3: Roomate and Drama

Start from the beginning
                                    

"Saya Moon."

"Saya Sun."

"Er...saya...Fahra?" Mereka kenalkan diri, rasanya aku tak perlu terangkan mana satu Moon dan mana satu Sun? Tengok pakaianpun tahu. Mereka berdua capai tangan aku dan goncang beberapa kali. Wow, salam tiga orang serentak. Menakjubkan.

"Dalam tu nama dia Aiden, dia garang gila!" Kata Moon sedikit menjerit, Sun tampar bahu Moon supaya kembarnya itu memerlahankan suaranya.

"Betul tu! Lepastu perempuan ramai yang sukakan dia. Setiap kali ada perempuan yang jadi teammate dia, mesti orang tu kena buli."

"Kena buli sebab?" Soal aku kepada mereka,

"Sebab tunang dia!"

"Haah, tunang dia tu bukan cantikpun."

"Entah, berlagak je. Mentang-mentang dia tu tunang Aiden, suka hati dia je."

"Betul tu! Menyampah!"

"Seriously?" Moon dan Sun angguk kepala serentak. Aku cuma diam berfikir, baru je terlepas daripada masalah pertama. Sekarang, aku dapat masalah kedua? What a terrible day! Dua kembar itu nampak terkejut. Mata mereka sedikit demi sedikit membesar, mereka memandang tepat ke arah belakang aku. Aku toleh belakang, ada seorang perempuan berdiri di belakang kami.

"Who are you?" Soalnya kepada aku. Aku menoleh pandang Sun dan Moon. Mereka berdua dah hilang dulu masuk bilik mereka kembali.

"Er...Fahra?"

"Then? The audacity that you have untuk berdiri In front of my fiance's room?" Oh...jadi dia ni tunang roommate aku tu? Ah shit, another point for my horrible day.

"Ni bilik saya jugak." Balas aku sambil angkat kad bilik di tangan. Perempuan ni tak menyeramkan langsung. Lebih kepada seorang perempuan pick me dalam novel biasa. Aku alihkan kepala dan sentuh kad tersebut pada tombol pintu. Pintu lantas terbuka, "see?"

Mukanya mula merah padam. Dia seakan marah dengan riaksi aku itu. Perempuan tersebut flip rambut ke belakang dan memeluk tubuh, "you kalau baru masuk sini you kena tahu the main rule!"

"Rule?" Aku jungkit kening, ah peraturan apa pulak ni? I already hate this school. For. Real.

"That Tengku Aiden is mine!" Teriaknya kuat, aku tutup telinga yang berdesing. Nampaknya aku kena mula ikut habit Fakhrul untuk tutup telinga pada opinion sampah orang lain.

"Okay...? Ada saya kata saya nak dekat tunang awak ke? Entah-entah saya nak dekat awak? Caner?" Bertambah merah muka perempuan itu dibuatnya. Aku tayangkan muka bosan dan memeluk tubuh. Sayang sangat, cantik tapi dapat role pick me.

"Kurang ajar kau eh?" Aku ketawa perlahan, marah sangat sampai hilang dah ayu dia.

"Yes, I'll grow up soon and be a well educated person. But you," aku jeda seketika, sengaja bagi dia bertambah marah. Aku palingkan kepala daripada terus menatap wajahnya dan tolak pintu bilik seni,

"Will forever be a jerk." Ketawa aku meletus bila dia cuba untuk terkam aku. Laju aku berlari masuk ke dalam bilik seni diikuti Mawas mengamuk itu. Dia tarik beg aku dan aku rentap badan aku laju. Aku berlari mengundur, sampailah badan aku terlanggar seseorang.

"Hanna, get out." Kata orang yang aku langgar tadi. Nama aku bukan Hanna, bermakna dia bukan suruh aku yang pergi. Aku toleh belakang, ada seorang lelaki sedang berdiri dengan muka bengis. So...dia mybe Aiden?

"You! Perempuan ni kurang ajar! Ajarlah dia sikit." Sambil Hanna membebel, Aiden tolak badan perempuan itu keluar. Aku cuma perhatikan sahaja gelagat mereka tanpa masuk campur. Bila sampai hujung pintu, Aiden terus tutup pintu bilik ini dan kuncinya dari dalam. Dia lepaskan satu keluhan lega, dengan mata yang kelihatan penat dia tenung aku pula.

Renungannya membawa aura kegelapan. Aku dapat rasakan emosi marah melalui renungan dia itu. Aku telan air liur menahan rasa gementar. Tadi Moon ada kata yang Aiden ni garang. Macam betul je...

"Who the fuck are you?" Soalnya dingin, aku cuba kawal perasaan gentar dan membalas soalannya itu. 

"Fahra."

"Nik Manis Fahra?" Soalnya lagi. Aku angguk kepala sahaja. Dia juga angguk kepala perlahan dan berjalan ke arah mejanya di hujung bilik, "bahagian kau yang sebelah sana, sorry sepah sikit. Dah dua tahun aku tak ada partner."

Aku letakkan barangan di atas meja kosong yang Aiden tunjukkan tersebut. Bilik ni ada dua set meja dan loker, kemudian dihiasi dengan set sofa berwarna hitam di penjuru bilik. Kami buat hal masing-masing. Tak ada apa yang hendak dibualkan sekarang.

Aiden ni nampak macam ada kacukkan, mata dia berbentuk down-turned itu kelihatan penat. Sama gaya macam mata celebrity Billie Eilish dan Timothee Chalamet. Rambut pula kelihatan sedikit kerinting atau senang kata wavy dan dibiarkan jatuh di dahi. Badannya pula jenis lanky, tinggi dan kurus.

"Aku nak keluar, lagipun hari ni tak ada apa sangat. Baru bukak sekolah memang macam ni, nanti kau nak keluar kunci pintu eh?" Aku cuma anggukkan kepala kepada arahan Aiden tadi, dia kemudian melangkah keluar dari bilik seni bersama beg galas miliknya.







--
24 October 2021
Note¦ this story might be a cliche story, lelaki sana gaduh dengan lelaki sini. And then ada perempuan gedik yang tak suka dengan heroin. Cliche!

_____
Update: Mybe tak ada lah klise mana.

Lovedestroyer.coWhere stories live. Discover now