"Eh mesti lah nak, takkan tak nak" Sengihan gadis itu membuatkan aku ketawa kecil, iklan ubat gigi ke apa ni?

*****

LA DARREN'S HOLDING

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

LA DARREN'S HOLDING

Hampir terjatuh rahang kami berdua apabila melihat syarikat itu, bersebelahan dengan menara KLCC. Daripada luar, kemewahan syarikat itu sudah terserlah. Serta merta aku merasa berdebar, siapa sebenarnya pemilik syarikat ni? Berapa kilogram emas yang dia ada?

"Kau serious ke nak kerja dekat sini? Aku takut kalau dia tak pandang aje orang macam kita ni, yela tengoklah syarikat dia. Besar, mewah, tinggi, luas dan sebelah dengan menara KLCC pula tu" Ujar aku dengan nada berbisik, bukan apa. Selalunya orang kaya, mana pandang kami yang biasa-biasa aje ni

Yana tersengih. "Ala tak apa, kalau ada rezeki nanti ada lah. Orang dulu-dulu kata, tak cuba tak tahu" Semangat gadis itu berkata membuatkan aku menggelengkan kepala berkali-kali, mana lah minah ni dapat confident tahap dewa

Kami berdua masuk ke dalam syarikat itu, masuk sahaja. Bau aroma yang sangat wangi dan mahal itu memasuki rongga hidung kami berdua, terbuntang seketika mataku melihat decoration di syarikat ini. Dinding yang berwarna matte black dan di hiasi dengan chandelier yang mewah dan perabot-perabot yang berwarna keemasan itu membuatkan aku tergamam

Megah Holdings pun tak macam ni tau!

Seorang wanita berpakaian office attire yang tersarung kemas di meja lobby itu bangun lalu mendekati kami berdua, sempat aku lihat bibirnya mengukir senyuman. Wanita itu terlihat sangat profesional!

"Selamat tengahari, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tanya wanita itu dengan sopan, aku melihat name tag yang berada di bajunya

Raisha.

Kami berdua membalas senyumannya. "Selamat petang, saya Adriane Dayana yang telefon Cik Raisha pagi tadi. Berkenaan interview pekerjaan dekat sini" Jawab Yana dengan senyuman, terangguk angguk kepala Raisha

"Oh maksudnya yang ini Cik Maya Darena? Yang akan bekerja sebagai personal assistant pada CEO dekat sini kan?" Cik Raisha bertanya kepada aku, kepala aku mengangguk

"Ya saya"

"Cik berdua tunggu sekejap ya? Saya akan telefon boss, untuk interview cik berdua. Silakan duduk dulu" Penuh sopan wanita itu berkata, sempat dia menunduk hormat dahulu sebelum bergerak kembali ke lobby untuk menghubungi 'boss' nya itu

Kami berdua duduk disofa yang tersedia. Aku memerhati decoration dan kawasan sekeliling, semuanya elegant!

Semua pekerja yang bekerja disitu berpakaian dengan kemas, aku menggigit bibir seketika

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Semua pekerja yang bekerja disitu berpakaian dengan kemas, aku menggigit bibir seketika

"Macam mana dia boleh kenal aku?" Soal aku dengan hairan, Yana menjongket bahu tanda dia juga tidak tahu

Cik Raisha mendekati kami. "Cik berdua boleh ikut saya untuk interview ya?" Kami berdua mengangguk lalu mengikuti langkah Raisha yang sedang berjalan dengan penuh gaya, aku syak dia ni pernah jadi model la. Cat walk bethols

Kami berhenti seketika di lift lobby, decoration yang menghiasi syarikat ini memang kelihatan sangat mewah dan elegant. Chandelier yang tergantung itu pun sudah berapa ratus ribu, agak-agak berapa kos untuk siapkan syarikat yang mewah ni?

 Chandelier yang tergantung itu pun sudah berapa ratus ribu, agak-agak berapa kos untuk siapkan syarikat yang mewah ni?

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Wanita itu menekan butang untuk menuju ke tingkat atas, tanpa menunggu lama. Pintu lift itu sudah terbuka, melihat design didalam lift itu pun sudah membuktikan bahawa betapa mewahnya syarikat ini

 Pintu lift itu sudah terbuka, melihat design didalam lift itu pun sudah membuktikan bahawa betapa mewahnya syarikat ini

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Floor 50.

TING!

Pintu lift terbuka, kaki pantas mengikuti langkah wanita itu. Seketika dia berhenti di hadapan pintu kaca yang tertutup rapat itu, satu garisan cahaya berwarna merah melintasi seluruh tubuh wanita itu, aku dan Yana saling berpandangan seketika

Secara tiba tiba garisan cahaya itu bertukar berwarna hijau. "Selamat datang, Cik Raisha" Suara mesin itu berbunyi tanda wanita itu sudah di kenalpasti. Seorang perempuan yang sedang duduk di meja itu bangun daripada duduk lalu dia menunduk hormat kepada Raisha

"Boss ada dekat dalam kan? Ini dia dua orang yang nak interview bekerja disini" Terang Raisha, perempuan itu mengangguk lalu melemparkan senyuman manis kepada kami

Perempuan itu menekan sesuatu di telefon itu. "Boss, mereka berdua dah sedia" Ujar perempuan itu

"Baik boss" Perempuan itu meletakkan kembali telefon diatas meja, Raisha menyuruh Yana untuk duduk dahulu

"Cik Maya boleh masuk, boss dah tunggu untuk interview Cik Maya" Arah Raisha kepada aku, air liur ditelan kesat. Entah kenapa aku rasa berdebar lain macam sekarang ni

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 05/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

𝐓𝐡𝐞 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐋𝐨𝐯𝐞🖤Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt