•BAB 53• 🚫

Start from the beginning
                                    

Qayder mencapai pisau dari belakang tubuh lelaki keriting tadi sebelum langkah diatur tenang ke arah lagi seorang lelaki yang diam di tempatnya. Melihatkan langkah tenang Qayder ke arahnya, lelaki itu terus melutut.

"Tolong. Tolong lepaskan aku!"

Tajam mata Qayder mencerun memandang lelaki itu.

"Siapa hantar kau?"

Lelaki itu terdiam. Bagai enggan memberitahu.

"Baddi?"

Sepi. Tiada jawapan.

"Datin Puteri?"

Masih sepi.

Namun Qayder buat muka apabila melihat reaksi yang diterima sebaik sahaja dia sebut nama Datin Puteri tadi.

"Oh. I see..." Qayder membuka cuff-link di pergelangan tangan sebelum lengan kemeja diselak sehingga paras lengan. Tenang sahaja gayanya ketika itu

"To... Tolong lepaskan aku. Aku janji aku tak buat lagi."

"Okey. Aku lepaskan kau. Aku kira sampai tiga. Pastikan kau hilang dari mata aku lepas tu." Qayder membuka pisau lipat di tangannya. Mata meneliti lama mata pisau itu.

Satu...

Lelaki itu laju bangun dan berlari menjauh dari Qayder.

Dua...

"Tiga." Serentak itu, Qayder terus melempar kuat pisau di tangan ke arah lelaki yang berlari tadi.

"Arghhh!!!" Lelaki itu terjatuh di atas jalan apabila ada pisau menikam belakang pahanya. Berkerut dahinya menahan sakit.

Qayder mengetap rahang. Tangan menggenggam erat penumbuk.

Dia perlu tamatkan semua ini.

Perlu.

"Hmm. Not bad." Komen satu suara.

Qayder mendengus kasar. Laju dia menoleh memandang ke arah punca suara itu.

"You should help me."

"I did." Balas Daiyan ringkas.

Qayder julingkan mata.

"Apa-apalah. Qayder pergi dulu. Angah tolong uruskan orang-orang ni." Pesan Qayder sebelum dia mahu melangkah pergi.

"Sekejap." Daiyan tenang mengatur langkah merapati Qayder. Kolar baju Qayder ditarik agar mengikutinya.

"Angah! Lepaslah. Aku kena pergi sekarang. Asyalaa se..."

"Shh. Ikut je aku diam-diam. Ayah suruh kau balik dulu."

Berkerut dahi Qayder mendengarnya.

Ayah?

















AMSYAR diam berdiri lama di tempatnya apabila Datin Puteri hanya tenang duduk menonton televisyen. Mata menjeling ke arah dapur. Risau akan keadaan Asyalaa yang di kurung di dalam stor itu.

"Ada apa?" Tanya Datin Puteri.

Amsyar tersentak sesaat. Wajah tenang kembali ditayang.

"Zerra call tadi. Dia minta Amsyar masuk pejabat semula. Ada meeting dengan pihak Datuk Zaid." Lapor Amsyar.

"Pergilah. Pastikan Datuk Zaid tak melanggar perjanjian antara kita dengan dia." Ujar Datin Puteri selamba.

Amsyar patuh. Selepas itu dia pamit dan terus berlalu pergi.

Suasana sepi.

Datin Puteri laju berlalu ke dapur. Pisau di dapur dicapai sebelum dia membuka mangga yang dikunci di pintu stor di hadapannya. Pintu dikuak kasar.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now