"Tinggalkan dia? Siapa suruh awak tinggalkan Love? Saya cuma cakap saya nak buat press yang mengatakan sebelum ni saya koma dekat hospital dan Love yang gantikan tempat saya. Saya buat ni untuk pulihkan balik reputasi saya. Awak yang beriya balik Itali semata-mata nak halang saya. Salah ke apa yang saya nak buat?"

"Baca balik headline yang awak tulis tu, Lucia. 'Love Arabella rampas kerjaya Lucia Aralyn selepas hampir meragut nyawa kakak sendiri dan merupakan pembunuh Adam Trystan'. You were trying to ruin Bella's life!" Hayden menolak kasar Ipad miliknya yang menayangkan berita yang dihantar oleh Lucia untuk mengugutnya minggu lepas.

Lucia tertawa sarkastik.

"Trying? Her life is already ruined without I even try." Gumam wanita itu perlahan tetapi cukup untuk membuatkan Hayden terkedu seketika. Lelaki itu menghela nafas berat.

"Just stop, Lucia. Kenapa awak bencikan Bella? What did she ever do to you?!"

"She took you away from me!"

"She wasn't! Nobody took me away! I'm the one who falls out of love!"

Sepi. Lucia terpana. Matanya menatap lama mata yang sedang merenungnya dengan penuh kemarahan itu. Gelas wain di tangannya digenggam erat sebelum dihempas kuat ke atas meja dan dia berdiri.

"Still, she's the reason for all of this. Kalau dia duduk je dengan Adam masa tu, saya takkan kena tembak. Saya takkan koma. Saya dapat jadi model untuk jenama idaman saya dan awak takkan kahwin dengan dia."

Mata Hayden mengecil. Tulang rahangnya bergerak-gerak menahan amarah kerana bicara Lucia. Duduknya dibetulkan.

"Get out, Lucia."

"Awak patut ada dekat side saya, Hayden. I'm the victim!"

"I said, get out!"

Lucia terundur setapak ke belakang saat dijerkah oleh Hayden. Beg tangannya dicapai kasar. Tanpa suara lagi, langkahnya dibawa keluar daripada bilik kerja Hayden.

Hayden melepaskan keluhan berat. Ipad miliknya yang masih terbuka dicapai. Untuk kesekian kalinya tajuk utama berita yang mahu ditularkan oleh Lucia itu dibaca. Bibir bawah digigit, memikirkan nasib Arabella jika Lucia benar-benar mahu menyebarkan berita itu. Jika itu terjadi dia tidak mempunyai jalan lain selain menggunakan kuasanya yang sekali gus akan menjatuhkan reputasi Lucia dan ketika itu wanita itu tidak akan punya apa apa lagi selain status bankrup.

Ting!

Tumpuan Hayden jatuh pada telefon bimbitnya. Satu notifikasi mesej yang keluar pada skrin telefonnya dibuka.

Hayden, ni Arabella. Boleh saya sambut Christmas dengan awak? Saya tunggu awak dekat tempat yang sama tau.

[24th December]

Hayden tersenyum pahit. Air matanya kembali bergenang. Dia terbayang akan Arabella yang sedang tersenyum semasa manaip semua ini. Satu per satu mutiara jernih, jatuh menyentuh pipinya. Dia sangat rindukan wanita itu. Mendapat tahu bahawa Arabella sedang menunggunya selama ini, kenyataan itu semakin menghentam dada.

"What did I do to deserve you, Love Arabella..."








































You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ARABELLAWhere stories live. Discover now