipi aku berona merah kerana menahan malu yang teramat

"Maya? Apa kau buat dekat sini?" Ternyata Tengku Darren juga tidak dapat sembunyikan rasa terkejut itu, siapa aje yang tak terkejut kalau nampak perempuan bertudung pecah masuk dalam bilik dia? Apa kau merepek ni Maya?

Jantung aku seolah-olah terhenti apabila mendengar suara garau itu. "Mm maaf Tengku Darren! Saya tak sengaja masuk bilik awak tanpa izin, tadi Raisha suruh saya panggilkan Tengku Darren. Sebab sekarang ni dah lewat, tetamu dah ramai tunggu" Tergagap-gagap aku dibuatnya, aduhai Maya Darena!

Tanpa menunggu balasan daripada Tengku Darren, kaki aku pantas berlari keluar dari bilik itu.

"Hey, aku belum habis cakap!"

Suara itu aku buat tak endah, perasaan malu yang semakin membuak-buak itu membuatkan aku semakin berlari dengan pantas. Kaki berlari merentasi lobby sederhana luas itu, untuk seorang perempuan yang memakai dress putih seperti princess dan memakai kasut tumit tinggi empat inci. Larian aku boleh tahan juga kan?

Tak ada masa untuk berbangga diri, tiba sahaja dikawasan majlis

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Tak ada masa untuk berbangga diri, tiba sahaja dikawasan majlis. Aku perlahankan larian, mata mencari susuk tubuh Yana. Aku ukir senyuman kepada beberapa orang yang berselisih dengan aku

"Kenapa dengan kau ni? Lari mengalahkan terserempak dengan hantu aje!" Yana bersuara seakan-akan terkejut dengan kehadiran aku yang tercungap-cungap, kerusi ditarik lalu aku duduk. Nafas aku cuba kawal supaya menjadi lebih tenang, kurang ajar betul dia cakap aku lari macam terserempak hantu?

"Aku ternampak sesuatu yang sepatutnya aku tak perlu nampak" Aku berkata sambil mengibas-ngibas wajah menggunakan telapak tangan, secara tiba-tiba rasa panas

Neraka lebih panas ya, Maya Darena

"Kau nampak apa?"

"Manusia tiga suku bogel!"

Ternganga gadis itu, aku menutup mulutnya menggunakan satu buku nota. Risau masuk lalat ya

"Kau biar betul? Siapa? Dekat mana?" Soal Yana dengan nada berbisik, aku menjeling gadis itu tajam. Amboi, kalau topik macam ni laju aje kau ya minah?

Baru sahaja aku ingin membuka mulut untuk menjawab pertanyaan Yana, gadis itu  menghalang aku. Dia membuat isyarat supaya menoleh ke belakang, pantas kepala aku menoleh kepada dua susuk tubuh tegap yang sedang berjalan memasuki kawasan majlis

Tengku Darren dan seorang lagi ialah lelaki yang aku terlanggar tadi, pipi aku rasa membahang. Tengku Darren kelihatan sangat segak memakai baju tuxedo yang berwarna putih

Seorang lagi lelaki itu ada iras dengan wajah Tengku Darren, yang bezanya Tengku Darren lebih tinggi dan badannya lebih tegap daripada lelaki itu

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Seorang lagi lelaki itu ada iras dengan wajah Tengku Darren, yang bezanya Tengku Darren lebih tinggi dan badannya lebih tegap daripada lelaki itu.

Sedar tak sedar, Tengku Darren sudah berada dihadapan aku. Tergamam aku di buatnya, dia menundukkan badan lalu mendekatkan bibirnya ketelinga aku yang berlapikkan dengan shawl putih

"You are such a sunshine that mixed with a little hurricane, young girl"

Bisikan lelaki itu membuatkan aku gigit bawah bibir, nampak sangat dia sindir aku sebab aku curi-curi masuk dalam bilik dia tadi!

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 15/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Kde žijí příběhy. Začni objevovat