"Kau yakin mahu bekerja dekat sini, Maya Darena?" Persoalannya itu membuatkan dada aku berdegup lebih kencang, aduh takut lah pula nak jawab. Macam mana kalau salah pilih?

"I'm asking you, young lady. Are you sure?" Sekali lagi Tengku Darren bertanya, kali ini wajahnya kelihatan lebih serious. Aku mengangguk kepala

"Saya pasti, saya akan bekerja dekat sini" Ujarku dengan nada yakin, kelihatan lelaki itu ukir senyuman sesaat sebelum anak matanya menikam tajam mataku

"Good, but you need to remember one thing. Once you started the game, you can't turn back to the lobby" Sempat lelaki itu mengenyit matanya kepadaku, tergamam seketika aku mendengarnya

Duhai hati, tolong jangan meletup! Ya Allah handsome betul lelaki ni, tapi.. apa maksud dia? Sekali aku mulakan permainan, aku tak boleh patah balik? Wow, menakutkan!

Tengku Darren mengukir senyuman, dia menghulurkan sekeping kad berwarna hitam keemasan kepada aku. Tangan aku mencapai huluran tersebut

____________________________________

Tengku Darren Luthfan bin Dato' Megat
CHIEF EXECUTIVE OFFICER
OF
LA DARREN'S HOLDING
(011 2404 1995)
____________________________________

"Aku akan call kau malam ni, pastikan kau save number aku. Cik Maya" Aku telan air liur, kenapa aura lelaki ini seperti bukan calang-calang orang?

"Baik, Tengku Darren" Jawabku akur, dia ukir senyuman senget

"Kau boleh keluar" Ujarnya tanpa memandang wajah aku, kepala diangguk sebelum aku bangkit daripada kerusi. Sempat aku menunduk hormat dan berterima kasih kepadanya sebelum keluar daripada bilik itu

*****

Sejadah dilipat dengan kemas lalu aku meletakkannya diatas rak kecil, aku baru saja usai solat maghrib. Boleh di katakan sekarang ini aku mengantuk sangat! Lapar pun lapar, tapi dekat rumah ni mana ada makanan. Kita orang biasanya order dalam food panda aje

'Tak pandai masak lah tu'

Hello! Mulut tu jaga sikit eh, aku pandai aje masak. Alhamdulillah pandai masak nasi goreng dengan maggie aje, hahaha. Bukan tak mahu belajar untuk memasak, tapi benda boleh beli buat apa penatkan diri kan?

Yana pun sama aje dengan aku, malahan dia lagi teruk. Minah tu masak maggie pun boleh hangus! Secara tiba-tiba fikiran aku terbayang pada wajah Tengku Darren, kalau di fikirkan semula... Handsome juga dia kan? Tapi itu la, dia garang sangat. Aku tak boleh orang marah-marah aku, nanti mula lah aku menangis tak tentu pasal

Manja? Of course! Aku memang manja dan aku akui kenyataan tu, sebab tu bila orang lain naikkan suara atau tengking aku. Air mata aku akan automatik keluar

Aku memandang sepi beg tangan berjenama Carlorino itu, serta merta aku teringat tentang kad yang diberikan oleh Tengku Darren tengahari tadi

Kaki melangkah kearah beg itu, lalu aku mencapai kad yang berwarna hitam keemasan. "Darren Luthfan, what a nice name!" Gumamku perlahan

"Aku akan call kau malam ni, pastikan kau save number aku. Cik Maya"

Ayat Tengku Darren terngiang-ngiang di kepala aku, pantas aku mencapai telefon lalu menulis numbernya di contact. Aku berfikir sejenak, hm nak save nama dia apa ya? Kalau save 'Tengku Darren' aje macam tak sesuai, kalau save 'Boss Darren' pun lagi tak sesuai!

Akhirnya aku membuat keputusan untuk save number dia sebagai 'Boss Garang🦁'. Senyuman mulai terukir dibibir, hehe sesuai kan Tengku Darren dengan panggilan ni? Namun aku tersentak seketika apabila telefon aku berdering minta diangkat

Boss Garang🦁

Alamak! Tengku Darren call lah pula, nak jawab ke tak eh? Kalau aku jawab, dia nak cakap apa dengan aku? Kalau aku tak jawab, nanti aku tak tahu dia nak cakap apa pula. Ish! Jawab aje lah Maya, butang hijau aku tekan

"Hello Maya, kenapa lambat sangat angkat call ni?"

Eh eh mamat ni, tanpa salam terus serbu aku macam tu aje eh? "Erm hello, ada apa tu Tengku Darren?" Tanyaku hairan, soalan yang di soalnya tadi aku buat tak endah. Biar lah saya jawab call awak lambat, ini phone saya

Kedengaran Tengku Darren mengeluh, aku gigit bawah bibir. Aku salah cakap ke? "Cik Maya Darena, kalau orang tanya soalan tu. Jawab, ini tak! Orang tanya soalan, kau tanya balik soalan" Tegas suara Tengku Darren sekarang, aduhai cerewet betul lah bakal boss aku ni!

"Saya lambat jawab call sebab saya baru aje lepas solat maghrib, ada apa Tengku telefon saya malam-malam ni?" Soal aku lagi, ini kalau dia tak jawab pertanyaan aku memang aku ceramah dia!

"Esok pagi datang kerja, jam 7:15 minit pagi aku nak tengok kau ada dekat dalam office aku dengan berpakaian kemas. Pukul 8:30 pagi kau kena ikut aku pergi ke Sepang untuk meeting dengan client penting, ingat! Kau mesti berpakaian kemas, pakai coat juga. Faham?"

Ternganga mulut aku, biar betik? Aku betul betul dapat kerja dengan dia ke apa ni? Eh pukul 7:15 minit pagi dah kena ada dekat office?! Tengku Darren gila ke apa, lagi satu aku mana ada coat

"Dengar ke tidak, Maya Darena?" Tanya Tengku Darren dengan tegas, aku kelu lidah seketika. Sungguh sekarang aku tak tahu nak jawab apa, kalau undur diri boleh tak? Huwaaa!!!

"De.. dengar, tapi saya mana ada baju yang macam Tengku Darren suruh pakai tu. Saya bukan orang kaya macam Tengku" Ayat terakhir itu aku berkata dengan perlahan, lama Tengku Darren berdiam diri

"Jam 7:00 pagi kau perlu ada dekat office, aku akan bawa kau beli pakaian. Noktah" Suara husky nya itu membuatkan aku semakin tergamam, apa benda boss aku mengarut ni?!

Baru sahaja aku ingin bersuara, Tengku Darren sudah mematikan telefon. "Apa yang boss aku merepek ni Ya Allah!" Jeritku geram, ish tak pasal-pasal esok pagi aku kena bangun awal!

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 05/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Where stories live. Discover now