Bab 25 ☕❤️

Comincia dall'inizio
                                    

Ezreen tiada pilihan lain selain membiarkan Syanina pergi. Dia tahu betapa keras kepalanya gadis itu. Dia selalu jadi saksi pergaduhan ayah dan anak itu dan dia kenal benar dengan perangai Aira syanina.

"Haih... Malang siapa yang jadi suami Cik Sya ni! Keras kepala!" Ezreen menggeleng kecil dan berjalan ke bilik pejabatnya.















SAMBIL dia berjalan keluar sambil itu mulut membebel tidak puas hati. Ada je yang papa buat untuk sakitkan hati dia.

Syanina memandang beg tangannya ingin mengeluarkan kunci kereta namun barang yang banyak dalam itu membuatnya susah untuk mencari keberadaan kunci keretanya.

Syanina berhenti di depan bangunan itu, tangannya masih berlari mencari kunci kereta. Dia mendengus geram.

"Ish! Mana kunci ker-"

Bushh!

"Arghhh!" Syanina menjerit sejurus tubuhnya basah lencun terkena percikan air hujan dari jalan tar. Mulut Syanina melopong melihat tubuhnya sudah basah jeruk.

"Woi! Buta ke? Habis kotor baju aku!" Jerit Syanina pada kereta yang sudah berlalu pergi jauh. Kau tak tahu ke aku ni anak pada pengarah syarikat!

"Kalau aku dapat nombor plat tadi memang siap ah! Dahlah mahal baju aku ni!" Syanina sambung membebel tidak puas hati dia dibuat sebegini rupa. Inilah padah tak dengar cakap orang tua! Adik-adik sila take notes kalau tak nak kena benda sama.

Syanina rasa nak nangis. Bukan saja pakaian, rambutnya dan wajahnya turut basah. Percikan air tadi bukan main-main. Sudahlah kereta itu bawa dengan laju! Memang tak sempat nak elak!

"Eiii! Bencilah aku macam ni! Bawa bala betul datang sini!" Marah Syanina lagi tanpa sedar ada yang mendekatinya.

"Sya?" Syanina terus menoleh ke samping sejurus mendengar ada yang memanggilnya. Terkedu dia melihat wajah itu. Habis! Malu aku! Aku nak teleport ke rumah!

"Sya kenapa awak basah ni?" soal Dariel. Dia pandang langit. Langit sudah cerah. Hujan tadi pun dah berhenti. Kenapa gadis ini boleh basah? Dia mendekati gadis itu seraya membuka blazernya.

Syanina sekadar diam bila Dariel meletakkan blazer di tubuhnya. Dia gigit bibir. Huwaaaa! Aku malu ni Myra! Sumpah!

"Sya, saya tanya awak ni..." Dariel bersuara lembut. Kesian dia melihat keadaan Syanina sekarang. Tidak tahu pula Syanina datang ke ofis Dato' Ilham hari ini. Kebetulan dia ada perkara yang ingin dibincangkan dengan Dato' Ilham.

"Ish! Aku mandi hujan! Asal? Kau nak join?" ujar Syanina kasar. Tiada masa ingin berlembut dengan jejaka ini.

"Hujan dah lama berhenti awak. Awak buat apa datang sini? Jumpa Dato'?" soal Dariel lagi ingin tahu.

"Suka hati akulah nak datang sini bila-bila pun. Kau sibuk nak tahu kenapa? Kau tu ha! Yang menyibuk datang sini buat apa? Kau nak bodek bapa aku eh?" tuduh Syanina. Mana tahu ada lagi rancangan si Dariel ini. Bukannya boleh percaya!

Dariel masih bersabar dengan Syanina yang kasar itu.

"Alang-alang awak dah ada dekat sini mari kita makan sama-sama. Dah lama kita tak makan sama-sama. Saya belanja nak?" pelawa Dariel lembut. Syanina menjulingkan matanya ke atas.

"Aku ini ada duit tau. Kalau aku nak makan aku boleh beli sendiri. Aku tak hamak duit kau! Kalau nak jumpa papa atas dasar nak pujuk, nak bodek... Baik kau balik!" halau Syanina. Tadi Ezreen sudah jadi mangsa, ini Dariel pula.

"Awak masih marah saya?"

