10 | NEW BUDDY

561 94 2
                                    

-Sometimes its hard to face the reality-

-Sometimes its hard to face the reality-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hish! Dia matikan macam itu saja." rungut Brandon sendirian. Tubuh yang tadi baring bertukar postur tubuh kepada duduk.

Dia memilih untuk mengambil angin. Sungguh bosan hidup bersendirian seperti itu. Kedua ibu bapanya sering sibuk dan tidak punya waktu buatnya. Apatah lagi dia merupakan anak tunggal.

Ada juga dia menelefon Luke untuk mengajak jejaka itu melepak tetapi sahabatnya itu tidak mahu keluar. Entah apa lah yang disorokkan daripadanya.

Dia mengganggu Elena pula. Nombor gadis itu dia dapat dari rakan sekelas Luke dan Elena tetapi gadis itu mahu tak mahu saja layan. Tanpa pamitan juga panggilan dimatikan.

Baju sejuk berhud disarungkan ke tubuhnya. Kunci motornya dicapai lalu dia melangkah keluar dari rumahnya itu.

Laut menjadi destinasinya. Tidak ada lagi tempat yang terlintas di kepalanya. Hanya itu saja yang difikirkannya.

Tembok yang berdekatan dengan laut itu menjadi pilihannya untuk melabuhkan punggung. Angin malam yang menampar wajahnya membuatkan dia sedikit merasakan sejuk.

Matanya dipincingkan di saat satu sosok tubuh menarik perhatiannya. Tubuh itu berjalan menuruni tangga yang berada di tepinya. Tanpa menunggu lama, tangannya pantas menggenggam lengan figura itu.

Tersentak Elena dibuatnya di saat ada yang menggenggamnya. Hampir saja dia bertindak memukul tetapi wajah Brandon di sebalik hud yang menutup kepala jejaka itu terpacul.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Elena perlahan kerana terkejut.

Matanya mengerling ke arah Edward yang berjalan di pesisiran pantai. Dia menemani adiknya itu atas permintaan Edward sendiri. Katanya ingin berjalan-jalan mengambil angin sebentar.

"Sinilah duduk." ajak Brandon dengan senyuman tanpa menjawab. Dia beranjak sikit untuk memberi ruang kepada gadis itu.

"Aku..."

"Sekejap saja. Aku tak akan usik kau macam selalu." janji Brandon bersama sengihan.

Elena akur. Perlahan-lahan dia mengambil tempat di sebelah Brandon. Sesekali anak matanya memandang ke arah Edward yang sedang bersendirian sambil membiarkan ombak menampar lembut kaki adiknya itu.

"Kenapa kau matikan call aku tadi?" tanya Brandon ingin tahu.

"Kau mengganggu aku. Dari mana kau dapat nombor telefon aku?" balas Elena dingin. Tatapannya tajam menikam pandangan ceria yang diberikan Brandon buatnya.

The Stupidos 2 | The Shadow BonesWhere stories live. Discover now