MLZ 1

1.5K 29 1
                                    

"Aisy!!mana makanan aku!?"jerit lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an,dia mencampakkan tudung saji kebawah setelah melihat tiada makanan didalamnya

Aisy yang baru habis  menunaikan solat,bergegas berlari kedapur apabila mendengar jeritan ayahnya

"Makanan aku mana!?"

"Maaf ayah,aisy baru je balik kerja tadi tak sempat nak masak"aisy menundukkan kepalanya takut untuk memandang wajah bengis ayahnya

"Kau ni memang kena kan!?"

Aisy mengundur kebelakang apabila ayahnya sudah memegang tali pinggangnya dan mara kearah aisy

"Ayah...to--tolong ja--jangan pukul aisy,ai-aisy mintak maaf..aisy janji le-lepas ni aisy akan terus masak untuk ayah lepas aisy balik kerja.."bersungguh-sungguh aisy merayu kepada ayahnya supaya tidak memukul dirinya, pipinya sudah dibanjiri dengan air mata ketakutan

"Kau ingat kalau kau merayu macam ni,aku takkan pukul kau ke!?jangan harap lah perempuan!kau ni dari kecik menyusahkan hidup aku nak kena bela kau!bagi kau makan!bayar duit sekolah kau!tapi bila aku suruh kau masak pun kau tak nak!memang anak yang tak kenang budi!!!"tangannya terus naik menarik rambut aisy dan diheret keluar dari dapur

"Ayah sakit...lepaskan rambut aisy ayah.."teresak-esak aisy menangis menahan sakit

"Sakit!?itulah balasannya untuk anak macam kau!!"tangannya mengambil tali pinggang dan libaskan ditubuh aisy tanpa belas kasihan.ayahnya menolak kuat badan aisy sehingga terbaring diatas lantai

Pak!
Pak!
Pak!

Berkali-kali libasan tali pinggang ayahnya hinggap dibadan aisy tanpa rasa bersalah

"Ayah sakit yah!aisy mintak maaf!tolong lah ayah!aisy janji aisy tak buat lagi!"

Sedikit pun ayahnya tidak terkesan dengan kata-kata rayuan dari aisy,libasannya tidak dihentikan malah semakin di kuatkan mengikut amarahnya

"Kau dengan mak kau sama je menyusahkan hidup aku!!patutnya kau ni ikut je mak kau masuk kubur sekali takpayah nak menyusahkan hidup aku!!"kakinya menyepak kuat kaki aisy sebelum beredar dari situ

"Ibu... to--tolong aisy bu...ai--aisy tak kuat dengan semua ni..."

Aisy hanya mampu menangis teresak-esak sambil memeluk erat tubuhnya menahan kesakitan.disebabkan penat dibelasah dan seharian bekerja aisy akhirnya terlena diatas lantai walaupun badannya terasa sakit kerana bekas daripada tali pinggang ayahnya

*****************

"Arghhhh!!sakit la sial!!lepaskan aku la bodoh!!"bergema seluruh bilik bawah tanah itu dengan jeritan dari lelaki yang diikat diatas kerusi didalam bilik itu

"Kau nak aku lepaskan kau?"sinis lelaki dihadapan nya menyoal sambil bermain dengan pisau rambo ditangannya

Lelaki itu laju menganggukkan kepalanya,gerun dia melihat lelaki dihadapan nya bermain dengan pisau seperti psycho

"Kalau kau nak aku lepaskan kau,baik kau bagitau aku siapa yang hantar kau untuk belasah semua anak buah aku"dingin wajah yang ditayangkan,pisau tajam ditangannya dimainkan dimuka lelaki itu

"Ak--aku ta--tak boleh bagi tahu k--kau siapa yang hantar aku"tergagap lelaki membalas kerana rasa takut yang semakin mencengkam apabila pisau itu dilarikan dibahagian lehernya

"Wow,aku bangga dengan kau,walaupun kau dah nyawa-nyawa ikan tapi kau still nak sorokkan bos kesayangan kau tu,but kau dah buat big mistake sebab dah kejutkan serigala yang tengah tidur"seorang lelaki yang duduk dikerusi yang disediakan disitu bersuara sinis kepada lelaki yang diikat itu

Mrs.Luth ZanderWhere stories live. Discover now