"Baik Tengku Darren"

****

Sampai sahaja di Suria KLCC, aku dan Raisha mengikuti langkah Tengku Darren. Hari ini sepatutnya Yana ada sekali, tetapi perut perempuan tu buat hal pula hari ni. Itu semua gara-gara dia makan maggie pedas giler yang di belinya semalam, dah tahu diri tu tak tahan pedas. Masih aje degil makan makanan yang pedas, padan muka!

Ramai orang yang datang untuk membeli belah disini, walaupun hari ini ialah hari Isnin. Boleh di katakan ramai orang datang, Tengku Darren menghentikan langkahnya secara tiba-tiba membuatkan aku terlanggar badan sadonya itu, serta merta tangan menggosok-gosok dahi yang terasa sakit

"Maafkan saya" Ujarku apabila Tengku Darren mencerlung tajam kearah aku, eh tapi bukan salah aku. Dia yang berhenti tiba-tiba dah kenapa? Raisha ukir senyum melihat gelagat aku

"Raisha saya bagi tanggungjawab ni pada awak, pastikan dia tak hilang daripada pandangan awak" Raisha mendengar arahan Tengku Darren dengan serius, eh kenapa terlebih caring pula boss aku ni? Dah buang tebiat?

Dia fikir aku budak kecil ke? Telefon milik Tengku Darren mulai berdering meminta di angkat, lelaki itu sempat membuat isyarat kepada kami berdua supaya pergi

"Jom Maya!" Raisha menarik lengan aku untuk mengikutinya, sepanjang berjalan. Tak henti-henti mulut Raisha bercakap, aku pun apa kurangnya. Walaupun baru saja kami berdua kenal, ada perasaan selesa untuk berkawan dengan Raisha ni.

Memandangkan Raisha lebih tua daripada aku, dia menyuruh aku untuk memanggil Kak Raisha daripada Cik Raisha. Aku hanya akur, memang betul panggilan Cik tu sedikit kekok

OOTD STALL

Kami berhenti dihadapan butik yang menjual banyak office attire, dari jauh sudah terlihat belasan patung yang di sarungkan baju set office attire. Bulat mulut aku melihat semua jenis pakaian yang tergantung di situ, semuanya cantik dan kelihatan sangat mahal

Boleh dikatakan baju-baju itu mengikut trend semasa. "Maya, yang ni sesuai dengan awak" Aku menoleh kepada Raisha yang menunding baju office attire yang dipakai oleh patung itu

Mempunyai baju coat lembut yang berwarna coklat muda, dihiasi dengan satu belt berjenama LV yang berada di pinggang patung itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mempunyai baju coat lembut yang berwarna coklat muda, dihiasi dengan satu belt berjenama LV yang berada di pinggang patung itu. Aku mengangguk, memang tak dapat dinafikan baju itu sangat cantik. Aku mendekati patung itu untuk melihat tag harga, membulat anak mata aku

RM 599.00 untuk satu set tak termasuk belt, aku menggeleng kepala kepada Raisha. "Eh mahalnya baju ni kak, ini baru satu pasang. Nanti habis duit Tengku Darren" Ujarku, namun Raisha menjegilkan anak matanya kepada aku

"Tak ada, sekarang ni saya nak Maya cuba baju ni dekat dalam fitting room tu. Tudung tu tak perlu buang, sebab tudung yang Maya pakai tu dah masuk dengan baju ni"

Dengan teragak-agak aku mengangguk, Raisha memanggil salah seorang pekerja yang berada disitu untuk menunjukkan jalan ke bilik fitting room

****

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now