" modeun geos-eul pojanghasibsio! hangug-e gaseo aleumdaun anaeleul pohamhan daeniui gajog-eul bogo sipda.
/ Kemas semua. Kita nak pergi ke korea, perhatikan keluarga Danny termasuk isterinya yang cantik tu," arah lelaki yang berbadan tegap itu.

Dia sudah lama tidak berjumpa dengan Danny. Semakin lama, berita pertemuan dia dan Danny akan mencetuskan perbalahan antara rakan kongsi mereka.
  
   " geuneun ttogttoghago mueos-ideun hal su issjiman ulineun geucheoleom ttogttoghal su issseubnida. ttoneun ... deo manh-eul su issseubnida. / Dia bijak, boleh buat apa-apa tapi kita boleh jadi bijak seperti dia. Atau...boleh jadi lebih lagi."

Lelaki itu tersenyum herot sambil memandang wajah Danny yang keluar dari keretanya.

Gambar itu diambil oleh anak-anak buahnya. Lelaki itu semakin berani mendedahkan identitinya kepada orang luar dan musuh lain.

   " jigeum-eun geuga geogi issneunji hwag-inhagiman hamyeon doebnida. Mr. Jay / Buat masa sekarang, kita cuma perlu memastikan keberadaan dia ke, Tuan Jay?" tanya salah seorang anak buahnya.

Jay mengangguk kecil. Air haram yang berada di atas meja itu di teguknya  dengan rakus. Danny dan Farah ialah tujuannya yang pertama.

"I want that girl and Danny. Pastikan dia masih hidup kalau masa tu aku nak. Sekarang, korang cuma memerhati mereka dari jauh sahaja," arah Jay.

Anak-anak buahnya faham dan mengangguk. Mereka semua terus keluar selepas saja Sunghoon memberi arahan agar membiarkan Jay berehat.

" oneulbam nega wonhaneun ge mwonji al-a / Aku tahu apa yang kau nak malam ni," ujar Sunghoon sambil tersenyum sinis memandang Jay.

Jay hanya mendiamkan diri. Air haram itu diteguk sekali lagi. Kepalanya juga pening bila memikirkan tentang Danny.

Kedudukan Danny itu sepatutnya menjadi miliknya tetapi semuanya sudah dirampas oleh lelaki itu. Jay takkan berputus-asa dan merebut balik kedudukannya  itu.

"Brings that's all the bullshit ! I need them," pinta Jay. Dia membalas senyuman Sunghoon. Matanya tertutup rapat dan mula memikirkan tentang tubuh badan pelacur-pelacur.

Sunghoon tergelak kecil. Kalau Jay terlalu penat, pelacur yang berada di kelab malam itulah yang selalu memanjakannya.

   " heos-soli heos-solilado geu salamdo neoleul seomgilila
/ Bullshit-bullshit pun, diorang yang murah tu layan kau," kata Sunghoon.

Lelaki itu mengambil kunci keretanya lalu melangkah pergi meninggalkan Jay. Kalau nak jejak kaki ke tempat murah tu, memang tak lah.

" salamdeul-eul bulleojuseyo ! / Tolong lah panggil diorang !" jerit Jay sebelum membaling kusyen hitam ke arah Sunghoon yang baru saja keluar dari pintu itu.

" I don't care and buat lah sendiri," balas Sunghoon. Kelibat lelaki itu terus pun hilang dari pandangan Jay.

Pelipis dahi dipicitnya.

   " naman-ui eumsig-eul chaj-aya haessda
/ Terpaksa lah aku pergi cari 'makanan' sendiri. Huh,' keluh Jay.

Dia mengambil kot bajunya lalu dibawa menuju ke meja. Kunci dan dompet diambil lalu diletakkan ke dalam poket seluarnya.

Cermin mata hitam juga jangan dilupa. Lelaki itu tampak segak dan bergaya. Sekali pandang saja mampu menggoyahkan hati wanita.

" bwa, naega geuboda deo wanbyeoghae. geunyeoneun wae naleul bol su eobs-seubnikka? naneun geuleul Dannyboda deo jal al-assda. / Tengok, aku lebih sempurna dari dia. Kenapa perempuan tu tak nampak aku? Aku yang kenal dia dari dulu daripada Danny."

Jay tersenyum tawar sebelum keluar dari bilik itu. Dia tak percaya bahawa Farah lebih memilih Danny darinya sedangkan dia selalu ada bersama dengan Farah bila gadis itu dalam kesunyian.

Jay pernah berkenalan dengan Farah dan terjatuh cinta dengan gadis itu tetapi Farah selalu mengelak daripada berjumpa dengan Jay selepas kejadian itu.

Kejadian di mana Farah terlihat Jay bersama dengan perempuan lain di salah sebuah bilik hotel. Farah tahu dia dan Jay berkawan dan lelaki itu bukan Islam tetapi jangan lah buat perkara terkutuk di depannya.

Tunggul kah dia? Farah sendiri yang membuat keputusan agar elakkan diri dari Jay selepas saja kejadian itu dan Jay meluahkan perasaannya.

Sebab itu Jay terkejut apabila mendengar Danny berkahwin dengan Farah. Gadis yang menghilangkan diri selama beberapa bulan selepas kejadian itu. Macam mana Danny dan Farah berjumpa?

Banyak persoalan di minda Jay. Adakah Farah itu mengenali Danny sebelum dia mengenali Farah? Atau Farah ada kaitan dengan Danny yang dia sendiri tidak tahu.

"Aku tak kisah kau dengan Danny sekarang tapi aku akan dapatkan semula cinta aku. Danny tak layak bersama kau," kata Jay.

Nombor lif di tekan lalu masuk ke dalam apabila pintu itu terbuka. Cermin mata hitam diaturkan dan riak wajahnya hanya kelihatan dingin.

Sudah pasti pekerja di sini tahu bahawa bossnya akan mencari 'makanan-makanan' untuk dilayan masa ni. Lain lah kalau Sunghoon. Lelaki itu terlalu anti dalam bab-bab seperti itu kecuali menembak dan membunuh.

Itu kerjanya.

シ︎

[Draft: 14/03/2022]

[Publish: 15/04/2022]


Suamiku, Mafia SepetDonde viven las historias. Descúbrelo ahora