Kisah di mana, papa menghempuk kepala mama ke dinding banyak kali kerana mama tinggikan suara pada papa.

Syanina tekup telinga bagai mendengar ulang suara papa yang menengking mama sambil hempuk kepala mama pada dinding.

"Mama..."

Dariel tergamam. Dia pandang sekeliling kafe. Mata semua memandang mereka. Sudah! Dariel telan air liur sebelum mengheret Syanina keluar dari kafe. Gadis itu dibawa masuk ke dalam kereta Myvi nya.

"Sya I'm sorry... I'm not supposed to made you remember the worst moment. I'm really really sorry." Dariel dikuasai rasa serba salah melihat keadaan gadis itu ketika ini.

"Papa pukul mama depan Sya... Sya takut. Sya tak nak ingat semua tu. Sya tak nak ingat!" Sambil berkata, Syanina memukul kepalanya. Mahu semua memori itu padam.

"Aira Syanina!" Dariel menahan tangan gadis itu dari memukul kepala sendiri. Dia pegang erat kedua-dua belah tangan Syanina. Syukur gadis itu tidak melawan.

"Istighfar Aira Syanina. Jangan biar benda tu kuasai diri awak. Don't let them control you. Istighfar... Ingat Allah." Bisik Dariel memandang Syanina yang diam membisu. Mata gadis itu terangkat memandang Dariel.

Mereka berpandangan satu sama lain, lama. Dariel merasakan sakit di dada melihat air mata itu. Dia dekatkan bibir di telinga gadis itu dan membawa selawat serta ayat-ayat suci Al-Quran.

Syanina pejam mata menikmati suara merdu itu. Tenang. Akibat terlalu melayan suara merdu itu, mata jadi berat ingin lena. Tak lama kemudian kepala jatuh di dada Dariel.

Dariel pejam mata membiarkan gadis itu lena di dadanya. Tangan melepaskan tangan Syanina. Tidak berani dia mahu ambil kesempatan atas gadis itu.

"Saya janji Sya. Saya akan jaga awak. Saya tak akan sia-siakan awak. Saya tak akan biarkan anak-anak kita di kemudian hari lalui, apa yang awak lalui sekarang ini. Saya akan pegang janji saya, sweetheart."














SYANINA buka mata. Pemandangan ini sangat asing baginya. Terasa sedang bersandar pada seseorang terus Syanina tegakkan tubuh.

Membulat Syanina melihat sosok yang sangat dikenalinya. Dia merapati belakang tubuh dengan pintu kereta.

"Apa awak buat dekat saya?"

"Eh! Awak jangan salah faham! A-awak tertidur di kereta saya. Saya tak sampai hati nak kejut awak." Panik suara itu.

Syanina pandang Dariel atas bawah. Dia pandang pula dirinya. Huh... Nasib baik tiada apa-apa. Dia membetulkan posisinya.

"Macam mana saya boleh ada di kereta awak?" tanya Syanina curiga. Tak ingat pula bila masa dia jejak kaki dalam kereta ini.

"Awak tak ingat apa-apa? Baguslah. Saya tak nak benda tu mengganggu mental awak lagi. Awak tak perlu ingat apa yang berlaku," ujar Dariel selamba. Bersyukur sangat Syanina tidak mengingatnya.

Syanina berkerut dahi.

"Okay lah! Apa kata kita makan aiskrim dulu?" ajak Dariel. Tidak menunggu jawapan dari Syanina, dia terus menghidupkan enjin.

"Eee dah besar pun tak malu makan aiskrim," komen Syanina selamba. Nadanya agak perlahan tidak mahu didengari jejaka itu tetapi apakan daya? Telinga Dariel telinga lintah.

"Hello! Awak ingat lelaki tak pandai makan aiskrim? Ke awak yang tak pandai makan aiskrim ni nak saya ajarkan tak cara makan aiskrim?" Dariel jongketkan keningnya beberapa kali. Mengusik.

Syanina menjulingkan matanya ke atas. Dia pandang jam tangannya. Sudah pukul empat setengah. Agak-agak berapa lama dia tidur?

