"Ishh! Kantoi pula..."

"Cepat! Bagitahu siapa?"

"Err... Ni rahsia kita je tau? Promise?"

"Ya.... Promise!" Syanina meyakinkan Kimi.

"Dia sebenarnya kawan lama saya. Kawan masa sekolah dulu... Hehe! Tak ada apa yang menarik pun." Kimi sengih malu. Muncung topi ditarik menutup wajahnya sekejap. Tak tahan malu! Setelah itu dia betulkan semula topinya dan tersengih pada Syanina.

"Wahh! Macam comel je kisah cinta kau orang ni... Bila nak kahwin ini?" soal Syanina lagi ingin tahu.

"Errr... Minggu depan?" jawab Kimi teragak-agak. Mata Syanina meluas mendengar jawapan Kimi. Minggu depan?

"Minggu depan lepas itu awak baru bagitahu saya? Sampai hati awak! Memang tak ada niat nak invite saya ke majlis awak lah ni?" Bibir Syanina terus muncung. Latte nya dikacau dengan sudu kecil.

"Mana ada Sya... Ini nak jemput lah ini. Tapi awak dah cakap dululah."

"Yelah tu...."

"Sumpah!"

"Jangan nak main sumpah-sumpah eh! Kang nanti sumpah itu makan diri awak baru tahu! Okaylah! Saya nak sebiji lagi donut boleh?" Syanina memesan mahu menguburkan topik tadi.

"Okay boleh! Macam biasa kan?" soal Kimi mahu memastikannya. Syanina angguk kecil.

"Okay! Tunggu sekejap ya." Kimi terus berlalu pergi ingin mengambil donut yang dipesan oleh Syanina.

Hilang saja kelibat Kimi di situ Syanina mengeluh kecil dan menongkatkan dagunya. Bila seorang-seorang ini dia jadi rindu pula dengan Amyra. Lama dah dia tak jumpa Amyra. Kawan dia itu busy mengalahkan menteri!

"Apa mengeluh-mengeluh ini? Tak baik tau!" tegur satu suara garau dan melintasi Syanina, melabuhkan punggung di hadapan Syanina.

Mata Syanina sedikit membulat melihat sosok itu sebelum bibirnya tersenyum lebar. Encik Tunang!

"Daniel!"

"Ep ep ep... Dariel, sweetheart. Daniel dah terkubur..." seloroh Dariel dan tersenyum kecil.

Syanina gelak kecil. Haish! Dia selalu terpanggil Dariel ini Daniel! Almaklumlah dah terbiasa... Lagi-lagi sekarang ini mereka ada di sini. Makin susah lah Syanina ini nak panggil Dariel dengan nama sebenarnya. Asyik teringat je dekat mamat barista yang bernama Daniel itu...

"Awak tengah lunch break ke ini abang barista?" Syanina memerli dan memecahkan tawa Dariel. Hanya sekejap saja jejaka itu tergelak kerana tak suka dengan pandangan gadis-gadis di sini.

"Mana awak tahu saya dekat sini?" soal Syanina merenung Dariel dengan penuh rasa syak was sangka. Macam mana Dariel boleh ada dekat sini? Intip dia ke apa ini?

"Ikut hati. Hati saya kata awak ada dekat sini," balas Dariel selamba dan menjongketkan sebelah bahunya. Syanina terus berdecit. Tunang dia ini mulut manis pulak...

"Ini kes pagi tadi terlebih makan gula ke? Kemain manis mulut!" Sekali lagi Dariel gelak.

"Awak minum je ke? Tak makan sekali?" soal Dariel dan baru sahaja Syanina ingin menjawab namun ada suara yang mencantas.

"Donut is ready to serve!" Mereka berdua terus menoleh ke arah sumber suara.

Kimi yang tadinya tersenyum lebar terus berubah melihat wajah Dariel. Donut diletakkan di atas meja dan matanya tidak berkelip melihat wajah Dariel.

Dariel pula sudah pasrah direnung sebegitu rupa. Tali lehernya dibetulkan sedikit.

"D-Daniel? Daniel ke ni? Sya? Saya tak mimpikan?" Tergagap Kimi bersuara.

"Ya... Tapi itu dululah! Sekarang Dariel. Dariel Amsyar!" Melopong mulut Kimi mendengarnya. Dangg! Mana pergi Si Daniel yang nerd itu?!

"Biar betul?! Macam mana?"

Dan di situ, Syanina lah yang menjadi mulut untuk Dariel kerana dia tahu Dariel memang malas untuk buka mulut. Jadi... Terpaksalah dia berleter sampai satu jam.






























MEREKA berjalan beriringan menuju ke bangunan yang sedang gah itu. Syanina ikut saja permintaan Dariel yang mahukan dia untuk ikut tunangnya itu ke pejabat.

"Okay! Dah sampai! So... Saya balik dulu ya?" Syanina senyum manis setelah menghabiskan kata-katanya. Mereka berhenti di dalam lobi dan berdiri menghadap satu sama lain. Disebabkan Dariel yang tinggi ibarat galah, Syanina perlu mendongak kepalanya sementara Dariel pula perlu menunduk. Ciss! Rasa kecil betul diri ini bila bersebelahan dengan dia!

"Okay. Thank you, awak. Saya masuk kerja dulu ya? Awak jangan nakal-nakal. Nanti balik terus jangan pergi mana-mana!" pesan Dariel dan Syanina hanya mengangguk kecil.

"Baiklah Abang Dariel..."

Dariel tersenyum senget mendengar suara lembut Syanina yang sengaja dibuat-buat.

"Okay... Adik Sya..." balas Dariel dan akhirnya mereka tergelak kecil. Entah apa yang lucu pun tidak tahu yang pastinya mereka bahagia.

"Bye!" Mereka melambai tangan pada satu sama lain sebelum Dariel bergerak sendiri mahu melangkah ke lif. Syanina masih statik ditempatnya memandang tubuh Dariel dari belakang sebelum matanya ternampak ada beberapa gadis memandang Dariel dengan pandangan yang amat... Gatal!

Boleh pula ya minah itu usyar tunang aku? Kau tunggu sekejap ya!

"Abang Dariel!" laung Syanina dengan manja membuatkan tubuh Dariel mengeras di tengah-tengah lobi itu. Syanina menyimpan senyuman sinis apabila gadis-gadis yang memerhati Dariel sudah menjelingnya.

Lambat-lambat Dariel pusing tubuh memandang Syanina dari jauh. Syanina lihat dari jauh, Dariel sedang menjongketkan sebelah keningnya.

Syanina senyum manis dan membuat bentuk hati yang besar di atas kepala menggunakan tangan. "I love you my fiancé!"

Okay sejujurnya aku malu tapi... Lantaklah! Asalkan semua gadis itu tahu Dariel hak aku! Dariel Amsyar hanya milik Aira Syanina! Tak ada siapa boleh usyar dia!

Dariel pula tersenyum manis melihat tingkah lucu tunangnya. Tanpa segan silu dia juga membuat bentuk hati kepada Syanina dan membalas. "I love you too, sweetheart!"

Pekerja-pekerja di situ apa lagi? Terkejut benar mereka melihat pengarah syarikat ini bertingkah lucu buat pertama kalinya. Semuanya kerana... Aira Syanina!





















Setelah beribu tahun lamanya... HAHAHA! Sorry ya lambat sangat update!


Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now