Siap mengisi perutnya,dia melabuhkan duduk berhadapan dengan tv yang menayangkan drama melayu.sedang dia kusyuk melayan cerita yang disiarkan

Tok!tok!tok!

Bunyi ketukan dipintu rumahnya membuatkan dia mengerut dahi kehairanan,jam didinding dikerling menunjukkan sudah jam 12:30malam

"Siapa pulak yang pintu rumah ni malam-malam buta!"dia merengus(?)geram,namun tiada niat ingin membuka pintu rumahnya itu

Tok!tok!tok!tok!tok!

Mendengar ketukan dipintu rumahnya yang semakin kuat seperti mahu pecah membuatkan amarahnya naik,dengan penuh rasa marah dia melangkahkan kaki kearah pintu,tombol pintu dipulas untuk melihat gerangan yang berani mengacau ketenanganya ketika ini

Baru saja dia ingin menghamburkan amarahnya niatnya terhenti dan wajahnya juga berubah pucat melihat gerangan yang mengetuk pintu rumahnya

"Aizat...how are you,lama kita tak jumpa.."senyuman sinisnya ditayangkan dihadapan orang tua itu

"K--kau..ma--macam mana kau boleh jum--jumpa aku"wajahnya berubah pucat seperti tidak berdarah

"Soalan bodoh mana kau tanya ni orang tua?"tergelak sinis aiden memandang encik aizat

"Kau buat apa datang sini?"sengaja dia menyoal seperti tidak tahu tujuan mereka datang kerumahnya

"Before aku bagitahu kau apa yang kiteorg nak,apa kata kalau kita masuk dalam rumah buruk kau ni, kiteorg kan tetamu jadi,kau kena la layan kiteorg bagi minum air ke makan ke"ujar zayyan dan dengan selambanya dia masuk ke dalam rumah encik aizat tanpa membuka kasut, luth memandang tajam kearah zayyan yang sedang memerhatikan sekeliling rumah buruk itu

"Sabar luth,dah nasib kau ada kawan perangai macam babi terlepas"aiden menepuk perlahan bahu luth sebelum dia masuk kedalam rumah itu

Luth merengus kasar dan melangkah masuk kedalam rumah itu.dia memandang sekeliling rumah itu dengan pandangan jelek sebelum pandangan kemudian dihalakan kearah encik aizat yang masih berdiri dihadapan pintu

"Kau tak reti nak masuk ke,kenapa dah lumpuh tak boleh nak berjalan"

Encik aizat menjeling tajam kearah luth dan masuk masuk kedalam rumahnya, punggungnya dilabuhkan atas dilantai

"Eh orang tua,rumah kau ni memang takda kerusi eh?"selamba zayyan menyoal,aiden disebelahnya sudah menahan tawa melihat pandangan tajam luth yang seperti mahu membunuh zayyan

"Zayyan baik kau diam sebelum mulut kau tu aku jahit"keras suara luth dengan mata yang menikam memandang zayyan

Terdiam zayyan mendengar ugutan luth.gila ke tak diam dia masih lagi mahu menggunakan mulut nya untuk makan dan minum,luth bukannya boleh dibawa main sekali dia cakap memang dia akan buat

"Sekarang ni aku nak cakap pasal hutang kau dengan aku aizat"keras nada suara yang digunakan,badannya disandarkan didinding,wajah dinginnya ditayangkan

"Aku nak kau bayar hutang aku sekarang jugak!"

"Ba--bagi aku ma--masa nanti a--ada duit ak--aku bayar duit kau"terketar-ketar suaranya meminta simpati dari luth

Tajam mata luth memandang wajah tua encik aizat

"Masa kau nak pinjam duit aku, pandai pulak kau janji nak bayar, bila sampai masa kau kena bayar hutang aku, kau larikan diri!?"naik seoktaf suara luth menengking encik aizat

Encik aizat sudah menekur memandang lantai,kecut perutnya ditengking luth

"Aku tak kira,apa pun jadi aku nak harini jugak kau bayar duit aku!!"

Mrs.Luth ZanderWhere stories live. Discover now