Bab 5 ☕❤️

646 41 0
                                    

DARIEL betulkan sedikit rambutnya di hadapan cermin. Dia menukar gaya rambutnya agar nampak lebih... Err nerd?

Kalau sebelum ini dia selalu mengenakan minyak rambut dahulu kali ini dia biarkan sahaja tidak memakai apa-apa.

Baru sahaja tangan ingin mencapai jam tangan jenama Rolex tetapi terhenti buat seketika. Erk! Cam tak logik je kerja barista pakai jam mahal!

Dariel memutuskan untuk tidak memakai jam. Dia pandang lagi cermin mahu memastikan tiada yang lebih. Dia tersenyum puas sebelum mencapai kunci kereta Myvi yang baru dia beli.

Dia mula melangkah keluar dari rumahnya dan masuk ke dalam kereta Myvi yang berwarna biru gelap.

Untuk hari ini dia sudah bermula bekerja sebagai barista. Memulakan hidup baru tanpa adanya kereta mewah, jam mahal, barang-barang yang mahal. Semuanya kerana enggan membongkarkan identiti nya.

Kini bermulalah hidup Dariel amsyar sebagai Daniel. Si mamat barista yang nerd, blur, lemah lembut dan yang pasti dia tidak boleh lagi menayang wajah ketatnya.

Welcome to other world Dariel amsyar!

Ambil masa dalam setengah jam untuk sampai ke AY's Cafe. Tak sangka mulai hari ini dia akan berkerja di AY's Cafe. Dahulunya menjadi tempat kegemaran dia untuk memesan expresso kini telah menjadi tempat kerjanya.

Rasanya tidak sabar untuk memulakan misi. Masuk sahaja dalam AY's Cafe dia melangkah ke bilik persalinan. Mahu menukar baju.

Siap menukar baju dia juga mengenakan apron berwarna coklat. Topi yang ada logo AY's Cafe juga dikenakan. Dia rapikan apa yang kurang sebelum keluar dari bilik persalinan.

Baru saja keluar dari bilik persalinan dia ditegur seorang lelaki.

"Ha! Ini yang barista baru tu kan? Err... Apa eh nama? Emmm..." Lelaki itu kelihatan cuba mengingatnya sedangkan Dariel hanya diam. Ingat lah ko sendiri! Malas aku nak cakap nama aku!

"Err... Daniel? Ha! Daniel!" Lelaki itu petik jari sebelum senyum yakin. Dariel sekadar angguk sahaja, tidak mahu basa basi.

"Ha! Nama aku Kimi! Selamat berkenalan!" Kimi menghulur tangannya. Apabila salamnya tidak disambut, Kimi pandang tangannya. Ada kotoran ke dekat tangan dia?

Dariel pandang tangan itu lama dengan pandangan kosong.

No Dariel! Jangan bawa personality Dariel amsyar kau dekat sini! Sekarang kau sedang bawa watak Daniel! Ingat tu!

Lambat-lambat Dariel senyum tipis dan berjabat tangan dengan Kimi.

"Daniel."










DARIEL mula menjalankan tugasnya menjadi barista di AY's Cafe. Syukur dengan bantuan Kimi yang beri tunjuk ajar padanya.

Nasib baiklah dia ini mudah belajar. Sekejap sahaja Kimi mengajarnya membuat latte dia sudah mahir. Tidaklah susah mahu membuat air itu dia pun tidak kekok nak buat sejenis kopi itu.

"Ha Niel! Macam mana kerja? Okay?"

"Aku baru start dua jam yang lepas Mi..." Suara Dariel meleret. Dia pandang Kimi malas. Kimi memang banyak mulut orangnya macam perempuan!

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now