"Hmm betullah kata kau tu. Tapi aku rasa tu semua perkara biasa bagi orang kaya macam Borhan tu. Nak-nak lagi dorang tu semua orang bisnes. Dah penat bekerja mestilah nak cari hiburan. Dan hiburan tu hanya ada pada kita. Hanya kita yang mampu hiburkan dorang tu semua," ujar Jiha.

"Hmm apa-apa jelah... Dahlah aku pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu," pesan Amaara.

"Baiklah Cik Amaara Badriah. Hati-hati."

Hanya kepala dianggukkan. Kaki lekas melangkah meninggalkan penthouse mewah yang di diami oleh mereka berdua.


*****


SEBUAH kereta mewah dari jenama Rolls Royce yang elok terparkir dihadapan pintu lobi penthouse di dekati bersama senyuman manis.

Lihat saja daun pintu dibahagian belakang dibukakan khas buatnya, kaki lekas melangkah masuk ke dalam perut kereta tanpa ragu-ragu lagi.

"Hai babe... Lama dah ke you tunggu?" sapaan manja dilontarkan buat lelaki berusia 40-an itu.

Tengku Borhan Bin Tengku Kamal, walaupun usianya sudah menginjak ke angka 40-an, tapi masih segak dan bergaya. Berbadan tegap dan mempunyai rupa paras yang tidak kalah kacaknya sekaligus menjadikan Tengku Borhan lelaki dambaan setiap wanita.

Namun tidak bagi Amaara. Rupa paras bukanlah perkara penting baginya. Apa yang penting adalah wang ringgit yang bakal dilaburkan oleh lelaki itu kepadanya.

Dan dia sanggup buat apa saja, meskipun harus menjadi hamba nafsu lelaki itu sekalipun, asalkan semuanya terbalas dengan wang ringgit dan kemewahan.

"Untuk you seribu tahun pun I sanggup tunggu," balasan Tengku Borhan mengembalikan Amaara ke alam nyata.

Tersungging senyuman sinis dibibir Amaara. Lelaki hidung belang seperti Tengku Borhan ini sememangnya terkenal dengan bermulut manis. Hanya yang indah-indah saja dituturkan. Hakikatnya indah khabar dari rupa.

"Really? You're so sweet Tengku," sempat satu kucupan dihadiahkan dipipi berjambang nipis milik Tengku Borhan.

Tersenyum lebar Tengku Borhan apabila mendapat habuannya. Sebelah tangannya lekas memeluk erat pinggang ramping milik Amaara. Sebelah lagi tangan didaratkan selesa diatas peha putih mulus Amaara yang terdedah dek kerana wanita cantik itu memakai gaun pendek yang maha seksi.

"So kita nak ke mana malam ni?" soalan diajukan oleh Amaara.

"Malam ni, I rasa nak santai je. So, I plan kita pergi karaoke jelah," usul Tengku Borhan.

"I'm okay with that," dilentokkan manja kepalanya di dada bidang Tengku Borhan. Tangan naik membelai bulu dada lelaki itu yang terdedah.

Kepala dianggukkan sebelum satu arahan dilontarkan buat pemandu peribadinya. "Iqbal, bawak ke tempat biasa."

"Baik Tengku."

Lima belas minit berada di dalam kenderaan mewah itu mereka akhirnya tiba jua disalah sebuah hotel terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur. Beriringan Amaara dan Tengku Borhan melangkah masuk ke dalam hotel mewah itu.

Bilik karaoke VVIP yang telah ditempah khas oleh pembantu peribadi Tengku Borhan ditujui.

Labuh saja duduk, Amaara yang sudah sedia maklum akan tugasannya lekas mencapai botol champagne yang sudah terhidang diatas meja. Dibuka dan dituangkan air kencing syaitan itu ke dalam gelas kaca yang sudah siap tersedia diatas meja kaca. Gelas kaca disuakan ke arah Tengku Borhan.

Berlaga saja gelas kaca yang berada dipegangan tangan masing-masing, air memabukkan itu mulai diteguk perlahan-lahan.

Dari satu lagu ke satu lagu didendangkan sehingga tidak sedar sudah hampir satu jam mereka menghabiskan waktu didalam bilik karaoke itu. Tengku Borhan yang sudah mulai kebosanan mula bersuara sekaligus mengamit perhatian Amaara yang sedang leka memilih lagu untuk dinyanyikan sebentar saja nanti.

"Baby, I bosanlah. Jom kita buat aktiviti lain," sengihan menggoda dibiaskan di wajahnya. Tangan dah naik merangkul pinggang ramping Amaara.

Terjongket kening Amaara. "Buat aktiviti lain? You nak buat aktiviti apa pulak ni?" sengaja mahu bermain tarik tali.

"Come," malas bersoal jawab lagi tangan Amaara ditarik lembut.

Dirangkul erat tubuh Amaara agar menempel rapat ke tubuh sasanya. Keluar saja daripada bilik VVIP itu, kaki segera dihalakan ke arah perut lif.

Melangkah keluar dari dalam perut lif, kaki dibawa ke sebuah kamar hotel yang telah ditempah khas buat mereka berdua.

Tutup saja daun pintu, kaki dihalakan ke arah katil empuk yang bakal menjadi saksi adegan panas mereka sebentar saja nanti.

"Malam ni I nak you teman I sampai pagi. I akan bayar double," ujar Tengku Borhan romantis.

"As your wish," jawab Amaara manja.

Tangan sasa Tengku Borhan yang membelit pinggang rampingnya diuraikan. Tubuh tegap Tengku Borhan ditolak lembut ke arah katil. Gaun ketat yang membaluti tubuhnya dilucutkan selamba dihadapan lelaki itu. Bibir dibiaskan dengan senyuman menggoda.

Dengan hanya berpakaian dalam, Amaara merangkak naik ke atas katil. Tengku Borhan pula sudah mulai merasa terpancing melihatkan pemandangan indah milik Amaara. Dia yang mulai dikuasai oleh hawa nafsu lekas menarik wanita itu supaya naik dan melabuhkan duduk diatas perut sasanya yang berketak-ketak.

Tersungging senyuman sinis dibibir Amaara. Lelaki seperti Tengku Borhan ini tak ubah seperti seekor kucing, pantang nampak ikan di depan mata pasti akan diterkam tanpa perlu berfikir lama.

"Can I?" soal Amaara. Jari jemari mulai bermain dengan butang baju kemeja milik Tengku Borhan.

"Do it now!" ujar Tengku Borhan keras.

Dapat saja lampu hijau daripada lelaki itu, Amaara lekas memulakan tugasannya.

Dah menjadi rutin wajib bagi Amaara dan Tengku Borhan. Setiap kali mereka bertemu pasti ianya akan berakhir di atas katil.

Ianya perkara biasa bagi Amaara. Sememangnya tugasnya adalah memuaskan nafsu setiap pelanggan yang mahukan khidmatnya.

Maruah?

Dia tidak peduli semua itu, asalkan bayaran yang diterima berbaloi dengan apa yang dia lakukan.

Arah Mana Syurga (E-BOOK) Where stories live. Discover now