21: Melampau

258 23 10
                                    

"Apa korang buat ni, hah?" Teriak Dihar setelah melihat aku dan Faiq berdekatan.

Faiq dengan perlahan merenggangkan kedudukan kami dan mengukir senyuman kepada Dihar. "Buat cabaran tulah..."

"Kau tahu tak dia ni siapa?" Jari dituding tepat ke arahku.

"Tahu. Sepupu kau yang masih single." Dadaku berkobar- kobar. Faiq sengaja menyimbah minyak ke api. Aku melihat wajah Dihar sudah memerah dan urat di lehernya timbul.

"Apa kecoh- kecoh ni?" Tiba- tiba muncul Emma di muka pintu. Aku menarik nafas lega. Terima kasih selamatkan kami, Emma. Aku rasa macam hendak peluk dia sekarang.

"You, keluar!" Arah Dihar dengan suara yang agak tinggi.

"Apa? Berani you tengking i!" Emma kini menghadap Dihar dan menolak lengannya kasar.

"Semua ni salah you!" Marah Dihar.

"Salah i? Apa i buat? Hah!"

"Your stupid game nilah yang buat diorang tak sedar diri!"

"Bro, yang kau sentap ni apa hal? Ini Hana. Bukan Emma, makwe kau. Relaxlah. Kau jaga je Emma tu. Tak payah nak berlagak caring dengan Hana," cetus Faiq. Betul apa yang Faiq katakan. Aku sokong dalam hati.

"Kau ni memang jantan yang suka ambil kesempatan, kan? Perempuan yang separuh mabuk kau try." Kolar baju Faiq dicengkam lalu ditarik menghampirinya.

"Yang you kisah sangat dengan Hana kenapa? She is just your cousin, isn't she?" Belum habis perbalahan dengan Faiq, kini Emma pula mencelah. Aku rasa bersalah tiba- tiba kerana semua ini berpunca dari aku.

"Korang keluar dari bilik aku sekarang." Akhirnya aku bersuara dan membuat keputusan untuk menamatkan pergaduhan sia- sia.

"You think you're getting away?" Balas Dihar dengan nada yang marah.

"Keluar!" Arahku sekali lagi.

Lalu Dihar mendorong tubuh Faiq dan Emma keluar dari bilikku. Aku merasa lega seketika namun tidak lama apabila Dihar bertindak menutup pintu bilikku dan menguncinya. Sekarang hanya tinggal kami berdua di dalam bilik.

"Sayang! Buka ni pintu ni cepat!" Pinta Emma sambil mengetuk keras pintu bilik.

"I will talk to you later. Leave us alone!" Balas Dihar namun ketukan di pintu masih lagi bertalu- talu.

"Apa kau nak? Keluarlah. Aku malas nak gaduh dengan kau." Aku cuba memujuknya walaupun dengan suara yang tinggi.

Kedua- dua lenganku dicengkam lalu aku ditolak ke dinding. "Kenapa maruah kau murah sangat?"

"Mulut tu jaga sikit," balasku.

"Kau dah gatal sangat ke sampai terdesak nak bercium dengan jantan lain?" Tanyanya kasar dengan pandangan yang tajam.

"Oh my God! Aku rasa macam nak tampar je mulut celupar kau tu!" Hatiku terasa membuak- buak ketika ini. Apabila aku dituduh tidak bermaruah, memang pantang nenek moyang aku.

"Kau memang perempuan takde harga diri! Bitch!" Berdengung telingaku mendengar hinaan yang baru saja dilemparkan. Mataku menjadi berkaca dan hatiku terguris.

"How dare you!" Hanya itu yang mampu aku ucapkan pada saat ini. Tidak mampu lagi aku meneruskan kata- kataku.

"Kau memang macam tu dari mula. Dari luar nampak suci. Hakikatnya kau lebih hina dari seorang pelacur!" Mendengarkannya, tanganku naik ingin mendarat di pipinya namun pantas dihadang olehnya.

I Hate That I Love YouWhere stories live. Discover now