1

46 1 0
                                    

Dalam diri aku ada dua jiwa;satu yang nyata, satu yang menunggu masa.


Khamis,5 April 2021.

Kecoh.

Kota Selangi digemparkan lagi dengan kes pembunuhan terbaru. Bukan satu, bukan dua. Ini merupakan pembunuhan ketiga dalam bulan ini.

“Hmm,dah tiga dah,”keluh Inspektor Ibrahim.

Apalah nasibnya menerima kes sebegini. Tak bolehkah hidupnya aman damai sahaja?Sekadar menangkap penyeluk saku amatur ataupun memberikan surat saman kepada mereka yang bernasib malang. Tak sangka kes berprofil tinggi ini jatuh ke tangannya. Berebut juga Inspektor Azhar dengan dia. Kes menarik begini, siapa tak mahu?Alang-alang boleh menaikkan nama masing-masing. Tapi tidak mengapalah, mungkin memang rezekinya.

Namun sekarang dia sudah mula menyesal. Kes ini menjadi semakin rumit. Pembunuhan yang dilakukan tiada corak. Langsung tiada persamaan. Hampir sahaja mereka simpulkan bahawa dua pembunuhan pertama merupakan kes yang berbeza. Sehinggalah pembunuhan pada hari ini berlaku.

“Sama, Tuan. Perut dirodok, mungkin pembunuh nak keluarkan buah pinggang mangsa seperti kes Aliah Sani minggu lepas. Bahagian kiri dahi mangsa benjol, mungkin dipukul dengan objek tumpul sebelum pengsan. Kemudian, baru mangsa diseksa. Ini prediksi awal sahaja, Tuan. Yang kena siasat nanti Tuanlah, bukan saya,”pembantu Ibrahim yang bernama
Melati mula menjelaskan keadaan mangsa tanpa disoal.

“Mungkin, mungkin. Ini siasatan jenayah, Melati, bukan teka-teki. Tak boleh suka-suka beri pendapat. Nanti laporan autopsi keluar, beritahu aku secepat mungkin. Kita perlu bandingkan dengan keputusan ujian autopsi Aliah Sani. Aku gerak dulu, ada hal sikit.”

Ibrahim bangun dari posisi melutut di tepi mayat.

“Eh, Tuan!Macam mana pasukan polis boleh sampai?Siapa yang lapor?”

“Panggilan telefon.”

“Identiti?”

“Sulit.”

“Dia telefon pejabat-”

Ibrahim memusingkan tubuh badannya menghadap Melati.

“Tak. Panggilan itu memang khas untuk aku.”

Melati mengangguk faham. Curiga itu ada, tapi tak kuasa dia nak bertanya lagi. Bukan dia tak tahu, Inspektor Ibrahim itu dingin orangnya. Silap hari bulan dipindahkan dia ke kumpulan lain kerana terlalu banyak bertanya.

Sebatang rokok Suria dinyalakan.
Ibrahim menghembuskan nafas berat, diikuti kepulan asap kelabu yang menyesakkan. Dia mengimbas kembali kejadian yang berlaku dikafe, sebelum bergerak ke lokasi pembunuhan pagi tadi.

“Tuan…….bangunan lama……sebelah….lapan….cep-“

Tut. Panggilan tamat.

Walaupun kopinya baru sahaja dihidangkan, dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan kafe itu kerana sudah tiga kali dia mendapat panggilan dari lelaki misteri yang sama.
Berdasarkan intuisinya, lelaki misteri itu boleh dipercayai. Tidak pernah lagi dia memberikan maklumat yang salah. Kedua-dua pembunuhan sebelum ini pun dia juga yang laporkan.

Pada awalnya, Ibrahim teragak-agak juga. Manalah tahu panggilan palsu ataupun gurauan kosong. Maklumlah, anak muda zaman sekarang ini tak tahu batas dalam bergurau. Tetapi,setelah menyaksikan perincian kes dengan mata kepalanya sendiri, dia mula mempercayai si Lelaki Misteri.

Maklumat yang dikumpul seratus peratus sama dengan apa yang diperkatakan oleh si misteri.
Mulai saat itu, bukan setakat percaya, malah dia ternanti-nanti pula panggilan dari lelaki itu.
Identitinya memang Ibrahim sahaja yang tahu. Itupun setakat namanya.

Faris.

Tak pasti pula Ibrahim sama ada Faris merupakan nama sebenar si pemanggil ataupun nama samaran. Pernah juga Ibrahim terfikir hendak mengesan lokasi si pemanggil tapi usahanya menemui kegagalan. Hendak meminta bantuan pasukan professional, risau pula dia sekiranya mereka tahu berkenaan pemberi maklumat rahsianya.

Maka dia membuat keputusan untuk mendiamkan diri. Biarlah masyarakat menggelarnya genius kerana berjaya merungkai kes ini. Biarlah dia dipandang tinggi oleh rakan sekerja kerana mendahului dengan pelbagai maklumat yang diperoleh melalui Lelaki Misteri

PERSONAWhere stories live. Discover now