Bab 2 ☕❤️

850 48 2
                                    

SYANINA masuk ke dalam rumah banglo milik ayahnya dengan malas. Hilang terus mood nya apabila jejak kaki ke dalam rumah ini.

Baru sahaja dia bergelak tawa di kafe, balik ini pasti mood nya akan bertukar. Dengan suasana yang suram, sunyi buatkan Syanina bosan.

Syanina berjalan ke dapur kerana tahu disitulah keberadaan orang gajinya tika ini. Dengan Mak Jah la dia dapat rasa kasih sayang ibu. Mak Jah lah salah seorang yang menceriakan hidupnya selain Amyra.

Syanina senyum tipis melihat Mak Jah yang sedang mengemop lantai. Beg tangannya diletakkan di atas island table.

"Mak Jah," tegur Syanina dengan suara meleret. Keluar sudah manjanya. Dia sengih apabila Mak Jah memandangnya.

"Eh! Sya baru balik? Sya dah makan ke? Nak Mak Jah masak?" tanya Mak Jah bertubi-tubi. Mak Jah pula sudah keluarkan aura seorang ibu. Sikapnya yang prihatin pada Syanina buat gadis itu jadi rasa disayangi.

"Tak apalah Mak Jah! Sya dah makan tadi dekat kafe. Mak Jah masak masa makan petang nanti jelah ya? Lagipun Mak Jah tengah mop lantai ni. Takkan nak buat dua kerja dalam satu masa kan?" ujar Syanina lembut. Dia berjalan ke peti ais. Peti ais di bahagian bawah dibuka. Dia capai sekotak air susu lalu dituang pada gelas yang berada di atas island table.

Tak puas minum di kafe tadi!

Susu itu diteguk rakus mahu basahkan tekak. Mak Jah sambung semula aktivitinya mengemop lantai. Anak majikannya ini memang senang diurus! Syanina bukanlah seorang yang cerewet. Tidak pernah lagi dia mengomel apa-apa tentang pekerjaan Mak Jah.

Sudah hampir lima belas tahun dia berkhidmat untuk Dato' Ilham. Dari Syanina belum lahir lagi. Mak Jah senang bekerja dengan keluarga ini. Cuma... Bekas isteri Dato' Ilham sekaligus ibu kandung Syanina agak berbeza perangainya.

"Okay lah! Sya masuk bilik dulu ya? Ini Mak Jah tolong basuh ya? Terima kasih!" Pipi Mak Jah dicium sekilas sebelum dia capai beg tangannya dan berlari menaiki tangga, masuk ke dalam biliknya.

Mak Jah menggelengkan kepalanya melihat tingkah Syanina, tak sampai berapa saat dia gelak kecil.

"Sya, sya... Macam-macam!"








DARIEL melonggarkan sedikit tali lehernya yang berwarna biru gelap. Dia rebahkan tubuhnya di sofa. Rasa penat menguasai diri. Bukan penat kerana kekurangan tenaga tetapi kerana sakit kepala yang mencucuk-cucuk.

Hari-hari menghadap kerja buat dia sakit kepala. Itulah hidup sebagai pengarah syarikat, setiap hari perlu berikan seratus peratus otak untuk kerja!

Dia pegang lehernya yang terasa tegang.

"Ohhh... I'm so tired!" gumam Dariel. Dia berdecit kasar. Disebabkan dia baru terima satu projek baru, dia memang perlu beri seratus peratus perhatian pada projek itu. Tidak mahu terlepas peluang kerana nilainya yang lumayan.

Tiba-tiba otak berfikir. Kalau ada isteri kan senang... Eh!

"Isterinya mendenyaa... Perempuan semua... Sama! Heck!" Dariel pejam mata mahu lena sebentar di sofa. Nasib baik dia sudah solat maghrib di ofis tadi. Tidaklah dia kelam kambut nak ambil wudhuk untuk solat bila dah sampai rumah nanti. Dia buat keputusan yang bijak! Lagipun solat tidak boleh dilengah-lengahkan.

Tak sampai berapa minit dia pejam mata, dia sudah dijemput lena.






KELOPAK matanya terbuka perlahan-lahan. Otak mahu proses dimanakah dia sekarang?

Melihat sekeliling ruang itu buat Dariel sedar yang dia berada di ruang tamu rumahnya. Telefon yang berada di tepinya di ambil dan dinyalakan.

Skrin di telefon menunjukkan sudah pukul lima pagi! Membulat mata Dariel, macam mana dia boleh terlelap sampai hampir subuh ni? Dariel pantas bangun dari sofa dan berlari ke bilik mahu menunaikan solat isyak.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now