4: Fakhrul's Rival

352 70 9
                                    

25 October 2021
Rewrite: 7 May 2022





Aku faham dah kenapa Zaifar kata senang je nak cari dia dekat cafe. Bila kau masuk je cafe, akan nampak terang-benderang satu meja bulat warna emas. Meja itu milik Zaifar. Khas buat dia dan ahli yang lain. Setiap kerusi kayupun berukir nama diorang semua. Kerusi aku terletak di antara kerusi Fakhrul dan Luthfi.

Dan sekarang, tambah lagi satu point untuk hari-paling-teruk-Fahra. Rasanya aku dah boleh hitamkan kalendar untuk hari ni, menunjukkan aku benci gila tarikh dia.

"Manis jom ah gerak lu, aku bawak kau ronda sekolah. Mau?" Hud seakan mahu lari dari keadaan, padahal dia tadi lena tidur beralaskan tangan. Entah sejak bila dia bangunpun tak tahu. Mukanya cemas melihat dua orang lelaki yang sedang menatap satu sama lain itu.

"Haah Fahra! Aku nak tunjuk kau mini market, jom ah." Tambah Zaif pula,

Aku masih terpinga-pinga. Kenapa diorang nak bawa aku lari dari sini? Ada benda yang teruk akan berlaku ke kalau Aiden dan Fakhrul bertemu? Tadi masa aku sampai sini, cuma ada Hud, Zaifar dan Zech je. Tiba-tiba Aiden tegur aku, bengis gila muka dia bila nampak aku duduk satu meja dengan Zaifar.

Fakhrul berdiri di belakang aku, sambil bahu aku dipegang olehnya dengan kemas. Matanya bagaikan harimau kelaparan, menatap Aiden tajam. Silap haribulan dua orang mamat ni mahu bercakar-cakaran dekat cafe ni nanti.

"Okay, korang sebenarnya rival ke?" Aku meneka, biasalah. Novel cliche, kita teka je lah. Memang selalu kalau lelaki macam ni diorang rival, tak akan gay pulak. Meresahkan. Fakhrul geleng kepala. Dia lepaskan bahu aku dan tunding jari tepat pada muka Aiden,

"Dia ni anak setan, kau jauh dik dari dia. Mahu dia hasut kau buat benda bukan-bukan nanti." Lantang suara Fakhrul bercakap. Aiden ketap bibir. Dia tolak tangan Fakhrul ke bawah seakan jijik tangan lelaki itu menunding ke arahnya.

"Dia teammate aku untuk seni, silap haribulan nanti jangan terkejutlah kalau tiba-tiba setan ni jadi adik ipar kau." Aiden membidas yakin dengan nada yang kedengaran seperti bergurau. Dia memeluk tubuh, matanya sengaja tidak memandang Fakhrul yang mula berang. Aku pulak rasa geli. Terbuntang mata mendengarnya,

"Aku tahu kau usik adik aku, suruh bapak kau tempah kubur awal-awal faham?" Fakhrul mendekatkan wajahnya dengan Aiden, lelaki kurus keding itu kebelakang sedikit dengan riak wajah geli. Aiden betulkan rambut ikalnya yang serabai dek tindakkan Fakhrul itu. Senyuman sinis terukir di bibirnya,

"Ye ke abang? Sampai hati nak bunuh bakal adik ipar sendiri." Aiden sengaja mengecikkan suaranya agar kedengaran sedikit manja. Tambah lagi dengan matanyang sengaja dibesarkan supaya nampak comel. Fakhrul hilang sabar dan mula angkat tangan. Satu meja menjerit mahu halang mereka bergaduh. Luthfi tahan tangan Fakhrul. Dia tarik kembarnya duduk belakang badan dia.

Aku lepaskan keluhan lega. Luthfi ni lagi cool sikit daripada Fakhrul. Tapi sekali dia marah, dia lagi baha—

"Luthfi!" Terkejut aku bila Luthfi pula yang pergi tumbuk muka Aiden, terdorong kebelakang lelaki tersebut akibat ditumbuk Luthfi. Dia suruh Fakhrul stop sebab dia yang nak pukul mamat ni ke? Aiden mula naik angin. Dia angkat lengan kemejanya sehingga paras siku,

"Eish, sudah ler tu. Korang nak kena kutip sampah dekat padang lagi ke? Aiden, kau berambus sekarang. Orang tak cari kacau dia pula yang cari. Jangan sampai aku lesing kepala kau, tercabut nanti." Hud berdiri dari duduk, dia tampar meja kuat sebelum mula membebel. Dia menarik Fakhrul dan Luthfi untuk duduk di kerusi masing-masing gaya emak yang sedang kawal anak degil.

