MLZ 2

837 26 0
                                    

"aisy kau okay tak ni,kenapa muka kau nampak pucat sangat ni?" Yana yang merupakan sahabat baiknya merangkap rakan sekerja aisy menyoal dengan wajah yang risau ditayangkan

"Aku okay je la yana"aisy cuba mengukir senyuman tawarnya kepada yana bagi menyakinkan gadis itu

"Kau tak payah tipu aku lah aisy,aku bukan baru kenal kau semalam.cuba bagitau aku apa yang jadi sebenarnya"

Aisy memandang wajah yana yang seakan berharap untuk mendengarnya bercerita,aisy mengeluh berat

"Semalam....ayah aku...dia...pukul aku lagi..."adu aisy perlahan sambil menunduk,air mata yang mengalir dikesat perlahan

Yana yang mendengar cerita aisy,mengucap panjang didalam hatinya

"Ya Allah aisy,teruk tak dia pukul kau?dia pukul kau guna apa?"risau yana kepada aisy,sebelum ini pun aisy ada memberitahunya yang dirinya sering dipukul oleh bapanya walaupun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan

"Macam biasalah,dia pukul aku guna tali pinggang dia,lepastu dia sepak kaki aku.."ujar aisy dengan pandangan yang kosong

"Kau...taknak keluar dari rumah tu ke aisy,tinggal dengan aku..."cadang yana

"Takpelah yana,kalau aku keluar dari rumah tu, siapa yang nak jaga makan pakai ayah aku tu,kalau jadi apa-apa dekat dia siapa yang nak tengok dia..."

"Tapi aisy,kalau dia pukul kau lagi macam mana?"yana masih lagi mencuba memujuk aisy supaya keluat dari rumah itu

"Aku dah biasa yana...tipulah kalau aku kata yang aku tak pernah terfikir pun untuk keluar dari rumah tu...tapi bila difikirkan balik dia ayah aku,tanpa dia aku takkan wujud dekat dunia ni..."aisy tersenyum tawar memandang wajah satu-satunya sahabat baiknya itu

"Ya Allah kuat nya kau aisy.."bisik hati yana.dia sebagai sahabat baik kepada aisy berasa bangga dengan gadis itu kerana walaupun hidupnya serba kekurangan,sering menjadi mangsa pukul kepada ayahnya namun gadis itu tidak pernah mengeluh dengan apa yang terjadi kepadanya

"Yana,aku balik dululah dah nak maghrib ni,nanti ayah aku balik tengok takda makanan dekat atas meja,mengamuk lagi dia..."aisy mengambil sling bagnya yang berada didalam locker nya

"Aku balik dulu tau,bye assalamualaikum.."pamit aisy dengan senyuman dibibirnya

Yana memandang simpati kearah aisy yang sedang berjalan pergi dari situ

"Semoga satu hari nanti kebahagiaan akan jadi milik kau aisy.."doa yana sebelum turut berjalan pulang kerumahnya

******************

Alhamdulillah dengan rezeki yang masih ada,aisy dapat juga menyiapkan dua hidangan untuk ayahnya,walaupun hanya telur dadar dan ikan sardin goreng sudah cukup membuatkan aisy berasa bersyukur

Aisy mengerling kearah jam yang tergantung didinding rumahnya,jam sudah menunjukkan jam 9:30 malam

"Ya allah aku tak solat isyak lagi!"kelam kabut aisy menutup makanannya dengan tudung saji dan berlari masuk kedalam biliknya untuk menunaikan solat

Seorang lelaki yang sudah berusia melangkah masuk kedalam rumah teresnya yang agak usang dengan diterangi cahaya lampu yang sudah malap.kakinya dibawa menuju kearah dapur,tudung saji yang berada diatas lantai diangkat, keluhan kasar dilepaskan

"Ish!semaklah aku takda lauk lain ke yang budak tu nak masak,ingat aku ni kucing ke nak makan ikan!"pinggan yang berisi ikan goreng ditolak kasar

Dek kerana perutnya yang sudah berbunyi meminta untuk diisi,dia mencedokkan nasi kedalam pinggannya,telur dadar dicapainya dan mula menyuapkan nasi kedalam mulut

Mrs.Luth ZanderWhere stories live. Discover now