2

26.4K 1K 6
                                    

Masa berlalu dengan pantas. Kini tinggal lagi sebulan sahaja sebelum perkahwinan mereka dilangsungkan. Namun begitu, kesibukan Bella dengan kerjayanya sangat membataskan waktu untuk dia meluangkan masa bersama dengan Noah bagi membuat persediaan perkahwinan mereka.

Noah adakalanya berasa agak kecewa dengan sikap Bella yang seperti acuh tak acuh dan lebih mementingkan kerja. Nampak seperti Noah sahaja yang beria untuk berkahwin dengan wanita itu.

Seperti yang dijanjikan, hari ini mereka berdua akan datang ke butik untuk fitting baju pengantin. Noah sudah pun tiba bersama tokma dan uminya sejak dari tadi namun kelibat Bella masih belum kelihatan.

Ting.

Telefon pintarnya berdenting. Noah lantas membaca mesej whatsapp yang diterimanya sebentar tadi.

- I minta maaf. Tiga hari lagi I balik Malaysia. I janji kita pergi fitting baju sama-sama ya?

Noah berdecit. Mesej tersebut sengaja dibiarkan tidak berbalas tanda geram terhadap wanita itu. Kali ini sudah tiga kali Bella membatalkan janji mereka pada saat-saat akhir.

"Noah, mana Bella? Dah lambat ni."

Puan Sri Asma mengerutkan dahi. Pelik, mereka dari tadi menunggu bakal pengantin perempuan namun kelibat wanita itu masih belum lagi kelihatan.

Noah mengeluh apabila mendengar soalan tokmanya itu. Senyuman kelat segera diukir.

"Bella tak jadi datang, tokma. Dia ada hal sikit."

Aliyah hanya menggeleng kecil. Ini sudah kali ke berapa Bella berbuat begini. Kasihan apabila melihat hanya Noah sahaja yang bersungguh untuk menyiapkan segala persiapan perkahwinan mereka. 

Nak kata busy, Noah pun busy juga apatah lagi dia juga seorang CEO.

"So, macam mana, Puan Sri?"

Pekerja butik itu memegang beberapa pasang busana pengantin sambil memerhatikan wajah Noah yang monyok seperti hilang mood.

Puan Sri Asma yang seperti memahami keadaan Noah turut tersenyum kelat sambil memandang ke arah pekerja tersebut.

"Tak apa, bagi cucu saya cuba dulu. Nanti kami datang sekali lagi dengan bakal pengantin perempuan."

Pekerja itu mengangguk lalu menyerahkan beberapa pasang baju pengantin lelaki kepada Noah. Noah mengambil baju-baju itu lalu melangkah ke fitting room dengan hati yang berat.

****

Sudah dua hari Bella pulang dari Aussie sejak conference itu berakhir.

Bella melepaskan lelah. Matanya terpejam sambil mindanya melayang teringat akan perbualan dengan majikannya, Encik Hanif pagi tadi.

"Congratulations Bella sebab berjaya perform dengan baik masa conference haritu. Well, diorang semua puji you tau." ujar Encik Hanif.

Bella tersenyum sipu apabila mendengar pujian yang diberikan kepadanya. Namun ini bukanlah kali pertama dia mendapat pujian sedemikian.

"Thanks, Encik Hanif. I jadi macam tu pun sebab support dari you." 

Encik Hanif membetulkan kedudukannya. Dia memandang ke arah Bella sambil tersenyum kecil. Sekeping sampul bersaiz A4 diberikan kepada wanita itu.

"Ini untuk you. Actually I panggil you ni sebab I nak sampaikan berita baik untuk you. You mesti excited!"

Bella mengangkat kedua keningnya sambil membuka sampul tersebut. Bulat matanya apabila melihat isi kandungan itu.

Kau, Takdir Terindah (C)Where stories live. Discover now