"Papa kau suruh kau take over company dia?" tebak Amyra. Syanina gigit bibir bawahnya.

"Bukan itu je..."

"Lah apa lagi papa kau nak?"

"Dia suruh aku kahwin."

"Mworagu?!" pekik Amyra menyentakkan Syanina. Syanina pandang sekeliling kafe. Bagus Myra! Sekarang kita dah jadi pusat perhatian orang ramai! Biarlah semua orang tahu masalah aku!

"Ish bongoklah kau ni! Slow sikit boleh tak!" Syanina tepuk kuat belakang tapak tangan Amyra. Amyra berdecit. Dia usap belakang tapak tangannya yang sedikit merah.

"Tak adalah... Aku terkejut! Umur kau baru dua puluh tiga kut! Uishh seram betul aku dengan bapak kau tu!" Amyra menggeleng kepala tidak percaya.

"Bapak kau dah ada calon ke?" tanya Amyra ingin tahu. Manalah tahu calon suami Syanina tu handsome.. Baik kahwin je terus!

Perlahan-lahan Syanina jatuhkan kepala. Dia memain spek mata hitamnya.

"Anak kawan dia." Syanina bersuara perlahan. Kecewa? Sudah tentu! Kalau sebelum ini dia selalu dipaksa untuk bekerja di syarikat ayahnya, kini dia dipaksa untuk kahwin pula!

"Handsome tak?"

Sempat lagi Amyra tanya begitu membuatkan dia mendapat hadiah jelingan tajam dari Syanina.

"Myra! Aku serius ni!"

"Eh aku pun seriuslah! Kalau handsome pun apa salahnya kan? Kalau kau tak nak juga... Aku ada idea! Apa kata kau cakap dekat bapa kau yang kau dah ada calon lain. Kau tak nak kahwin dengan anak member dia tu!"

"Nanti kalau bapak aku nak jumpa calon suami aku tu macam mana? Aku bukannya ada calon pun!"

"Fariez ada! Upahlah dia sekejap jadi bakal suami kau!"

"Ish tak nak aku! Aku bencilah mamat tu! Dengan apa yang dia dah buat dekat aku, aku lebih rela upah mana-mana pengemis jadi suami aku tau!" sembur Syanina geram. Nak upah bekas teman lelaki dia jadi suami? Memang tak lah! Big noo! Si Amyra ni pun tak agak-agak!

"Okay okay sorry... Lek ah! Jangan marah-marah." Syanina mengacah mahu membaling spek mata channel nya.

Dalam pada masa yang sama, makanan dan minuman mereka tiba. Amyra menghela nafas lega.

Seorang pelayan wanita meletakkan makanan dan minuman milik mereka dan tersenyum manis.

"Enjoy the food miss," ujar pelayan itu ramah sebelum berlalu pergi menyambung kerjanya.

"Okay dah dah... Jangan nak broken eh? Cer kau minum latte ni, konpem hilang semua masalah!" Amyra tolak cawan latte pada Syanina. Amyra ambil seafood sandwich yang berada di atas meja dan di gigit hujungnya. Umph! Makanan di AY'S cafe tak pernah mengecewakan!

Syanina capai cawan latte miliknya. Melihat corak hati yang berada di atas permukaan air latte itu dia jadi tenang. Dia mudah cair melihat hasil seni. Tidak kisahlah dari segi apa pun.

Kalaulah dia pun dapat bakat seperti itu! Dia suka dengan seni. Tapi malangnya... Dia tiada bakat untuk itu. Melukis orang lidi tu reti la.

Pelik ke kalau dia mahukan suami yang pandai dalam bidang seni? Senang cerita, siapa yang mahu mengahwininya perlulah mahir dalam bidang seni!

Disebabkan dia obses sangat dengan seni, jangan tanyalah bagaimana isi biliknya. Memang semua dipenuhi dengan lukisan. Ada juga satu bilik khas untuk dia letak semua lukisan yang dia beli. Khas untuk dia sahaja masuk!