Sempat Aiden tunjukkan jari tengah pada Hud sebelum berlalu pergi, Hud membalas carutan isyarat itu dengan gulinggan anak mata. Dia kemudiannya menyekeh kuat kepala Luthfi dan Fakhrul, mungkin geram dengan dua lelaki degil itu.

"Kita baru je kena kutip sampah dekat padang minggu lepas, korang boleh nak cari gaduh lagi dengan mamat tu?" Hud berdiri di belakang aku, bahu Fakhrul dan Luthfi dipeluknya. Aku pula beranjak ke hadapan sedikit, beri ruang budak lelaki mata beruang panda itu untuk membebel.

"Siapa je tak marah, mamat tu main pasal adik kot." Fakhrul memeluk tubuh, kepalanya dirapatkan lagi ke muka Hud yang berada di antara dirinya dan Luthfi.

"Entah, kau tak ada adik mana faham." Luthfi menambah, mencebik dua orang lelaki muka seiras itu kerana dibebeli Hud.

"Oh, lepastu kau panggil dia setan tu baiklah? Aku tak pekak lagi." Pelukkan pada bahu dua kembar itu dilepaskan, mungkin dia sudah sakit pinggang akibat membongkok. Hud menepuk bahu Fakhrul kuat.

"Ni, kalau kau nak tahu Fahra. Lelaki tadi tu rival si Fakhrul ni dalam chess." Seperti tahu aku yang masih tidak mengerti apa-apa yang mereka gaduhkan, Hud bercerita. Dia berjalan untuk duduk kembali di kerusinya,

"Bukan chess je, si Aiden tu pengerusi kelab seni. Abang kau pulak kelab photographer, dua ekor ni selalu gaduh je macam anjing dengan kucing nak lawan kepimpinan siapa paling bagus. Tahun ni lawan pemimpin pelajar pulak." Hud menambah, dia memicit pelepis kepalanya perlahan. Tanda yang dia pening dengan perangai semua orang,

"Siap lawan popularity siapa paling tinggi pulak tu. Setiap bulan akan ada banci, kira peratusan fandom diorang dua." Zaif yang sedang leka makan itu bersuara, aku alihkan pandangan arah Fakhrul. Abang aku ke? Tak, bukan. Aku tak undi dia.

"Aiden tu anak manja meh, bapak dia pengetua sekolah ni. Apa-apa je mengadu dekat bapak dia. Eh, kau kenapa tak makan lagi ah? Anyway, betul ke kau satu team dengan dia?" Zech yang dari tadi diam bertanya, tangannya leka memotong chicken chop yang ada di atas meja. Kemudian dia letakkan atas pinggan Hud,

"Aku nak makanlah ni. Betul, Aiden teammate aku untuk seni. Aku baru jumpa dia tadi." Sekali dua soalan itu aku jawab, nampak Zech memukul lengan Hud yang mula hendak sambung tidur. Hud pula laju meminta maaf, seakan takut dengan lelaki cina itu.

"Walawey, payah macam tu. Kau hati-hatilah, tapi Aiden tu tak usik perempuanpun. Dia sombong ma." Zech menambah lagi, kalini dia suapkan Hud yang nampak mengantuk dengan ayam dia sudah siap potong tadi.

Mamat ni boleh tripletasking ke?

"Apa aku boleh cakap dik, kau tukar team. Aku tak kira, sekejap lagi aku bawak kau pergi pejabat seni. Tukar team." Fakhrul yang dari tadi diam lepas kena bebel dengan Hud, bersuara. Mukanya nampak marah. Aku cuma malas nak melayan, ikutkan aje. Walaupun kursus seni dah tak ada kekosongan lain. Sebab tu aku dapat kumpulan dengan Aiden.

"Oh, mana kawan korang lagi satu tu?" Aku membuka soalan, kepala aku dialihkan ke kiri dan kanan untuk mencari seorang lagi lelaki. Yang ada cumalah satu kerusi kosong. Aku lupa nama dia apa, yang penting yang Mini Izrael tu.

"Mika?" Zaif bertanya, soalan tersebut dibalas dengan anggukkan.

"Dia jarang nak ada dengan kita, dia turun kalau pasal agency je. Lagipun dia tak consider kitorang as his friends." Hud menjawab soalan aku tadi, matanya digosok berkali-kali sambil mulut terbuka tunggu Zech suapkan makanan.

"Yup, his main priority is money." Zaif menambah,






















--
25 October 2021
p/s¦ i started my first day of school as a form 6 student today :)

____
Update: now at semester 2 and I'm depressed.

——
Aku dah masuk semester dua untuk degree

Lovedestroyer.coWhere stories live. Discover now