4

16 1 0
                                    

Belajar untuk berasa curiga,kerana pengkhianatan bermula daripada 
salahnya letak percaya.


Jumaat,5 Jun 2021.

“Mana senarai yang aku suruh buat berasingan tu?”tanya Ibrahim.

“Ada tu. 34 muka surat yang terakhir.”

“Kau ni faham tak maksud berasingan tu apa?Apa-apa pun, terima kasih. Aku nak keluar dulu. Ada kerja sikit. Melati, kalau nak balik, baliklah.”

Melati dan Shahril hanya memandang Ibrahim sehingga hilang dari pandangan.

“Garang betul dia tu, kan?Macam manalah kau boleh bekerja dengan dia. Kalau aku, memang hidap gangguan mental setiap hari. Asyik kena herdik punya pasal,”kutuk Shahril.

Melati hanya ketawa.

“Inspektor Ibrahim tu nampak garang, tapi hakikatnya, dia baik tau. Ada suatu hari tu, dia bagi aku jaket kulit dia sebab sejuk sangat kawasan pembunuhan tu. Dia pernah pesankan McDonald untuk aku, pernah hantarkan aku balik-“

“Eh, cukup, cukup. Drama betul kau ni. Banyak sangat tengok Netflix, macam inilah jadinya.”

Melati ketawa lagi. Kali ini, lebih galak tawanya.

“Aku tokok-tambah sebenarnya, bahagian jaket kulit tu sahaja yang tak tipu. Aku balik dulu, big boss dah bagi izin,”Melati mengambil beg tangannya dan bersedia untuk berjalan keluar meninggalkan pejabat.

“Eh, sekejap!Aku sebenarnya ada benda nak bagitahu kau ni.”

“Ha, apa lagi?”

“Duduk dulu.”

_____________________________________

Melati meletakkan beg tangannya di atas meja makan.

“Ilham!Ibu dah balik ni. Turun cepat, kita makan sama-sama.”

Ilham terkedek-kedek menuruni tangga, dibantu Cik Laila, pengasuhnya. Teddy bear ditangannya dilepaskan supaya dia dapat memeluk Melati.

“Ilham jadi good boy tak hari ni?”tanya Melati sambil memicit-micit pipi gebu anaknya.

Anaknya mengangguk laju berulang kali. Cik Laila hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

“Dah, jom makan. Cik Laila, mari. Makan sekali dengan kami.” Cik Laila akur.

Inilah kehidupan sebenar Melati. Seorang ibu tunggal yang berkahwin pada usia muda seawal 20 tahun. Suaminya, Rashdan, telah pun meninggal dunia dua bulan setelah berkahwin. Namun, Rashdan tidak meniggalkannya sendirian. Ilham hadir dalam hidupnya demi mengisi kekosongan tersebut. Melati mengetahui kehamilannya pada hari yang sama berita kematian Rashdan sampai ke telinganya.

Tuhan itu Maha Adil.

Itulah yang difikirkannya sepanjang waktu dia hamil. Itulah yang memberikannya motivasi untuk terus hidup dan menjaga anak kecil dalam rahimnya. Untung juga mempunyai keluarga yang selalu menyokong segala langkahnya. Tidaklah dia terkontang-kanting keseorangan.

PERSONAWhere stories live. Discover now