"Mestilah! Memang sampai bila-bila rasa marah ini akan membara kau tahu? Penipuan kau tu buat aku rasa muak dengan kau! Dasar talam dua muka!" cemuh Syanina lagi. Memang dia mahu luahkan segala yang dia simpan. Biar jejaka ini rasa! Tak kisahlah nak kecil hati dengan kata-kata dia ini pun, dia tidak ambil peduli!

"Ikut awaklah nak cakap apa pun. Yang penting saya tak akan berhenti dari pujuk awak. Saya cin-" Tidak sempat Dariel ingin luahkan perasaannya, mata Syanina membulat melihat satu kereta mendekati mereka. Oh no! Berita buruk!

"Dariel!" Syanina terus tarik tubuh Dariel ke hadapannya sekaligus menutup tubuh kecilnya. Dia tidak mahu perkara tadi berulang! Maaf Dariel! Aku nampak kau je boleh selamatkan aku!

Dariel pejam mata bila rasa tubuhnya sudah basah lencun. Wajahnya juga basah. Dariel reda. Ya. Dia betul-betul reda bila Syanina jadikan dia sebagai tempat perlindungan gadis itu.

Syanina lepaskan tangannya di bahu Dariel apabila kereta itu sudah berlalu pergi setelah memercikkan air pada Dariel.

Perlahan-lahan Dariel pusing tubuh menghadap Syanina dengan wajah separuh reda. Dia mengelap air hujan yang terkena wajahnya.

Syanina mengemam bibir menahan tawa melihat keadaan Dariel. Ha! Kan fair and square! Sama-sama basah! Baru macam berjodoh! Eh! Tak! Tak! BUKANNN!

Dariel mengeluh kecil bila tawa kecil kedengaran.  Rambut yang terjatuh ke dahi diraup kebelakang. Dia pandang blazernya di tubuh Syanina. Aku ambil balik juga blazer aku tu kang!

"Ops! Sorry! Tak sengaja!" ujar Syanina lembut dan tersenyum manis. Puas hati melihat Dariel basah sama dengannya. Hamek kau! Tak adalah aku malu sorang dekat sini!

Dariel masih diam menahan sabar. Geram dengar suara tak bersalah gadis itu. Ya Allah! Kau tingkatkanlah kesabaran hambaMu ini!

"Err... Marah ke? Hmm. Kalau nak marah pun suka hatilah! You deserve it Dariel Amsyar! Padan muka! Bluerkk!" Syanina jelir lidah dan terus berlalu pergi tanpa menoleh lagi.

Langsung tidak sedar gadis itu dia sedang memakai kot milik Dariel. Kot milik Dariel itu dibawa sama, masuk dalam kereta. Masuk sahaja dalam kereta baru dia sedar tentang blazer di tubuhnya itu. Rasa serba salah tiba-tiba muncul.

"Aduh! Serba salah pula aku tinggalkan dia macam tu! Dah lah aku rembat blazer dia! Tapi aku tak minta pun kan? Dia yang nak bagi!" Syanina berlawan dengan kata hatinya. Sudahnya dia hidupkan enjin dan berlalu pergi di kawasan itu.

Tak tahulah apa pandangan Dariel pada dia! Tapi lantaklah! Ada dia kesah?



















BLAZER berwarna hitam yang disangkut di dalam wardrobe di pandang lama. Dari tadi dia renung blazer itu. Nak pulang ke tidak ya? Dah tiga hari tersadai kat situ... Tuannya tak nak ambil ke?

"Kesian kau! Tuan kau dah tak ingat dekat kau dah!" ujar Syanina pada blazer itu. Dia memandang jelik blazer itu sebelum keluar dari walk in closet selepas mendengar deringan telefonnya.

Telefonnya yang berada di atas katil di ambil. Dia menjawab panggilan dari Amyra.

"Yes? Ada apa kau call aku?" soal Syanina seraya melabuhkan punggung di birai katil. Tiba-tiba pula Amyra menelfonnya.

"Saja. Eh jom pergi kafe! Aku dah lama tak pergi situ. Rindu Kimi! Kau pun dah lama tak pergi sana kan? Kau tak rindu mamat barista kau?"

"Tak. Hm. Kalau kau nak pergi... Bolehlah aku teman. Aku siap-siap eh? Bye!" Syanina menutup panggilan dan melempar telefonnya di atas katil. Dia berjalan kembali ke walk in closet ingin mencari baju yang ingin dia pakai hari ini.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora