"Not that easy."

BAMM!

"Arghh!" Terhenjut bahu Syanina mendengar bunyi guruh yang kuat. Dia datang lagi mama!

Syanina dikuasai rasa takut. Terus hilang marahnya. Dariel yang melihat itu agak panik. "Sya, awak okay?"

"B-bunyi guruh ni kuat sangat...," adu Syanina perlahan. Ha! Padah tak memaafkan orang! Kan dah ketakutan sekarang ini!

"Ya Allah! Saya minta maaf! Saya lupa awak takut dengan bunyi guruh, awak masuklah dulu!" ujar Dariel. Rasa serba salah menguasai diri. Syanina telan air liur. Tolonglah jangan bunyi lagi! Aku tengah kontrol diri ini tau! Aku tak nak nampak lemah di mata dia!

Syanina genggam erat payung di tangannya. Mata dipejam rapat. Tolong... Tolong! Tolong jangan bunyi lagi!

BAMMM!

"Arghhh!" Syanina terhenti lagi dan hilang kesedaran. Tubuhnya tidak sempat jatuh ke lantai, sudah ada yang sedia menyambut Syanina. Payung bertukar tangan.

"Sya!" Dariel pandang pintu masuk. Terbuka. Dia harap-harap ada oranglah dalam itu.

Dariel mengambil keputusan mencempung tubuh kecil Syanina dan di bawa masuk ke dalam rumah.

Masuk sahaja dalam rumah matanya melilau mencari sofa. Setelah jumpa dengan kelibat sofa, dia terus berjalan ke arah sofa dan meletakkan tubuh kecil Syanina di sofa. Aduh! Nak buat apa ni? Mana orang dalam rumah ni?

"Sya? Ya Allah!" Dariel tersentak bila ada yang tiba-tiba mendekati mereka. Dia biar sahaja sosok itu mendekati Syanina. Lihat dari sosok itu, Dariel pasti wanita paruh baya itu adalah orang gaji di dalam rumah ini.

Dariel mematung ditempatnya sehinggalah wanita paruh baya itu menoleh ke arahnya. "Encik siapa?"

"S-saya Dariel Amsyar."

Mendengar itu Mak Jah terus membulatkan mata tidak percaya. Dariel? Oh! Dia kenal dengan nama itu!

"I-ini... Bakal tunang Sya ya?" soal Mak Jah berhati-hati. Takut tersilap orang nanti malu dibuatnya.

Dariel angguk kecil.

"Dariel?" Dariel dan Mak Jah sama-sama menoleh pada punca suara itu. Ha! Bagus! Sorang datang, semua nak datang!

"Uncle." Dariel tersenyum pada Dato' Ilham yang sedang mendekati mereka. Setelah berdiri di sebelah Dariel, mata Dato' Ilham terpandang satu tubuh yang terbaring di sofa.

"Apa jadi pada Sya? Kenapa kamu datang sini?" soal Dato' Ilham. Nak bertanya tentang keadaan Dariel yang sudah basah itu, dia sudah tahu. Dariel terkena air hujan jadi dia malas mahu bertanya.

"Sya pengsan tadi, uncle. Mungkin sebab bunyi guruh kuat sangat itu yang dia pengsan. S-saya datang sini sebab... Saya nak pujuk Sya. Hubungan kami tak berapa baik akhir-akhir ini. Silap saya sendiri uncle." Dariel menunduk malu. Dato' Ilham sekarang angguk.

"Tak ada apalah jadi pada Sya ini, Dariel jangan risau. Apa kata Dariel tidur sini je malam ini, lagi pun hujan lebat lagi ini. Tak tahu bila dia nak berhenti. Pasal pakaian pula, Dariel guna saja baju uncle dulu," ujar Dato' Ilham panjang lebar. Dariel teragak-agak untuk bersetuju. Aduh! Segan pula nak bermalam di sini!

"Tak menyusahkan ke?"

"Tak adalah. Lagi pun Dariel bakal menantu uncle. Tak salah pun nak bermalam di sini."

"Sya macam mana?" soal Dariel. Tak akan nak biarkan Syanina duduk di sini?

Dato' Ilham diam dahulu mahu memikir. Mak Jah hanya diam tidak mahu menyampuk. Wajah Syanina yang sedikit basah akibat terkena air hujan di seka lembut.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now