•BAB 53• 🚫

Start from the beginning
                                    

Asyalaa yang sedang diam terlena di penjuru bilik tersentak. Tegak duduknya memandang pintu.

"Bangun." Arah Datin Puteri.

Asyalaa menjeling pisau di tangan Datin Puteri. Terus terlepas tawa sinis di bibirnya.

"Datin baru nak bunuh saya? Kenapa tak bunuh dari dulu lagi, Datin? Susahkan Datin sahaja." Ujar Asyalaa tenang. Sarkastik.

Datin Puteri mengetap rahang. Laju dia menerpa ke arah Asyalaa. Ikatan rambut di sebalik tudung itu dicengkam sebelum Asyalaa diheret kasar.

Terpejam mata Asyalaa menahan pedih. Terasa bagai mahu tercabut setiap helai rambut dari akar yang memegangnya. Tak lama kemudian, tubuh Asyalaa terasa ditolak kuat sehingga Asyalaa terbaring di atas lantai.

Dada Asyalaa tiba-tiba rasa sesak. Degupan jantung juga bagai lari dari normal. Tangan Asyalaa mula menggigil kecil.

Asyalaa menyentuh dada yang terasa sedikit sakit dengan rasa sesak.

This feelings of anxiety...

I hate it.

Asyalaa gagahkan diri untuk bangun. Tangan berpaut kepada dinding disebelahnya sebelum dia angkat kepala memandang tajam wajah bengis Datin Puteri.

Datin Puteri mengangkat pisau di tangannya ke perut Asyalaa. Bagai sudah bersedia menetapkan sasarannya.

"Kill me. Bunuhlah saya sementara Datin ada peluang. Tapi ingat Datin. Selagi saya bernafas, saya akan pertahankan nyawa saya. Bersusah payah Datin lahirkan saya. Takkan saya sia-siakan nyawa ni Datin." Ujar Asyalaa tenang. Bibir pucatnya pula perlahan-lahan menarik satu senyuman nipis.

Bersedia untuk segala kemungkinan.

Sumpah.

Dia nak tamatkan semua ini.

Datin Puteri terkedu. Terdiam seketika dia melihat wajah redup dan sayu Asyalaa di hadapannya.

Wajah yang pernah menjadi satu kebanggaannya.

Wajah yang pernah jadi satu kebahagiaannya.

Tapi dia tekad. Wajahnya kembali bengis. Pisau yang hendak dihunus ke perut itu berubah sasaran ke arah dada Asyalaa.

Seperti Asyalaa.

Dia juga mahu tamatkan semuanya.

Membulat mata Asyalaa saat pisau itu dihunus ke arahnya. Dia terundur selangkah sebelum automatik kedua-dua tangannya naik menahan pisau itu dari menikam dadanya.

Suasana serta merta terasa hening seketika. Datin Puteri masih menghunus kuat pisau itu ke arah Asyalaa manakala Asyalaa mencengkam kuat mata pisau itu. Menghalang pisau itu dari menikam dadanya.

Asyalaa memejam mata rapat. Peluh dingin mula memercik di dahi. Berlaga giginya menahan rasa sakit saat mata tajam pisau itu mula tenggelam di dalam daging tangannya.

Asyalaa buka mata. Automatik airmatanya terus mengalir jatuh ke pipi saat melihat ada satu titisan air jernih jatuh dari tubir mata Datin Puteri.

Asyalaa memejam mata. Melepaskan segala titisan jernih dari tubir mata.

"Maafkan Syalaa ma..." Rayu suara lemah milik Asyalaa.

"Maafkan Syalaa kerana menjadi satu kesilapan untuk mama. Maafkan Syalaa..." Asyalaa mula menangis melepaskan segalanya. Genggamannya di mata pisau itu dieratkan sehingga mengalir darah dari luka di tangannya dek kerana menahan pisau itu.

"Bencilah Syalaa sebanyak mana yang mama nak. Tapi walau apa pun yang jadi, mama tetap ibu kandung Syalaa. Mama tetap wanita yang melahirkan Syalaa. Ampunkan Syalaa kerana jadi satu kesilapan dalam hidup mama. Maafkan Syalaa kerana tinggikan suara pada mama. Maafkan Syalaa ma... Maaf..." Bahu Asyalaa mula terhinjut-hinjut saat meluahkan segala-galanya. Dia tahu. Walaupun Datin Puteri seorang yang kejam dan penuh egois, Datin Puteri masih seorang perempuan. Hati yang ada di dalam Datin Puteri masih lagi hati seorang perempuan.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now