"Tenung apa pulak tu!" Suara Amyra menyentakkan Syanina. Dia jeling tajam sahabatnya itu.

"Kau ni bisinglah! Macam makcik-makcik!" Syanina berdecit sebelum menghirup tenang air latte miliknya.

Dia senyum tipis. Ahh... Latte is drug for me!

Dalam dia renung air latte itu, ada sepasang mata coklat gelap memerhati dirinya.














DARIEL AMSYAR senyum tipis teringat akan gadis yang dia jumpa di AY'S cafe tengahari tadi. Gadis itu... Telah menarik perhatiannya!

Setelah beberapa tahun hati ini tidak dihuni sesiapa, kini dia merasa ada yang berjaya takluki semula hati kecil ini. Tapi... Adakah dia akan dikecewainya sekali lagi? Perasaan takut pula menghantui diri.

Gusar. Takut hati ini dipermainkan sekali lagi. Setelah apa yang bekas kekasih buat padanya. Dia jadi takut. Perempuan. Tidak boleh percayai!

Dariel geleng kepala laju.

"Tak, Dariel... Jangan buat benda bodoh! Perempuan semua sama je! Mula-mula je acah innocent. Last-last? Huh! Main kayu tiga!" bebel Dariel sendiri. Dia longgarkan tali lehernya yang terasa mencekik.

Baru saja dia mahu menekan papan kekunci tetapi pintu bilik pejabat yang dirempuh seseorang membuat Dariel mula naik darah.

That brats!

"Yow bro!" Seorang lelaki yang tak kalah tampan dari Dariel muncul. Dia berjalan segak ke arah Dariel. Dia labuhkan punggungnya di hadapan Dariel.

"Nak apa?" tanya Dariel dingin. Dengan sepupu dia yang bernama Asyraf ini tidak boleh berlembut. Perangai minta kena siku!

"Tak ada apa-apa. Saja datang tayang muka handsome aku ni!" Asyraf senyum senget. Dariel tersenyum sinis. Hensem lah sangat!

"By the way, pak long ada call aku suruh kau datang rumah dia. Dia call kau tapi tak dapat. Kau silent kan phone ke apa?" Asyraf jongketkan sebelah keningnya. Dariel memang selalu macam tu! Dia dah masak dah dengan perangai Dariel amsyar ni!

Phone selalu silent! Busy mengalahkan ahli kerajaan! Dia ingat dia retis ke? Heh!

"Hm. Nantilah aku balik," ujar Dariel tiada nada. Dia mula alihkan perhatian pada komputernya. Tiada masa mahu beri seratus peratus perhatian pada orang tak betul yang dekat depan dia ni.

"Kau ni... Aku penat-penat datang kau tak layan aku pon!" Asyraf tarik muncung. Punyalah jauh dia datang dari pejabat bapa dia ke sini. Dariel buat kerja pula.

"Aku tak suruh kau datang," ujar Dariel padat dan ringkas. Betullah kan? Dia tak suruh pun Asyraf datang sini. Mamat tu yang mengada-ngada nak datang. Penat ke apa dia peduli apa!

"Ala aku bosan lah dekat ofis. Tak ada kerja! Aku ajak nak bawa kau pergi Pavilion, jom! Kita cuci mata," ujar Asyraf. Pavilion! Best woo! Ramai awek cina seksi-seksi! Dia ni dah lah lama menyingle.

"Blah Asy. Ajaklah sepupu kau lagi seorang tu," ujar Dariel malas. Tiada masa dia nak ponteng kerja semata-mata nak usya awek. Buat tambah dosa je.

"Mamat tu? Ceh! Malas aku! Dia tu berkepit dengan awek je memanjang. Menyampah!" Asyraf berdecit. Dia tak boleh go lah dengan sepupu dia yang senget tu. Kalau jumpa pon memang buat tak kenal lah! Lainlah kalau berkumpul satu keluarga semua. Baru dia tunjuk ramah dia pada sepupu dia lagi sorang tu.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]On viuen les histories. Descobreix ara