"Puan Fateema?"

Fahmi mengangguk.

"Maksud kau,Ayra dalam bahaya sekarang ni?"Afrina tidak senang duduk.

Fahmi menyilang kaki.

"Kalau Faleeq dan Adli keluar cari kau,aku tak jamin Ayra dan Izz akan selamat"selamba Fahmi berkata.

Afrina terdiri dari duduknya.

"Apa maksud kau ni Fahmi?!"Afrina sudah mundar mandir. Dia kenal sangat dengan Adli yang selalu risau tak tentu hala kalau berkaitan dengannya.

"Maksud aku,nenda akan suruh orang suruhan dia culik Ayra dan Izz untuk lenyapkan diorang"

"Dan..dan kau taknak tolong diorang?"

"I want,tapi macamana dengan Ayna? I need to protect her. She is my wife"

"Lagipun,kau rasa sebab apa aku duduk dekat dalam hutan ni? Sebab aku dah kantoi. Aku tahu kalau aku leka sikit,semua akan lesap"

"Relax Afrina. Kau duduk dulu boleh tak"

"Kau nak suruh aku relax?"Afrina tidak berhenti mundar mandir.

Fahmi berdecit. Dia mengeluarkan sebatang pen.

Dia mencucuk pen itu di pinggang Afrina. Terenjat gadis itu dibuatnya.

Pen bukan sebarang pen.

"Apa ni Fahmi!"

Fahmi tersengih. Reaksi yang sama dengan Ayna.

"Apa abang ni! Sakitlah"

"Aku dah kata kan duduk diam-diam,kau duk kehulu kehilir. Padan muka"dia mengepit pen di jari telunjuk dan jari hantu sebelum memusingkannya perlahan-lahan.

Lama-lama ia berpusing cantik. Membentuk bulatan di jari Fahmi.

"Aku tahu Faleeq mampu sendiri. Dia dah lalui banyak benda tanpa aku"

Afrina memandang Fahmi.

"Abang.."

"Alamak,baby aku dah bangun"Fahmi kelam kabut bangun sehingga tersepak kaki sofa. Terhincut-hincut dia berjalan.

Salah dia kerana meninggalkan Ayna terlalu lama. Takut la tu tinggal sorang-sorang.

Afrina ketap bibir. Jangan gelak,nanti kena renjat lagi.

"Kau gelak kau kena"Fahmi menjeling sebelum dia mendapatkan Ayna.




















Ayra muntah-muntah di dalam bilik air. Lembik rasa badannya.

Dia berkumur dan keluar dari bilik air.

Faleeq yang sedang butang baju itu dia pandang. Hensemnya lahai laki saya.

"Sayang sure okay? Kalau tak abang biar Li pergi dengan anak buah abang je"Faleeq memeluk tubuh Ayra merapat ke arahnya. Haruman tubuh Ayra dia hidu.

"Abang takutkan Ayra tahu tak? Dah macam orang apa je hah"

Faleeq sengih. Dia mencium-cium pipi Ayra.

"Abang,Ayra busuk la. Bau muntah"Ayra memberi alasan. Dia rimas sebenarnya tapi tak sampai hati nak tolak Faleeq.

"Tak pun"

"Abang,tepi la"dia menolak Faleeq bila terasa tangan lelaki itu sudah ke tempat lain.

Faleeq memandang Ayra.

"Sayang,demi Allah abang sayang sangat dekat Syafia. You are my best grace ever. Thank you so much"

Ayra senyum manis. Faleeq memang sweet. Tiap-tiap malam dia rasa lemas dengan kata-kata yang Faleeq bisikkan sebelum dia tidur.

"Thanks to you too. Ayra bertuah dikurniakan abang dalam hidup Ayra. Bukan sekali,tapi dua kali. Allah tetap takdirkan kita bersama"

"Jodoh kita kuat sayang. Syafia lupa abang pun tetap kita sama-sama sampai sekarang"Faleeq mengusap perut Ayra.

"Papa gerak dulu ya sayang. Duduk dalam perut mama elok-elok tau"dia berkata lembut.

"Sayang ingat tak apa yang kita cakap atas pokok haritu?"

Ayra mengangguk. Dia pandang Faleeq.

"Be careful"Faleeq mencium dahi Ayra lama.



































"Be careful"

Ayat itu terngiang-ngiang di kepalanya.

Dia ada dua nyawa yang perlu dilindungi sekarang ini.

Anak di dalam perutnya bagai tahu rasa semangatnya yang berkobar-kobar itu,diam saja dia. Tak buat perangai.

Izz yang sedang mewarna itu dia pandang.

"Izz"

"Ya mama? Mama nak air?"Izz berdiri.

Serentak itu kedengaran tapak kaki seseorang yang melompat ke dalam perkarangan rumah itu.

Ayra dapat dengar dengan jelas kerana mereka berada di ruang tamu waktu itu.

Ayra cuba untuk bertenang. Dia menggenggam tangan Izz sebelum perlahan-lahan dia menapak naik ke atas.

Langkahnya menjadi laju bila pintu rumahnya berdentum kuat.

"Eh,kau perlahan sikit boleh tak?"

"Kau yang tolak aku"suara kecil itu menarik perhatian Ayra untuk mengintai sedikit.

Kok gaduh?

Belum sempat Ayra memandang lebih jauh,pegangan tangannya pada Izz terlepas sebelum mulutnya ditekup.

Ayra pasrah. Dia leka,tak berhati-hati.

Matanya diikat kuat dengan sehelai kain.

Dia cemas. Mana anaknya,dia tak dengar suara Izz walau sedikit.

Ayra spontan menutup hidung kerana bau rokok. Dia alah bau rokok,daripada dulu.

Kereta yang membawanya itu dipandu laju. Jiwanya bagai tertinggal di belakang.

Hatinya mula dihurung rasa takut. Dia yang mulanya cuba menguatkan semangat tidak berhasil.

Ayra pasrah.




















Okay,cerita dia i cannot think the better line to stop this chapter act. Hm.

FALEEQ QAYDERWhere stories live. Discover now