Malam sudah semakin larut. Safiah gelisah. Fikirannya semakin kusut. Suami tercinta yang ditunggunya tak kunjung tiba. Namun dia juga takut dipukul sekali lagi. Dia tahu benar perangai suaminya yang kaki pukul itu, namun sedikitpun perasaan sayang tidak sirna buat suaminya.
Siang tadi Usman, selaku ketua kampung Melati memberitahunya tentang kes ragut di Kampung semakin menjadi jadi. Peragutnya juga masih tidak dapat dikesan.Safiah terdiam, dia tahu siapa gerangan peragut yang dimaksudkan Usman. Siapa lagi kalau bukan suaminya. Hanya dia dan Usman sahaja yang tahu. Jauh dari sudut hatinya masih berharap kalau itu bukan Zamri, Suaminya.
Safiah bangun dan duduk di katil. Perlahan lahan, mengengsot ke kepala katil. Menyandar sambil memeluk kedua-dua lutut. Dia mengelamun lagi. Safiah tahu suaminya mungkin pulang malam ini. Sekilas, dia sempat melihat jam di dinding. Pukul 3.00 pagi. Safiah mengeluh.
"Tok
tok
tok!
Bunyi ketukan pintu bertalu talu itu mengejutkan Safiah dari lamunannya. Dia perlahan lahan menghampiri ke arah pintu.
"Safiahh, buka pintu ni cepat! "
Dia tahu benar itu suara suaminya. Dengan perasaan takut dia membuka pintu itu.
Bukk!!
Zamri menumbuk wajah isterinya, sejurus selepas pintu itu dibuka.
"Abang , sakit.."
Safiah menangis lagi seperti biasa. Bukan sekali dua dia diperlakukan sebegini. Namun jauh disudut hatinya masih mengharapkan Zamri berubah.
" Mana duit kau?? , bagi semuanya pada aku sekarang juga Safiah!" Kata Zamri.
Wajahnya kelihatan serabut. Rambutnya pula kusut masai. Badannya kurus keding. Sekilas pandang, lagaknya persis penagih dadah.
Safiah dengan wajah sayunya memandang ke arah Zamri. Sambil berkata
"Kita mana ada duit lagi dah bang, duit hasil jual kuih itu semua saya dah guna untuk bayar yuran Sekolah untuk Seroja, anak kita tu pandai bang, sayang kalau kepandaiannya kita sia-siakan.."
Zamri berang. Kata-kata Safiah seperti sedang memarakkan lagi api dalam sekam hatinya . Zamri meluru ke bilik anak perempuannya. Risau akan anak perempuannya Seroja, Safiah mengekori Zamri. Sesampainya di kamar, Zamri melihat anak perempuannya sedang leka dibuai mimpi. Hatinya semakin panas. Ditariknya rambut anak perempuannya yang baru berusia 8 tahun itu.
Seroja terpinga-pinga dia memandang wajah ayahnya yang sudah hampir sebulan tidak pulang ke rumah. Seroja tersenyum.
"Ayah dah balik, Seroja rindu ayah.." Kata Seroja sambil memeluk ayahnya.
Zamri menolak kasar anak perempuannya itu sehingga terjatuh. Zamri melihat anak perempuannya dengan pandangan yang penuh kebencian. Tidak cukup dengan itu dipukulnya pula Seroja.
"Ayah, sakit..kenapa pukul Seroja ?" Kata Seroja sambil teresak-esak.
"Kau tu pembawa malang, kau tak sepatutnya lahir. Aku meluat tengok wajah engkau! " Kata Zamri penuh kebencian.
Hati Safiah sakit melihat satu-satunya anak perempuan mereka dipukul oleh bapa sendiri. Safiah menarik suaminya daripada terus menerus memukul Seroja.
"Abang sudahlah, tolonglah jangan pukul Seroja lagi.." Rayu Safiah.
Zamri menolak isterinya. Diambilnya kerusi kayu lalu dibaling ke arah Safiah.
Darah pekat mengalir dari sebelah kanan kepala Safiah. Melihat ibunya dalam keadaan seperti itu, Seroja menangis sekuat hati.
"Ibu.."
Zamri kaget dan tersentak. Dia bagai dipukau oleh mindanya sendiri. Dia tidak mahu dipenjara gara-gara cubaan membunuh isterinya sendiri. Dia takut dan memilih untuk melarikan diri.
Malam itu hujan turun dengan lebat.Kilat mula memancar di tengah kegelapan. Bayangan Zamri turut hilang dari pandangan.
* * * * *
ANDA SEDANG MEMBACA
Purnama
Short StoryCerpen | Purnama "dan pada akhirnya, aku masih menyukai hakikat bahawa kita pernah saling mengenali dan sedekat itu, Seroja. " -Ilham budiman.
