"Aku ada benda yang perlu diselesaikan dekat sini. Aku cuma nak tahu, boleh atau tidak boleh?"

"Err... Tengku Afham tak marah ke anak tunggal dia kerja sebagai barista di sini?"

"He has nothing to do with us."

"Emm kalau Encik Dariel dah cakap macam tu saya dah tak boleh nak kata apa dah. Lagipun saya memang tengah cari pekerja ni," sela Encik Khalif lembut. Dariel jongketkan sebelah keningnya.

Dia kena buat kerja betul-betul ke ni? Ah! Pape jelah! Asalkan benda tu tak mengganggu misi dia!

"Okay lah kalau tak ada apa-apa masalah aku pergi dulu. Oh ya! By the way... Name tag aku nanti jangan letak nama Dariel. Daniel should be fine," tambah Dariel sebelum berlalu pergi. Tiada niat mahu pamit. Dia keluar dengan selamba.

Dalam perjalanan mahu keluar dari kafe, mata tertangkap seorang gadis yang sedang termenung. Siapa lagi kalau bukan Aira syanina? Lihat rambut sahaja sudah tahu.

Dariel terus batalkan niat mahu keluar dari kafe. Dia buat keputusan memesan air dan duduk di kerusi kosong. Mata tenang memerhati Syanina.

Lama kelamaan Dariel jadi resah. Melihat wajah yang murung itu buat dia jadi tak tenang.

Ya Allah! Perasaan apakah ini?

"Sir, your espresso." Seorang pekerja menghampiri Dariel bersama satu cawan espresso.

"Thank you."

"You're welcome sir."

Selepas pemergian pekerja itu, Dariel menoleh ke Syanina. Apabila perasan akan air mata gadis itu Dariel terkedu. Tergamam melihat air mata yang tumpah membasahi bumi.

Tampaknya esakan gadis itu makin menjadi-jadi membuatkan Dariel tidak sedap duduk. Hatinya bagai dicengkam kuat.

Dia pandang tisu yang berada di atas meja. Tangan bertindak mengeluarkan pen dari poket seluar.

Shut! Jangan tanya macam mana boleh ade pen dalam poket seluar dia!

Dariel mula larikan muncung pen pada atas tisu sebelum senyum tipis. Dia toleh ke belakang lagi sekilas. Tisu itu dilipat dua sebelum dia memanggil salah satu staf di kafe ini.

"Ye bang?"

"Tolong bagi ni pada perempuan tu. Jangan cakap dekat dia siapa yang bagi. Thank you."  Dariel berlalu pergi setelah itu. Pekerja itu terkebil-kebil sendiri.

Tanpa merasa syak terhadap Dariel, pekerja itu mendekati Syanina sambil tersenyum manis.

Syanina tersentak sebelum mengelap air matanya apabila ada yang mendekati.

"Cik, ini ada orang bagi." Tisu dihulurkan pada Syanina. Syanina lambat-lambat menyambut huluran itu. Mata polos memandang tisu putih itu sebelum dia pandang semula pekerja kafe ini.

"Siapa bagi?"

"Err tak tahu!" Terus pekerja itu berlari menyambung kerjanya. Syanina pandang lama tisu itu. Hati terdetik membuka lipatan tisu itu.

Tang!

Tergamam membaca nota yang berada di tisu itu.

Don't let sad thingy control you. It will torture you more. Be happy. Allah is with you. He is the safest place for you to heal. Always remember Him. And He will remember you, sweetheart. (:

~Am.

Syanina terus memandang sekeliling kafe itu. Sejurus itu mata tertangkap satu cawan kopi yang tidak kepunyaan orang. Kopi yang masih berasap itu ditenung Syanina.

Lambat-lambat dia tenung pula tulisan cantik di atas tisu itu. Bibir refleks menguntum senyum.

Am.













DARIEL diam memikirkan tentang gadis yang bernama Aira syanina itu.

Apa yang gadis itu sedihkan?

Apa yang sedang gadis itu fikirkan?

Banyak lagi soalan bermain di akal fikiran. Keluhan berat keluar dari bibir. Hati mula jatuh kesian.

Sedih sangat ke gadis itu sampai mengeluarkan air mata?

"Sweetheart... You look so pathetic. Who hurt you?" bisik Dariel sendiri. Dia dongak ke siling meratapinya.

Argh! Perasaan apakah ini?

Dariel pejam mata erat. Hati mula tidak tenang selagi tidak tahu keadaan gadis itu. Malam begini Dariel tidak yakin gadis itu akan berada di kafe. Pasti dia ada di rumah.

Ya! Di rumah! Kelopak matanya terbuka setelah terfikir tentang itu. Dia terus bangun dari perbaringannya, tangan mencapai kunci kereta dan berjalan pantas keluar dari rumah.

Kaki melangkah masuk ke kereta BMW 5 Series nya. Dia memecut laju keluar dari perkarangan rumah menuju ke rumah Dato' Ilham.

Tidak ambil masa yang lama untuk sampai ke rumah Dato' Ilham kerana jarak rumah mereka yang dekat. Ianya memudahkan kerja Dariel untuk cepat sampai.

Dalam masa lima belas minit Dariel sudah sampai di rumah Dato' Ilham. Dia berhenti tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat dari rumah Dato' Ilham. Dariel matikan enjin kereta sebelum menjenguk balkoni rumah banglo itu.

Hati mula berdebar melihat seorang gadis yang berdiri di balkoni kecil rumah banglo berwarna putih dan hitam itu.

Dia renung lama wajah yang kelihatan sedang termenung. Matanya tertangkap benda yang berada di tangan gadis itu.

Bibir tiba-tiba mengukir senyum apabila perasan tisu yang berada di tangan gadis itu. Pasti tisu yang dia beri siang tadi.

"Saya berharap Allah akan ambil kesedihan awak dan gantikannya dengan kebahagiaan," ujar Dariel lembut.

Bila hati sudah mula sayang, mulut bolehlah menipu tetapi tidak pada hati.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now