Obsession (Special)

Start from the beginning
                                    

Senyuman Taehyung makin mekar. "Itulah. Dah rezeki Tuhan nak bagi. Aku tak jangka pun kami berdua dapat kembar. Doktor pun scan yang anak kami berdua ni seorang and perempuan. Tak sangka pula Si Abang menyorok belakang adik dia."

Hyungsik senyum mendengar celoteh dari Taehyung.

"Aku lega sangat kau dah bahagia dengan pilihan yang kau buat sekarang ni. Badan pun makin berisi. Mesti bini kau pandai masak, kan?" Soal Hyungsik lagi sebelum mula menyuap kek ke mulutnya.

Lagi melebarlah Taehyung tersenyum.

"Nak buat macam mana? Dapat bini pandai masak. Kalau aku diet, mahu merajuk dia nanti. Dia diet tak apa. Kononnya tak nak perempuan lain pandang aku bila aku kurus nanti. Nampaknya dia yang obses dengan aku sekarang ni."

Hyungsik ketawa pula.

"Aku nak tanya kau satu soalanlah, Taehyung. Macam mana kau boleh jatuh cinta dengan Mia? Bukan dulu kau benci dengan budak tu ke? Siap menyumpah lagi bila tengok Hyeri patah gigi sebab kena penumbuk dengan Mia tu."  Soal Hyungsik.

Soalan itu sudah lama dia ingin lontarkan.

Namun masing-masing sibuk membuat dirinya terhalang untuk berceloteh dengan Taehyung. Dia juga ahli perniagaan yang berjaya. Jadi tiada masa untuk Hyungsik berjumpa dengan Taehyung. Apatah lagi ingin memegang telefon untuk berhubung dengan rakan-rakan baiknya.

Sekarang barulah dia ada masa yang terluang.

Senyuman Taehyung sedikit mati.

Wajahnya serius. "Aku suka dekat Mi--!"

"Kau cintakan Mia start majlis tu, kan?" Soal Hyungsik lagi tanpa sempat Taehyung ingin menjelaskan.

Taehyung menggeleng kepala.

"Aku explain dekat engkau, Hyung. Aku bukan suka Mia masa majlis Sehun tu. Sebenarnya aku suka perempuan tu masa kami berjumpa dekat Suvarnabhumi Airport lagi. Ya, macam tak logik sebab tersuka dengan perempuan yang aku sendiri tak kenal. Tapi lepas balik tu, auto aku teringat dengan Mia. Sampai aku termimpi yang dia lahirkan anak-anak aku. Adalah otak nakal aku fikir bentuk badan Mia, terfikir apa reaksi dia bila aku dengan Mia--Erm! Kau faham-faham ajalah. And aku lega bila Mia kerja dengan aku. Jadi inilah masa aku untuk merapatkan diri dengan Mia."

Hyungsik mengangguk kecil.

Dia mengerti tentang kisah cinta Taehyung pada Mia. Bermula dari mereka berdua berjumpa di lapangan terbang Thailand atas dasar transit sehingga Hyungsik mendengar khabar Taehyung mengahwini Mia.

"Kalau kau suka Mia dah lama, kenapa kau dera dia? Kau buli dia, kau maki dia and kau hampir nak bunuh Mia sebab cekik Hyeri."

Taehyung mengetuk meja menggunakan jari runcingnya.

"Ah, itu wayang aja. Aku nak perhatian Mia sebenarnya."

"Dengan dera fizikal and mental dia?" Soal Hyungsik lagi.

Itulah yang dia pening sangat dengan Taehyung sekarang ini.

Cakap suka tapi kenapa suka membuli gadis itu? Pertahankan pula Hyeri?

"Kau bayangkan kalau Mia anggap aku sebagai majikan dia. Kau rasa, apa perasaan dia pada aku masa tu? Dia tak akan mungkin benci apatah lagi cintakan aku macam sekarang ni. Perasaan Mia pada aku masa tu, hanya sekadar hormat. Aku jadi ralat bila Mia hanya anggap aku sebagai boss. Tapi dekat luar, kami saling tak kenal. Dia tak ada apa perasaan apa-apa pada aku. Jadi aku buat apa sahaja agar dia ada juga perasaan pada aku. Even masa tu, dia benci gila dengan aku. Nampak bayang aku pun dia rasa jijik. Dan sejujurnya, aku lagi suka!"

Obsession ✓✓Where stories live. Discover now