Tidak mahu bertanya, Syanina biar sahaja Dariel membawanya kemana-mana. Lagi bagus, tak perlu dia pulang ke rumah.

Sampai di 7-eleven, Dariel keluar dari kereta meninggalkan Syanina. Syanina diam membatu di situ membiarkan Dariel masuk sendiri. Tiada kudrat dia mahu keluar dari kereta ini.

Tak lama kemudian Dariel keluar dari 7-eleven bersama satu plastik putih di tangan. Syanina buat biasa sahaja apabila Dariel masuk ke dalam kereta.

"Tadaaa! Aiskrim untuk puteri kayangan saya!" Dariel dengan cerianya tayang plastik putih di tangannya. Syanina senyum sambil menggelengkan kepalanya. Tidak sangka Dariel sanggup menghabiskan duit untuknya.

"Kita cari satu port makan aiskrim ni eh? Awak ada cadangan nak makan dekat mana?" tanya Dariel sambil menghulurkan plastik putih itu pada Syanina. Syanina sambut huluran itu dan Dariel mula menghidupkan enjin kereta.

"Saya nak pergi pantai boleh?"

"Saya yang menurut perintah tuan puteri!"
















MEREKA bersantai di tepi pantai sambil menikmati aiskrim. Oh! Pembetulan! Hanya Syanina yang menikmati aiskrim itu sedangkan Dariel diam mematung. Dia tidak berapa gemar memakan aiskrim.

"Ermmm... Awak nak?" pelawa Syanina. Segan pula kalau dia seorang sahaja yang  melantak aiskrim itu. Sudahlah aiskrim ini guna duit lelaki itu.

Dariel tersenyum nipis, dia menggeleng kecil. Masih tidak minat walaupun dipelawa gadis itu.

"Pelik la awak ni tadi awak yang beria ajak saya makan aiskrim, ini awak pulak yang tak makan, ah saya tak kira awak kena makan juga buka mulut tu," bebel Syanina tiba-tiba. Dia menghala aiskrimnya di depan mulut Dariel.

Dariel pasrah akhirnya dia membuka mulutnya sedikit terpaksa makan.

Syanina tersenyum nakal tiba-tiba idea jahat muncul, dia bersedia mahu menyuap Dariel tetapi dengan sengaja Syanina menghala aiskrim tersebut di hidung Dariel, comot hidung mancung mamat barista tu terkena aiskrim akibat ulah Aira syanina

"Awak saja je kan," ujar Dariel mengecilkan matanya memandang Syanina, gadis itu hanya tersenyum manis.

"Hahaha comel!!" Gadis itu mengeluarkan tawanya. Dariel mengelap aiskrim yang ada dihidungnya dengan sapu tangannya
sambil memandang gadis itu. Ouh sedap gelakkan orang eh kau tunggu jap.

Dariel merampas aiskrim yang ada di tangan gadis itu dan membuat perkara yang sama. Tergamam Syanina apabila terasa hujung hidung agak sejuk. Dia pandang hujung hidungnya.

Gelak besar dari Dariel buat Syanina angkat kepala. Memuncung bibirnya apabila ditawakan oleh jejaka itu.

"Awak ni jahatlah!" Syanina terus memandang ke pantai dengan wajah masam mencuka. Sakit hati mendengar tawa Dariel yang tidak habisnya.

Tak lama kemudian Dariel berhenti dari ketawa. Ceh! Dia buat orang boleh, orang buat dia tak boleh!

"Okay okay sorry..." Nak tak nak Dariel mengalah jua. Dia terus angkat bendera putih melihat wajah masam gadis itu.

"Nah habiskanlah ni. Lepastu kita balik ya?"

"Tak naklah! Dah bekas hidung awak dengan saya. Kotor tau." Berkerut sedikit wajah Syanina. Memang tidaklah dia mahu menghabiskan aiskrim itu.

Dariel angguk kecil sebelum dengan selambanya menghabiskan aiskrim itu dengan sekali suapan. Membulat mata Syanina.

Dia... Makan bekas aku?



Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now