•BAB 35• 🚫

157K 5.9K 2.6K
                                    

ASYALAA tersenyum nipis melihat scrambled egg yang terhidang di atas meja. Asyalaa teringin mahu buatkan sarapan untuk Qayder. Kasihan pula Qayder hanya minum kopi sahaja setiap pagi. Lagipula sejak dua menjak ini, layanan Qayder terhadapnya terasa hangat dan baik. Jadi apa salahnya Asyalaa buatkan sarapan untuk Qayder.

"Aku pergi kerja dulu."

"Eh sekejap!" Asyalaa laju berlari mendekati Qayder yang mahu melangkah pergi. Tangan dilingkar kemas di lengan sasa Qayder.

"Saya ada buatkan sarapan. Awak sarapan dulu ya?" Asyalaa mengheret Qayder agar mengikutinya ke dapur. Qayder patuh. Bagai lembu dicucuk hidung. Dia biarkan sahaja Asyalaa memimpinnya ke dapur.

"Kau buat sarapan apa?"

"Scramble egg."

"Tak hangus ke?"

"Jangan risau. Setakat buat scramble egg atau omelet macam tu saya dah pakar."

Qayder angkat bahu mendengarnya walaupun dia hampir-hampir nak cakap 'setakat scramble egg dengan omelet, budak kecil pun pandai masak'. Tapi dia batalkan niat tu.

Karang merajuk pula awek ni.

Qayder melabuhkan punggung ke atas kerusi.

"Nah. Roti dengan scrambled egg." Laju Asyalaa menghulur roti di tangan. Qayder memandang pelik Asyalaa atas bawah sebelum menyambut jua huluran itu.

"Bismillahirrahmanirrahim." Qayder menggigit sedikit roti itu.

Tersentak Qayder saat Asyalaa tiba-tiba menarik kerusi merapat ke arahnya. Asyalaa menongkat dagu dengan tangan. Mata bulatnya terkelip-kelip memandang Qayder bersama senyuman manis di bibir.

Diam. Qayder pandang Asyalaa. Asyalaa pandang Qayder.

"Kau dah kenapa?" Tanya Qayder seraya memandang pelik Asyalaa atas bawah.

"Macam mana rasa? Sedap tak?" Tanya Asyalaa teruja.

"Hmm. Rasa telur." Komen Qayder mudah.

Cis.

Memuncung Asyalaa mendengar jawapan dingin dan selamba itu. Qayder ni kadang macam tak ada perasaan pun ya.

Urgh dasar polar bear yang hot!

"Oh ya. Awak kata awak kerja. Tapi kenapa awak pakai macam ni?" Tanya Asyalaa. Qayder tidak memakai sut seperti biasa. Malah lelaki itu hanya berpakaian serba hitam bersama cap dan mask yang tersangkut di telinganya.

"Hari ni aku ada tugas."

"Tugas macam mana?"

"Macam masa kita mula-mula jumpa dulu." Ujar Qayder lagi. Khusyuk dia dengan sarapannya.

"Oh." Asyalaa diam selepas itu. Jauh dia mengelamun memandang lama wajah tenang Qayder.

Qayder mencapai tisu di atas meja dan mengelap bibirnya. Sesekali dia menjeling Asyalaa yang merenungnya lama. Tahu pasti ada sesuatu yang berlegar di fikiran Asyalaa.

"Bahaya tak?" Tanya Asyalaa setelah sekian lama dia membisu.

"Tak." Balas Qayder pendek.

"Kalau awak pergi bertugas macam ni, awak boleh cedera tak? Contohnya macam masa... ada orang cuba bunuh saya dengan chandelier dulu tu..." Tanya Asyalaa lagi.

Qayder angkat kepala. Sepasang mata Asyalaa yang berlanggar lama dengan pandangannya.

"Kalau cedera tu perkara biasa. Tapi biasanya tak. Jangan risau. Kalau aku cedera pun, cedera sikit je." Qayder menyisip perlahan kopi panasnya.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now