𝟏𝟓.

3.1K 275 86
                                    

LEHERNYA yang penuh dengan tanda merah keunguan diusap perlahan. Keluhan dilepaskan lalu tangannya mengambil bedak untuk menutup kesan gigitan Hayden pada lehernya malam tadi. Katil di belakangnya dijeling sekilas sebelum dia bangun dan melangkah keluar dari bilik.

Ketika pintunya dibuka, Arabella terkaku di hadapan bilik apabila dalam masa yang sama, Hayden juga keluar dari biliknya. Hayden turut sama terpaku. Pandangan mereka bertembung. Mata Arabella jatuh pada tubuh Hayden. Buat pertama kalinya dia melihat lelaki itu mengenakan baju turtle neck. Dia menggigit bibirnya apabila sedar bahawa dia juga meninggalkan gigitan cinta pada leher Hayden.

Hayden mengusap belakang lehernya dan pandangannya dilarikan daripada memandang Arabella. Pipinya terasa panas. Malam tadi dia mabuk tetapi mindanya masih boleh mengingati dengan jelas apa yang dia lakukan bersama Arabella.

"Erm...hari ini saya, Ibu Lily dengan Ace nak berkelah dekat depan tasik. Awak nak ikut sekali?" Arabella memecah kejanggalan tadi dengan memulakan bicara. Hujung gaun separas lututnya dipintal sambil kepala ditundukkan ke lantai.

Hayden menumpukan pandangannya ke jalan di hadapan. Tidak sedikit pun menjeling ke arah Arabella di sebelahnya. "Saya sibuk." Jawabnya dingin.

"Saya ada buat kek coklat. Ibu Lily cakap awak suka kek coklat. Kalau awak nak—"

"Listen, Bella." Pintas Hayden. Dia berpeluk tubuh dan menghadap Arabella semula. Wajahnya tiada riak. Hanya kosong. "Apa pun yang jadi semalam, bukannya sebab untuk awak fikir yang saya dah lupakan dan maafkan apa yang awak dah buat. Saya mabuk, saya tak sedar apa yang saya buat dan mungkin masa tu saya fikir yang awak ni Lucia." Ujar Hayden mendatar.

Arabella terdiam. Kepalanya didongakkan memandang Hayden yang sedang menatapnya kosong. Senyuman yang terukir pada bibirnya tadi memudar.

"Last night was a mistake and it won't happen again. I promise." Sambung lelaki itu sebelum mengangkat kaki pergi meninggalkan Arabella yang terbungkam dengan kata-katanya.

Arabella memerhati langkah yang diambil oleh Hayden. Tangannya dikepal dan bibirnya dikemam rapat. Mata yang terasa panas dikelip beberapa kali dan dengan langkah yang lemah, dia turun ke dapur untuk menyediakan makanan buat aktivitinya pada petang nanti.

Sedang dia memasukkan bekalan ke dalam sebuah beg rotan, Ibu Lily datang mendekatinya. "Love." Panggil Ibu Lily lembut. Arabella menoleh dan mengukir semula senyuman manisnya.

"Ya, Ibu Lily?"

"Petang nanti Ibu Lily tak dapat berkelah dengan Love. Ibu Lily kena balik Giverny dan Ace yang akan hantar Ibu Lily balik sana. Kalau Love tak kisah, kita berkelah sama-sama hari lain? Boleh?"

"Boleh je. Takpe, hari ni Love berkelah dengan Sashimi. Sashimi dah mula makan balik. Semalam dia makan salad banyak! Suka Love tengok dia makan." Cerita Arabella sambil tangannya sibuk memasukkan makanannya dan lobak merah buat Sashimi ke dalam baku rotan itu. Ibu Lily cuma tersenyum mendengar bicara Arabella.

"Bah!"

"Argh! Ace!"

"Ace! Apa buat macam tu?! Terkejut kami!"

Pak!

"Ah, aduh! Sakitlah, Ibu Lily!" Ace mencebik sambil mengusap lengannya yang ditampar oleh Ibu Lily. Arabella yang kaget selepas diterjah oleh Ace tadi, ketawa suka melihat Ace yang dimarahi.

ARABELLAWhere stories live. Discover now