22: Kill

191 18 2
                                    

"Dah puas menyundal semalam?"

Tiba- tiba datang sebuah mesej dari Izdihar. Aku melihat jam di telefon. Baru saja pukul 7 pagi. Aku ada dua jam sebelum kuliah bermula.

Keluhan berat terlepas. Baru saja hendak memulakan hari yang positif dan ceria, sebuah mesej telahpun menghancurkannya.

"Kau pun dah puas semalam, kan?"

Aku dengan selamba membalasnya dengan pengetahuan bahawa perang saudara akan bermula. Aku mengambil tuala yang tergantung di almari dan melangkah masuk ke bilik air.

Setelah beberapa lama membersihkan diri, aku pun keluar dari bilik air. Sebaik saja kakiku melangkah keluar dari bilik air, alangkah terkejutnya aku melihat Izdihar yang sedang duduk di birai katil.

Mataku terbeliak memandangnya. Belum sempat aku menghalaunya keluar, Dihar menerpaku dan menolakku ke dinding.

"Macam mana kau boleh masuk? Aku dah kunci pintu!" Aku menolak tubuhnya yang mendekat denganku.

"Kau bodoh ke apa? Tak pernah dengar kunci pendua?" Jawapnya kasar. Bahuku ditekan ke dinding dengan kasar.

"Kau kalau nak masuk pun, tunggulah aku pakai baju. Kau gila ke apa?" Marahku sambil mengemaskan ikatan tuala di tubuhku.

"Kau ni memang betina durjana! Berani kau biar lelaki lain sentuh kau!" Pandangan yang tajam dan penuh amarah menikamku.

"Eh bodoh! Kau ingat sikit, ye. Kau dan aku cuma suami isteri di atas kertas. Aku nak layan mana- mana lelaki, tu bukan urusan kau! Dan kau nak main dengan mana- mana perempuan, lantaklah! Kau jangan nak acah- acah suci!"

"Sial betul!" Pipiku dicengkam kuat dan aku berusaha untuk meleraikannya namun ia semakin kuat. Sakit kurasakan.

"Kau yang sial, sial! Kau nak halang aku dengan Faiq. But look at you! Fucking Emma all night long! Bullshit!" Aku sudah tidak peduli. Aku meluahkan segala amarah dan benciku yang terbuku.

"Itu urusan aku. Kau jangan nak lebih dari aku. Sekarang kau dah tak dara, kau nak aku buat apa dengan kau?" Soalnya dengan menolak bahuku yang sememangnya sudah melekat di dinding.

"What the fuck is wrong with you?" Stop controlling my life!"

"Kau dah main dengan Faiq, kan?" Matanya yang membulat menggerunkanku.

"Jawab!" Sergahnya lantas membuatkan bahuku terhinjut.

"Aku ada maruah. Aku kalau nak pecahkan dara guna cara yang halal. Bukan macam kau!" Balasku.

"Bagus..." ucapnya dengan lega.

Aku membetulkan tualaku yang semakin longgar tetapi Dihar menepisnya dan itu menyebabkan tualaku sedikit jatuh dan dadaku semakin terdedah.

Pandangan Dihar jatuh ke atas dadaku. Aku cepat- cepat mengemaskan tualaku kembali namun tangan Dihar sekali lagi menepis tanganku.

"Janganlah, bodoh!" Marahku bila ketidakwarasannya bermaharajalela.

"Kenapa tak boleh? Kita kan halal?" Suaranya menjadi sedikit lembut dan tangannya kini mengunci kedua- dua tanganku di dinding.

"Aku takkan izinkan," aku memberi peringatan.

Tiada balasan. Pandangannya kini naik ke dalam anak mataku. Dan aku dengan automatik, membalas pandangannya.

"Aku benci kalau kau dekat dengan lelaki lain. Aku takkan biarkan..." ucapnya perlahan dan lembut. Hatiku berdebar dengan perubahan mendadak yang terjadi sekarang.

"Aku takkan biarkan lelaki lain sentuh kau..."

"Why?" Tanyaku berani. Hatiku berdebar- debar.

"'Cause you're..." tanpa menghabiskan perkataan terakhir, bibirku menerima sentuhan hangat dari bibirnya.

I Hate That I Love YouWhere stories live. Discover now