final .

73 5 0
                                    

Harinya telah pun tiba, hari dimana Joshua bakal dibebaskan.

Seorang lelaki keluar dari pintu keluar penjara dengan pakaian yang tertutup. Ya, dialah Joshua.

Joshua berjalan dengan perlahan sehingga dia berdiri di hadapan rumah lamanya.

Terdapat banyak contengan-contengan yang dilakukan kerana tidak ingin dia dibebaskan.

"Josh?" Dia memandang ke belakang apabila merasa seperti namanya dipanggil.

"Josh.. tu kau kan?" lelaki yang memanggilnya terus memeluknya dengan erat.

"N-nug-nugu?" Soalnya sedikit tersekat.

"Aku.. aku Jeonghan.. wae? Kau lupa aku? Kau kenapa? Apa yang terjadi kat kau? Kenapa ni?" Soalan yang dilontarkan terlalu banyak sehingga Joshua terpaksa mendiamkan dirinya.

"Ani.. kajja masuk." Dengan senyuman dia menarik lelaki atau lebih dikenali sebagai jeonghan itu ke dalam rumahnya.

Dia melihat kawasan dalam rumahnya. Bersepah..

Dia mengambil bingkai gambar di atas meja lalu melihat gambar tersebut. Air matanya mula menitis dengan perlahan.

sepertinya hidupnya bakal berubah selepas apa yang ia lakukan dua tahun dahulu.

"Jisoo, jom mulakan hidup baru." Ajakan jeonghan membuatkan dirinya terhenti dari menatap gambar tersebut.

"Hidup baru? Tidak ada sesuatu yang akan mengubah hidup ini tanpa usaha kita. Aku bersyukur aku diberi peluang kedua, walau hakikatnya dendam aku masih belum tercapai. Tapi aku bersyukur."

Jeonghan memandang wajah Joshua lama, lalu dia membelai rambut Joshua.

"Kau nak tamatkan semua ni tak? Kau nak dendam kau terbalas? Atau.. kau nak dia mati di tangan kau?" Soalan yang mungkin sedikit bodoh namun mampu membuat Joshua tersenyum.

"Aku.. aku nak dia mati di tangan aku dan aku harap semuanya berakhir." Dia menekankan perkataan "berakhir" di hujung ayat supaya tiada yang salah sangka.

ya dia ingin segalanya diakhiri oleh dirinya sendiri.

"Goodluck friend." Jeonghan pergi meninggalkan dia selepas memberi sepucuk surat.

Dia membuka surat itu lalu membulatkan matanya.

''last mission. Bunuh dalang disebalik semua kejadian."

Senyuman sinis mula terukir. Jeonghan sangat memahami dirinya. Dia bersyukur kerana jeonghan mudah memahami dirinya.

"Kata-kata terakhir?" soalnya setelah melihat alamat yang harus dia pergi.

"Tanpa kata-kata terakhir." Dia tersenyum lalu membakar surat tersebut.

Dia mula menyiapkan dirinya dan memulakan misi tersebut.

"Aku harap ia akan jadi perkara baik." Dia mula bergerak keluar daripada kawasan rumahnya.

_______________

''Jeonghan, kau bodoh ke? Kau tahu kan kalau perkara ni gagal dia akan terus menerus membenci kita!" Jeritan si ketua tidak dihiraukan oleh pemuda bernama yoon Jeonghan.
Dia lebih memilih untuk diam dan terus menerus memerhati wain di tangannya.

"Aku tahu, sebab itu aku lakukan perangkap ini. Dia tidak akan pernah gagal." Senyuman sinis mula terukir sebelum dia bangkit dan keluar dari bilik tersebut.

pengkhianat mungkin orang yang berada dekat dengan kita dan orang yang paling kita percayai. Namun, mungkin mereka salah memilih sesuatu sehingga menyebabkan berlakunya pengkhianatan antara sahabat dan merosakkan kepercayaan kepada orang lain.

Saya harap kamu semua memahami apa yang cuba saya sampaikan.

We are friends?
29june2022

Fin

YEAY YEAY YEAY

habesss

fes, author nak ucapkan terima kasih kerana suport story ini.
Sec, author nak cakap tenkiu for readers and silent readers yang sanggup tunggu story ni update dan sebagainyalh.

Terima kasih kerana sanggup tunggu book ni habes.. tenkiuuuu 🌹❤️

we are friends?[C]Where stories live. Discover now